“Lemah Lembut, Penyabar & Ada Kerjaya Sendiri” SHARIFAH ROSE Dedah Ciri-Ciri Suami Idaman

Aktres yang juga usahawan muda, Sharifah Rose Sabrina Syed Mohd Mazfira memiliki pesonanya yang tersendiri.

Sharifah Rose yang mempunyai darah campuran Melayu-Pakistan-Jawa ini baru berusia 24 tahun. Namun kerjaya lakonannya makin berkembang, begitu juga dengan bisnes.

Nama Sharifah Rose mula melonjak naik menerusi drama rantaian popular iaitu Kekasih Hati Mr Bodyguard. Rezekinya selepas itu kian mencurah-curah.

Ketika ditemui di sebuah acara baru-baru ini, penulis mengambil peluang untuk menemu bual Sharifah Rose tentang perkembangan terkininya.

Saat diajukan soalan tentang ciri-ciri lelaki idamannya, ini jawapan Sharifah Rose.

“Saya mengimpikan seorang lelaki yang boleh beri support seratus peratus seperti mana yang diberikan oleh keluarga saya.

“Saya juga mengharapkan seorang lelaki yang ada kerjaya dan kehidupan sendiri. Sama-sama ada kehidupan sendiri tapi grow together.

“Selain itu, dia juga mestilah seorang lelaki yang lemah lembut, penyabar dan matang.”

Ketika ditanya adakah bakal jodohnya itu dari industri yang sama atau sebaliknya., ini jawapan Sharifah Rose: –

“Tak kisahlah dari industri yang sama atau tidak asalkan dia ada ciri-ciri seorang suami yang mithali dan boleh membimbing saya. So ok saja.

“Kita yang nak pilih so kalau dah jodoh nak buat macam mana, kan? As long as ciri-ciri tu yang baik-baik saya terima.”

RUTIN KECANTIKAN
“Kalau bulan puasa ni kita kurang minum air jadi kulit pun nampak kusam. Saya sendiri mengalami masalah kulit, ada tumbuh biji-biji kecil pada wajah. Mungkin sebab panas, so jadi ruam.

“Waktu sahur saya try minum air ekstra. Selepas berbuka saya akan minum air kosong je. Sebelum tidur pun saya akan sediakan satu botol air kosong.

“Rutin lain saya akan pakai masker dalam tiga hari sekali. Kalau tak berkesempatan saya akan konsisten dengan basic skincare seperti memakai toner, losyen dan pelembap.

“Itu saja sebab saya tak suka banyak-banyak sangat. Balik pun dah penat, nak tidur je. Yang penting saya konsisten dengan cara yang simple dan minimum.

Kredit Foto: Instagram Sharifah Rose

Majalah Nona ada juga di Telegram. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Follow kami sekarang di https://t.me/majalahnona

Share
Published by
Ermi Shuzila Mohammad