Lemak Manis & Safron Berkacang, 2 Resipi Ini Patut Anda Cuba Kalau Teringin MANISAN ARAB. Sedap Sangat!

Masakan Timur Tengah memang terkenal dengan portion yang besar dan berasaskan ramuan berkhasiat seperti kekacang dan safron.

Dua sajian yang diketengahkan ini selain mudah disediakan dalam tempoh masa singkat, ia juga kurang manis dan enak dinikmati pada bila-bila masa. Fukhara Om Ali misalnya enak dinikmati ketika masih panas. Selamat mencuba!

Saffron Mahalabiya

(untuk hidangan 4 orang)

Bahan-bahan:

  • 1 liter susu penuh krim
  • Secubit safron
  • ¼ cawan gula
  • ¼ cawan tepung jagung
  • Kacang pistasio (dihancurkan)
  • Buah strawberi (hiasan)

Cara membuat:

Dalam periuk yang sesuai, didihkan susu bersama gula dan safron. Sementara menunggu ia mendidih, dalam mangkuk berasingan, larut tepung jagung dengan secawan air.

Apabila susu sudah bertukar warna kuning, masukkan tepung jagung perlahan-lahan sehingga adunan pekat. Tutup api dan tuangkan adunan susu tadi ke dalam bekas. Apabila sudah sejuk, hiaskan dengan taburan kacang pistasio dan hirisan buah strawberi. Siap untuk dihidang.

Fukhara Om Ali

(untuk hidangan 4 orang)

Bahan-bahan:

  • 1 liter susu penuh krim
  • 8 keping croissant
  • ¼ cawan gula
  • ¼ cawan krim putar
  • 2 sudu makan kacang gajus
  • 2 sudu makan kacang pistasio
  • 2 sudu makan kacang badam
  • 2 sudu makan kismis
  • Krim masakan

Cara membuat:

Dalam periuk tahan keluli, panaskan susu dengan gula dan krim putar. Angkat dan ketepikan. Kemudian, potong croissant kepada bahagian kecil dan letakkan dalam bekas yang sesuai sebelum dimasukkan ke dalam ketuhar.

Hancurkan kekacang dan tabur di atas croissant

tadi. Simpan lebihan kekacang sebagai hiasan. Sesudah itu, tuang susu yang masih panas ke atas croissant diikuti krim masakan di atasnya dan bakar selama 10 hingga 15 minit. Apabila sudah masak, taburkan lebihan kekacang dan hidangkan. Suziana Abu Daud

Resipi: TERIMA KASIH SUNWAY RESORT HOTEL & SPA, CEF ALA’A ALI

Share
Published by
Norzalina