“Lepas Ada Duit RM30 Juta Baharu DS Aliff Beli LV,” Kongsi DS Nur Shahida

Nama Dato’ Seri Aliff Syukri Kamarzaman tak perlu diperkenalkan lagi. Namanya bukan sahaja mekar sebagai usahawan yang berjaya namun menjadi idola kepada usahawan muda yang baru bertatih dalam perniagaan. Berpeluang berkongsi rasa dengan Datin Seri Nur Shahida Mohd Rashid telah mencipta momen yang tak akan dilupakan sampai bila-bila.

IKLAN

IKLAN

“Orang kenal Dato’ bila sudah di puncak, ramai yang tak mengenalinya semasa baharu bertatih dalam perniagaan. Jangan tak percaya! Selepas Dato’ ada duit RM30 juta baru berani beli Louis Vuitton (LV),” terang DS Shahida tentang suami kesayangannya itu.

Bila melihat gelagat DS Aliff yang hyperaktif terfikir bagaimana ibu kepada enam orang anak ini menghadapi suaminya. “Mula-mula saya memang stres asyik nak bergaduh jer. Tapi Dato’ pandai, kalau nampak saya macam nak marah Dato’ slow down. Jadi kalau nak diam kan Dato’ saya kena mengamuk,” gurau DS Shahida sambil tersenyum memandang suaminya.

Siapa yang tak sayangkan suami sendiri kan? Kongsi DS Shahida lagi, “Saya pandang Dato’ daripada satu sudut yang baik. Mungkin orang ramai nampak Dato’ ‘begitu’ tapi realitinya Dato’ seorang yang suka bergurau.

Dato’ seorang yang tak suka keluar malam, tak keluar lepak-lepak minum kopi dengan kawan-kawan dan kalau nak jumpa Dato’ lebih suka orang datang rumah. Dato’ seorang lelaki yang pandai transform hobi kepada perniagaan. Apa sahaja yang dia buat pasti ada kaitan dengan bisnes, Dato’ tak akan buat saja-saja,” terang DS Shahida.

Memiliki empayar perniagaan yang gah dan juga anak-anak yang sedang membesar sudah tentu Datin Seri Nur Shahida tidak cukup tangan untuk mengimbangi tugas sebagai seorang isteri, ibu dan majikan. Bagaimana agaknya wanita yang lemah-lembut ini meredakan tekanan atau stres?

“Stres saya akan hilang bila saya menghabiskan masa dengan anak-anak. Melihat mereka membesar dan melayan ragam anak-anak sudah cukup menghiburkan saya. Kalau ada masa, kami sekeluarga akan keluar bercuti.

Bercerita tentang harapan, sudah tentu saya mahu anak-anak mewarisi perniagaan kami suatu hari nanti. Tapi saya tak mahu paksa mereka berkecimpung dalam perniagaan ini kalau tak minat. Mujurlah nampaknya anak saya yang sulung seperti minat berniaga. Walaupun masih kecil tapi dia suka tengok tukaran mata wang asing. Tanya saja perubahan mata wang setiap hari pasti dia boleh jawab.

Saya lihat anak sulung saya sangat mengagumi bapanya sendiri. Ammar akan selalu sokong apa juga tindakan ayahnya dan kadang-kadang dia sendiri pun bagi nasihat. Kalau ditanya tentang pendidikan anak-anak pula saya lebih pentingkan akhlak dan sahsiah mereka berbanding sijil,” kata Datin Seri Nur Shahida mengakhiri perbualan kami.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Majalah Nona (@majalahnona) on