Masakan Timur Tengah memang terkenal dengan portion yang besar dan berasaskan ramuan berkhasiat seperti kekacang dan safron.
Ads
Dua sajian yang diketengahkan ini selain mudah disediakan dalam tempoh masa singkat, ia juga kurang manis dan enak dinikmati pada bila-bila masa. Fukhara Om Ali misalnya enak dinikmati ketika masih panas. Selamat mencuba!
Saffron Mahalabiya
Bahan-bahan:
1 liter susu penuh krim
Secubit safron
¼ cawan gula
¼ cawan tepung jagung
Kacang pistasio (dihancurkan)
Buah strawberi (hiasan)
Cara membuat:
Dalam periuk yang sesuai, didihkan susu bersama gula dan safron. Sementara menunggu ia mendidih, dalam mangkuk berasingan, larut tepung jagung dengan secawan air.
Apabila susu sudah bertukar warna kuning, masukkan tepung jagung perlahan-lahan sehingga adunan pekat. Tutup api dan tuangkan adunan susu tadi ke dalam bekas. Apabila sudah sejuk, hiaskan dengan taburan kacang pistasio dan hirisan buah strawberi. Siap untuk dihidang.
Ads
Fukhara Om Ali
Bahan-bahan:
Ads
1 liter susu penuh krim
8 keping croissant
¼ cawan gula
¼ cawan krim putar
2 sudu makan kacang gajus
2 sudu makan kacang pistasio
2 sudu makan kacang badam
2 sudu makan kismis
Krim masakan
Cara membuat:
Dalam periuk tahan keluli, panaskan susu dengan gula dan krim putar. Angkat dan ketepikan. Kemudian, potong croissant kepada bahagian kecil dan letakkan dalam bekas yang sesuai sebelum dimasukkan ke dalam ketuhar.
Hancurkan kekacang dan tabur di atas croissant tadi. Simpan lebihan kekacang sebagai hiasan. Sesudah itu, tuang susu yang masih panas ke atas croissant diikuti krim masakan di atasnya dan bakar selama 10 hingga 15 minit. Apabila sudah masak, taburkan lebihan kekacang dan hidangkan. Suziana Abu Daud
Resipi: TERIMA KASIH SUNWAY RESORT HOTEL & SPA, CEF ALA’A ALI
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Hidangan asam pedas sememangnya amat popular di kalangan masyarakat Malaysia. Jika menyebut sahaja menu asam pedas, pasti kecur air liur membayangkan kuhnya yang pekat, rasanya yang pedas tetapi lengkap dengan rasa masam yang seimbang. Ditambah pula penggunaan bunga kantan dan daun kesum, aroma hidangan ini menjadi semakin enak apatah lagi untuk sajian tatkala berbuka puasa.
Bagi Datin Sri Zuraila Yassin atau lebih mesra disapa Datin Sri Ilyka, menu asam pedas sememangnya menjadi kegemaran keluarganya apatah lagi ketika di bulan Ramadan.
“Asam pedas merupakan antara menu yang sering saya sediakan untuk keluarga. Tetapi saya akan mempelbagaikan jenis asam pedas antaranya termasuklah asam pedas menggunakan ayam. Antara ikan yang menjadi pilihan untuk asam pedas termasuklah ikan merah dan ikan pari.
Selain menu asam pedas, saya juga gemar memasak sambal udang, rendang daging atau ayam, masak lemak cili api ketam bersama nanas dan sebagainya. Pendek kata, saya gemar memasak sendiri hidangan untuk keluarga,” ujar Datin Sri Ilyka mesra.
1.Bersihkan ayam terlebih dahulu dan asingkan. Sementara itu, rebus cili dan toskan airnya.Kemudian kisar sehingga ia menjadi lumat. Kisarkan juga bahan-bahan tumisan seperti halia, kunyit, bawang putih dan bawang merah.Campurkan ke dalam bahan-bahan kisar.
2.Panaskan minyak. Kemudian masukkan bahan-bahan tumisan dan tumis sehingga pecah minyak. Tambahkan sedikit minyak sekiranya tidak mencukupi.
3. Pastikan lada yang digoreng di atas dapur sentiasa di kacau agar ia tidak hangit dan melekat di permukaan kuali.Tambahkan sedikit garam secukup rasa. Kemudian masukkan air asam jawa.
4.Masukkan bunga kantan diikuti daun kesum.
5.Masukkan ayam ke dalam periuk.Gaulkan sehingga sebati. Biarkan air dari ayam tersebut keluar dan mesra di dalam kuali.
6.Tambahkan sedikit lagi air asam jawa.Tutup dan biarkan sehingga ayam menjadi empuk.
Berkongsi tips bagaimana menyediakan hidangan asam pedas yang sedap, menurtu wanita kelahiran Johor ini, tidak susah untuk menyediakan hidangan asam pedas sekiranya teknik memasak hidangan tersebut dilakukan dengan betul.
“Tidak susah memasak asam pedas ni.Apa yang penting, pastikan lada yang digoreng hendaklah sentiasa di kacau agar ia tidak hangus dan berkerak di dasar kuali. Kemudian barulah dimasukkan garam untuk proses memasaknya lengkap.
Selain itu,masukkan ayam. Pastikan selepas memasukkan ayam, tutup periuk seketika agar stok dari ayam tersebut dapat dihasilkan kerana ia adalah elemen utama menghasilkan kuah terhadap asam pedas ayam ini. Jika tidak cukup kuah, tambahkan air. Perasakan garam dan gula secukup rasa dan pastikan asam pedas mempunyai rasa pedas dan masam yang seimbang.”
Menyentuh mengenai persiapan Aidilfitri yang bakal menjelang tiba, Datin Sri Ilyka bakal meraikan Aidilfitri di kediamannya terlebih dahulu di Shah Alam sebelum berkunjung ke kediaman ibu mentua yang terletak di Ampang, Selangor.
Kebetulan rumah ibunya di Puncak Alam, jadi tidak menjadi masalah untuk dirinya pulang berhari raya bersama keluarga tetapi perlu mengekalkan penjarakan sosial demi memastikan kesihatan orang tua dan kanak-kanak di dalam keluarganya berada pada tahap terbaik.
“Tahun ini pastinya suasana Aidilfitri amat berbeza jika dibandingkan dengan Aidilfitri tahun-tahun sebelumnya. Sebolehnya elakkan ahli keluarga kita dari dijangkiti COVID-19. Jadi, budaya kunjung-mengunjung, bersalam-salaman di Aidilfitri perlulah dielakkan bagi memastikan wabak ini dapat dicegah. Saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan Salam Aidilfitri dan Stay Safe untuk semua rakyat Malaysia, ” ujar Datin Sri Ilyka seraya mengakhiri perbualan.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Orang Malaysia memang senang sekali makanan manis. Tambah pula pada musim perayaan ini, hidang saja manisan lazat pasti habis.
Sebenarnya tak susah pun nak ‘Wow-kan!’ tetamu yang datang beraya di rumah anda. Trik paling penting, kenalah sediakan juadah yang sedap-sedap dan berbeza daripada menu biasa.
Kali ini Nona hendak kongsikan juadah manisan yang patut disajikan pada sanak-saudara dan kenalan. Ini bukan biskut raya biasa yang menggunakan ramuan mentega dan acuan yang pelbagai itu ya! Kami gelarkan sajian pencuci mulut ini sebagai ‘The Most Wanted Tart’. Makan sekali pasti mahu nikmatinya berkali-kali. Selamat mencuba.
KEY LIME PIE
Bahan-bahan pie shell:
150 gram biskut digestive
40 gram mentega (dicairkan)
20 gram gula
Bahan-bahan filling:
1 tin @ 400 gram susu pekat manis
100 ml jus limau nipis
1 sudu teh kulit limau nipis (diparut)
4 biji kuning telur
Bahan-bahan topping:
1 cawan krim putar
Parutan kulit limau nipis
Cara membuat:
Untuk membuat pie shell, kisar biskut digestive sehingga halus. Tambah gula dan gaul bersama mentega sehingga sebati. Tekap ke dalam tin pembakar pai bersaiz 8 inci. Bakar selama 7 minit pada suhu 180 darjah Celsius. Keluarkan dari ketuhar dan biar sejuk sepenuhnya. Sementara itu, sediakan filling dengan putar kuning telur selama 2 minit. Tambah susu pekat dan putar selama 2 minit lagi. Kemudian, masukkan jus limau nipis dan gaul sebati. Putar lagi selama 2 minit sehingga semua bahan bercampur dengan baik. Tapis adunan melalui penapis halus untuk menyingkirkan buih kecil. Tambah parutan limau. Tuang ke dalam pie shell yang sudah sejuk tadi dan bakar pada suhu 170 darjah Celsius selama 15 minit. Setelah masak, sejukkan di dalam peti sejuk sekurang-kurangnya 1 jam sebelum dihidangkan bersama krim putar.
BERRY TART
Bahan-bahan tart shell:
250 gram mentega
120 gram gula aising
2 biji telur
480 gram tepung gandum
Bahan-bahan krim pastri:
4 biji kuning telur
¼ tepung jagung
½ cawan gula kastor
2 cawan susu
Ekstrak vanila
1 cawan krim putar
Cara membuat:
Untuk menyediakan tart shell, ayak gula aising terlebih dahulu. Pukul gula aising dan mentega. Jangan pukul terlalu lama. Masukkan telur dan adun sebati. Juga, jangan terlalu lama. Masukkan tepung sedikit demi sedikit sehingga sebati. Jika masih lembik, tambah tepung. Bakar selama 17 minit pada suhu 170 darjah Celsius atau sehingga masak. Sementara itu, panaskan susu di dalam periuk dengan api kecil. Masukkan tepung jagung, gula dan kuning telur dalam satu mangkuk. Kacau sebati. Setelah susu berbuih, masukkan separuh susu ke dalam adunan kuning telur tadi. Kacau sebentar untuk melarutkan gula, kemudian tuang semula ke dalam periuk susu tadi. Gaul menggunakan whisker atau senduk kayu sehingga adunan likat. Adunan sudah masak jika ia mengeluarkan letupan angin. Tutup api dan masukkan ekstrak vanila. Biarkan sejuk. Akhir sekali, pukul krim putar dan gaulkan ke dalam adunan kastard yang sudah sejuk. Paipkan ke dalam tart shell dan hias bersama pilihan buah beri anda.
Tosai, Capati, Roti Canai dan Vadey. Kalau hendak senaraikan menu popular masyarakat India memang tidak terkira. Selain terkenal dengan ramuan rempah-ratus, juadah India juga terkenal dengan rasa manis. Salah satu jenis manisan yang wajib anda cuba adalah Kesari. Begitu juga sajian puri yang mempunyai rasa lembut dan empuk seperti roti canai.
Sempena Deepavali hari ini, apa kata anda cuba dua resipi berikut.
PURI
Bahan-bahan:
2 cawan tepung gandum
1-2 sudu besar minyak masak
1 sudu kecil susu tepung (untuk dijadikan puri lembut & berlemak)
½ sudu kecil gula
½ sudu kecil garam
Air suam secukupnya
Cara membuat:
Masukkan tepung gandum, tepung susu, garam, gula dan minyak masak ke dalam sebuah bekas. Adunkan semua bahan supaya rata. Kemudian, masukkan sedikit demi sedikit air suam dan uli tepung sehingga menjadi doh yang licin dan tidak melekat pada tangan. Rehatkan doh selama 20 minit dan pastikan doh ditutup dengan kain lembap. Bulat-bulatkan doh sebesar bola golf. Titiskan minyak atas papan canai dan leperkan doh puri mengikut ketebalan roti capati. Sesudah itu, panaskan minyak dalam kuali dan goreng puri hingga berwarna keperangan.
KESARI
Bahan-bahan:
2 cawan tepung suji
1 cawan gula
3 sudu besar gajus & kismis
3 cawan air
4 sudu besar minyak sapi
5 biji buah pelaga (dihancurkan)
Pewarna kuning
Cara membuat:
Panaskan dua sudu minyak sapid an goreng gajus hingga keperangan. Dalam minyak yang sama, masukkan tepung suji dan goreng hingga kuning keemasan. Angkat dan sejukkan. Sesudah itu, panaskan kuali dan masukkan air, gula dan pewarna kuning. Biarkan mendidih dan masukkan tepung sedikit demi sedikit sambil kacau. Masukkan pula gajus, kismis, serbuk buah pelaga dan dua sudu minyak sapi. Perlahankan api. Kacau hingga kesari tidak melekat pada kuali dan tutupkan api. Akhir sekali, masukkan kesari dalam loyang dan ratakan. Angkat dan sedia untuk dinikmati.
Resipi: TERIMA KASIH PEGAWAI PERHUBUNGAN AWAM GRAND BLUEWAVE HOTEL SHAH ALAM, FAZLIAH NOOR MOHD FOUZI
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Diam tak diam, perkahwinan Duli Yang Teramat Mulia (DYTM) Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Mateen dan Yang Amat Mulia Pengiran Anak Isteri Anisha Rosnah Adam bakal menginjak usia setahun ...