Selepas meraih pelbagai kejayaan menerusi empayar muslimah Naelofar Hijab, kini ibu kepada Noor Neelofa Mohd Noor mencabar potensi diri dengan menceburi industri kosmetik pula. Sebagai seorang usahawan yang sering ‘dahaga’ idea dan pencapaian terbaharu di samping ingin terus membina legasi, ibu berusia 53 tahun ini pantas mencari peluang dan melibatkan diri dalam satu lagi cabang perniagaan. Kali ini sebagai usahawan kecantikan di bawah jenama miliknya, Young & Glow Cosmetic.
Sudah lebih setahun berada di pasaran, produk ini telah pun meniti di bibir peminat dunia kecantikan dek kerana kualiti dan harganya yang berpatutan. Bermula dengan hanya satu
produk iaitu bedak asas, kini Young & Glow memiliki rangkaian produk kosmetik sendiri. Antaranya termasuklah variasi jenis gincu bibir.
“Bercerita tentang idea tercetusnya Young & Glow ini adalah apabila saya terima sampel foundation ini buat kali pertama beberapa tahun lepas. Daripada sampel tersebut saya dapati teksturnya sangat ‘wow’ jika dibandingkan dengan bedak asas yang pernah saya pakai sebelum ini. Walaupun ia buatan Malaysia tapi tidak keterlaluan kalau saya katakan kualitinya mengalahkan produk jenama antarabangsa.
Alhamdulillah, dah setahun lebih Young & Glow ada di pasaran sejak ia dilancarkan pada 8 Oktober 2018. Saya juga amat berbesar hati memaklumkan yang sehingga kini, kami
sudah pun mempunyai beberapa rangkaian iaitu Young & Glow Foundation, Neelofa X Young & Glow Lip Matte, Young & Glow Lipstick, Lip Remover dan Neelofa X Young & Glow Lip Matte Letop juga.”
Walau masih bertatih mencari rentak dalam industri kosmetik namun pencapaian Young & Glow yang berusia kurang dua tahun ini cukup membanggakan. Mana tidaknya, selain berjaya menjual ratusan ribu unit produk dalam tempoh yang singkat Datin Noor Kartini juga berjaya membuka jalan kepada ramai wanita termasuk suri rumah untuk menjana pendapatan sendiri.
Apatah lagi produk yang dipasarkan memenuhi cita rasa dan mampu dimiliki. Young & Glow Foundation misalnya merupakan produk paling laris kerana bukan sekadar dilengkapi dengan formulasi bedak asas malah merangkumi manfaat pelembap, serum dan pelindung sinar UV SPF 45.
Menariknya, bedak asas 4 dalam satu ini sesuai dijadikan set lengkap rawatan kulit harian memandangkan ia jimat dan mudah dibawa ke mana-mana. Inovasi Young & Glow
sudah pasti menjadikan pengguna kelihatan cantik dan tampil awet muda tanpa perlu mengeluarkan belanja besar. Hanya dengan RM60, kulit wajah sudah dilitupi sempurna.
“Keistimewaannya Young & Glow Foundation ini ialah ia empat dalam satu. Dah ada serum, moisturiser, SPF 45 dan juga bedak foundation. Selain itu, keunikan lainnya ialah kerana ia tidak ada kod warna. Maksudnya, hanya ada satu kod warna saja dan ia boleh masuk untuk semua tona kulit. Itulah keistimewaan Young & Glow Foundation berbanding produk-produk lain. Bukan semata-mata digunakan untuk bersolek tetapi juga merawat kulit wajah.”
Tambah Datin Noor Kartini lagi, Young & Glow Foundation mudah sekata dengan apa juga tona kulit, tidak melekit, tidak berminyak dan ringan. Bahkan penggunaannya mampu bertahan sehingga dua ke tiga bulan. Sebanyak 200 ribu unit foundation
berjaya dijual dan Neelofa X Young & Glow Lip Matte first edition yang dilancarkan pada November 2019 dah sold out sebanyak 100 ribu unit dalam masa setengah jam sahaja.”Formulasi Neelofa X Young & Glow Lip Matte diperkaya dengan vitamin E, argan oil, grape seed oil dan marine collagen. Enam pilihan warna ditawarkan untuk koleksi ini yang
setiap satunya mencerminkan identiti Neelofa iaitu Aquarius, Tiga, Kelantan, MRSM, Lotus dan Nona.
Aquarius contohnya ialah zodiak kelahiran Neelofa, Tiga pula menjelaskan kedudukan beliau sebagai anak ketiga, Kelantan membawa maksud negeri kelahiran, MRSM ialah tempat Neelofa bersekolah, Lotus adalah makna namanya dan Nona merupakan permulaan kerjaya Neelofa dalam bidang pengacaraan.
Cukup kreatif Neelofa menggambarkan personalitinya kepada pengguna melalui produk gincu bibir keluaran Young & Glow.
Lebih menarik, sapuan Neelofa X Young & Glow Lip Matte di bibir menyerlahkan efek natural, berbau harum, tidak menggelapkan warna bibir, tidak melekit, tahan lama dan ringan. Satu lagi koleksi terbaru gincu bibir Neelofa adalah Lip Matte Letop yang mengetengahkan enam variasi warna iaitu Light Base, Medium Base, Dark Base, Dewi, Single dan 1989.
Seperti Neelofa X Young & Glow Lip Matte, koleksi ini turut menjelaskan refleksi diri Neelofa yang pernah menjuarai Pencarian Dewi Remaja, status diri yang masih ‘single’ dan tahun kelahirannya iaitu 1989. Tidak ketinggalan, Young & Glow Lipstick yang ditawarkan dengan harga RM48 seunit di samping memiliki lima pilihan rona menarik bertemakan Kindness, Devotion, Gracious, Patience dan Strength.
Ujar Neelofa, “Buat masa ini kami baru keluarkan edisi kedua untuk lip matte
dan koleksi pertama gincu bibir. InshaAllah, kita akan keluarkan lebih banyak koleksi dengan variasi berlainan. Dari segi bungkusan, ia sangat berbeza dengan produk lain yang ada di pasaran.Namun, apa yang paling penting adalah formulasi setiap lip matte dan gincu yang dikeluarkan. Untuk lip matte, formulasi yang digunakan saya boleh sifatkan sebagai terbaik. Saya sendiri suka menggunakannya. Setakat ini, ramai yang memberi respon yang
baik.
Pun begitu, target kami untuk mengembangkan jenama ini tidak terlalu drastik. Bermula dengan lip matte dan gincu, mungkin kami akan menghasilkan maskara dan pemerah pipi pula. Tapi yang lebih penting, kami perlu faham pasaran terlebih dahulu sebelum menghasilkan produk-produk berkenaan.”
Mengulas kewujudan jenama Young & Glow adalah atas kehendak dan permintaannya sendiri, selebriti cantik ini bagaimana pun tampil menjelaskan perkara sebenar. “Idea untuk
menghasilkan Young & Glow Cosmetic sebenarnya datang daripada ibu saya sendiri. Tambahan pula, ramai pengusaha yang keluar dengan kosmetik sendiri. Jadi selepas adik saya, Ameera memasarkan LMK (Little Miss Khan) Cosmetics, kini giliran ibu saya pula.”
This website uses cookies.