Bertuah pengasas NOIR, Ericya Baiduri kerana dikurniakan seorang suami penyayang. Selain kisah kejayaannya sebagai usahawan menjadi pencetus semangat kepada ramai wanita, perjalanan Madammu untuk hamil dan memiliki zuriat juga tidak kurang hebatnya. Lebih-lebih lagi sudah bertahun-tahun Eriyca menunggu untuk bergelar ibu dan semestinya semuanya memdoakan perjalanan Madammu ini diberkatiNya.
Untuk rekap, Pengasas Noir Health & Beauty ini sah menjadi isteri Muhammad Azri Che Noh ketika berusia 25 tahun. Tujuh tahun mendirikan rumah tangga, dia dan suami serta tiga anak tiri hidup bahagia meskipun belum berpeluang mempunyai zuriat sendiri.
Boleh kongsikan momen bertemu dengan Eriyca, soalan pertama penulis ujarkan kepada Muhammad Azri, selaku Tukang Penasihat serta Pengasas Bersama NOIR Health & Beauty. “Saya bertemu Madammu ketika dia masih belajar lagi. Waktu itu saya pun keseorangan. Jadi bila pertama kali berjumpa, Madammu ini memang ‘friendly’ tapi tak adalah ramah sangat..”
BACA JUGA: ERIYCA BAIDURI ‘Madammu’ Pencetus Revolusi Bangkit Wanita
Sejak awal tahun ini, Madammu terbuka berkongsi kisah in vitro fertilization (IVF) yang dilakukannya bersama followers
selepas. Mengakui risau pada awalnya apabila Madammu berkongsi perihal perjalanan IVFnya, akhirnya Azri terbuka kerana melihat ramai orang di luar sana terutama para lelaki (suami) yang tidak tahu tentang IVF dan prosedurnya.Untuk video penuh, saksikan tembual kami bersama Muhammad Azri di bawah:
This website uses cookies.