Tinggi, langsing dan jelita. Cukup lengkap pakej yang dimiliki oleh wanita berketurunan India berusia 44 tahun ini. Shini Petrina Raman merupakan seorang pereka dalaman yang memiliki raut wajah klasik serta natural beauty! Sudahlah cantik, pakar dalam dekorasi pula tu.

Lepas Jual Salun, Bidang Hiasan Dalaman Bawa Tuah Buat Wanita Cantik Keturunan India Ini
Shini Petrina Raman yang natural beauty dan berwajah klasik di usia 44 tahun.

Lepas Jual Salun, Bidang Hiasan Dalaman Bawa Tuah Buat Wanita Cantik Keturunan India Ini“Kerjaya sebagai pereka dalaman berlaku secara kebetulan. Selepas menjual nail salon, saya berehat selama tiga bulan. Dalam masa tiga bulan itu saya melalui satu tempoh di mana saya cuba untuk mencari apa sebenarnya yang diminati dan boleh ditukar menjadi bisnes. Detiknya bermula apabila ibu saya hendak mengubah suai ruang tamu rumahnya. Disebabkan waktu itu saya ada kelapangan masa maka saya pun membantu ibu merias ruang tamunya itu.

Ads
Lepas Jual Salun, Bidang Hiasan Dalaman Bawa Tuah Buat Wanita Cantik Keturunan India Ini
Cantiknya ruang tamu rumah ibu Shini.

Setelah selesai saya pun ambil gambar ruang tamu yang baru dihias dan memuat naiknya ke sosial media. Esoknya ketika bangun tidur saya terima banyak mesej daripada rakan-rakan termasuk individu yang tak dikenali. Mereka tanya adakah saya seorang pereka dalaman? Dari situ saya ambil keputusan memulakan bisnes interior. Lalu, tercetusnya idea untuk menubuhkan syarikat sendiri dengan nama VSQ Design & Decorate. Syukur syarikat ini kian berkembang sampai ke saat ini.”

Lepas Jual Salun, Bidang Hiasan Dalaman Bawa Tuah Buat Wanita Cantik Keturunan India Ini

Saat kaki melangkah masuk ke kediaman ini, bebola mata terus menjelajah ke segenap penjuru. Terdetik hanya satu perkataan di benak penulis iaitu WOW! Terkesima dengan paparan interior yang bukan saja moden bahkan mewah dan urban. Siapa sangka, dari luar orang hanya nampak unit kondo lama yang masih berdiri teguh. Namun kediaman yang terletak di aras bawah ini diubah suai dengan begitu cantik sekali!

Lepas Jual Salun, Bidang Hiasan Dalaman Bawa Tuah Buat Wanita Cantik Keturunan India Ini
Ruang makan yang sangat elegan.

Lepas Jual Salun, Bidang Hiasan Dalaman Bawa Tuah Buat Wanita Cantik Keturunan India Ini

Lepas Jual Salun, Bidang Hiasan Dalaman Bawa Tuah Buat Wanita Cantik Keturunan India Ini

Untungnya, pemilik kondo ini iaitu Shini adalah seorang pereka dalaman profesional. Jelaslah, dekorasi kediaman ini diubah suai melambangkan cita rasa dan karakter sang pemiliknya yang urban. Bijak bermain dengan olahan warna dan material sesuai dengan konsep yang dipilih. Shini menganggap semangat dalam interior umpama satu ‘ketagihan’ buat dirinya.

Lepas Jual Salun, Bidang Hiasan Dalaman Bawa Tuah Buat Wanita Cantik Keturunan India Ini

Lepas Jual Salun, Bidang Hiasan Dalaman Bawa Tuah Buat Wanita Cantik Keturunan India Ini

Lepas Jual Salun, Bidang Hiasan Dalaman Bawa Tuah Buat Wanita Cantik Keturunan India Ini

“Saya dan suami membeli kondo lama ini kerana ia mempunyai saiz layout yang lebih luas berbanding kondo baru yang bukan saja mahal bahkan kurang dari segi keluasan. Jadi, kami tidak mahu melaburkan wang dengan membeli hartanah hanya kerana ia baru tapi tidak dapat buat banyak benda terutama interior. Bila kondo ini dibeli saya mula buat ubah suai secara berperingkat.

Lepas Jual Salun, Bidang Hiasan Dalaman Bawa Tuah Buat Wanita Cantik Keturunan India Ini

Lepas Jual Salun, Bidang Hiasan Dalaman Bawa Tuah Buat Wanita Cantik Keturunan India Ini

Ads

Lepas Jual Salun, Bidang Hiasan Dalaman Bawa Tuah Buat Wanita Cantik Keturunan India Ini

Suami juga mempunyai taste dalam interior. Namun minat suami lebih tertumpu kepada landskap berbanding interior. Suami lebih berpengalaman dan berpengetahuan dalam exterior,” kongsi Shini yang sudah pun berkahwin selama enam tahun namun masih belum dikurniakan anak.

Lepas Jual Salun, Bidang Hiasan Dalaman Bawa Tuah Buat Wanita Cantik Keturunan India Ini

Lepas Jual Salun, Bidang Hiasan Dalaman Bawa Tuah Buat Wanita Cantik Keturunan India Ini

Lepas Jual Salun, Bidang Hiasan Dalaman Bawa Tuah Buat Wanita Cantik Keturunan India Ini

Ads

Ruang kegemaran saya Semestinya dapur kerana saya banyak menghabiskan masa di ruang ini. Walaupun ia tidak terlalu besar namun saya menatanya sebaik mungkin agar mudah dijaga. Saya banyak berbelanja untuk premium marble quartz countertops agar kelihatan mewah dan up to date.

Lepas Jual Salun, Bidang Hiasan Dalaman Bawa Tuah Buat Wanita Cantik Keturunan India Ini

Lepas Jual Salun, Bidang Hiasan Dalaman Bawa Tuah Buat Wanita Cantik Keturunan India Ini

Lepas Jual Salun, Bidang Hiasan Dalaman Bawa Tuah Buat Wanita Cantik Keturunan India Ini

Seterusnya ruang makan kerana pemandangannya dari ruang ini sangat mendamaikan. Di sini saya dapat melihat taman yang menghijau di luar dari panel kaca. Manakala pada waktu malam pula selalunya saya hanya akan menyalakan lampu di sekeliling saja. Kalau ada tetamu, mereka akan duduk di situ sambil ditemani cahaya semula jadi dan hembusan bayu malam yang menyegarkan.”

Lepas Jual Salun, Bidang Hiasan Dalaman Bawa Tuah Buat Wanita Cantik Keturunan India Ini

Lepas Jual Salun, Bidang Hiasan Dalaman Bawa Tuah Buat Wanita Cantik Keturunan India Ini

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI