Gaya Hidup

Lemah Ingatan, Susah Belajar & Lambat ‘Pick Up’, 4 Hobi Ini Punca OTAK TUMPUL. No. 2 Tu Paling BAHAYA!

Setiap orang memiliki kecenderungan atau hobi yang disukai pada masa lapang. Pun begitu, walaupun menyenangkan, ada jenis-jenis hobi yang boleh membuatkan otak menjadi tumpul.

Ya, tidak semua hobi itu bagus untuk otak. Ada sesetengahnya yang melemahkan daya pemikiran dan ingatan jika diamalkan terlalu kerap.

Berikut adalah 4 jenis hobi yang tidak bagus untuk otak serta patut dikawal dari sekarang.

(1) Ketagih telefon pintar

Telefon pintar merupakan salah satu alat elektronik yang tidak boleh dipisahkan dengan kemajuan teknologi pada zaman ini.

Namun di sebalik manfaat alat komunikasi yang memudahkan pekerjaan manusia ini, ramai yang mula ketagih terhadapnya.

Pantang hilang dari pandangan, anda mula cemas dan bingung. Jika anda merasakan hal-hal seperti itu, ada kemungkinan otak semakin tumpul.

(2) Menonton televisyen

Televisyen dapat memberikan segala informasi dan hiburan yang anda perlukan. Tapi hobi ini jelas tidak baik kerana penelitian kesihatan mendapati ia boleh mengurangkan fungsi otak.

Bayangkan pada saat anda menonton TV, anda akan duduk diam tanpa melakukan aktiviti berguna sehingga membuat anda menjadi malas.

(3) Berjaga malam

Hobi berjaga malam kerana menonton drama kesukaan, berbual dengan kawan ataupun bekerja boleh melemahkan fikiran.

Kemampuan otak akan menurun kerana ia tidak beristirahat sepanjang hari. Sel-sel otak juga akan sukar berhubung dengan baik.

(4) Mengudap makanan ringan

Suka mengunyah snek makanan ringan selalu membuatkan kita gembira dan kenyang. Apa lagi jika makanan itu kesukaan anda seperti gula-gula atau coklat.

Kebiasaan ini nyata berbahaya. Bukan saja berat badan bertambah, malah makanan yang tinggi lemak dan gula membuatkan kadar lemak di dalam otak meningkat. Hasilnya fikiran mula menjadi melemah!

Cara-Cara Tajamkan Fikiran

  • Berolahraga.
  • Amalkan pemakanan Mediterranean. Banyakkan buah-buahan dan sayuran, lemak baik seperti minyak zaitun, kurangkan garam dan daging merah.
  • Mengembara atau belajar bahasa asing.
  • Tidur mengikut waktu.
  • Kurangkan multitasking tapi beri konsentrasi pada pekerjaan yang sepatutnya. Norzalina Mohd Alias
Share
Published by
Norzalina