Walau pergerakan terbatas sempena Ramadan ini kerana Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) susulan wabak Covid-19 tetapi selebriti cantik, Noor Neelofa Mohd Noor tetap kreatif mencari peluang untuk terus menyampaikan ilmu! Selain mengendalikan program Berseorangan Bersama di platform Instagramnya, kali ini Neelofa tampil dengan idea baru.

Ads

Dengan matlamat mahu berkongsi perkara ilmiah dalam bulan penuh keberkatan ini, Neelofa teruja mewujudkan sebuah medium perkongsian di aplikasi Telegram. Mula dilancarkan pada minggu lalu, saluran yang diuruskan sendiri oleh Neelofa ini menjadi medan pengantara untuk berkongsi ilmu berkaitan solat, agama dan motivasi.

“Lepas Subuh Kalau Boleh Jangan Tidur…” NEELOFA Buat Telegram Ramadan Kongsi Ilmu Agama “Lepas Subuh Kalau Boleh Jangan Tidur…” NEELOFA Buat Telegram Ramadan Kongsi Ilmu Agama “Lepas Subuh Kalau Boleh Jangan Tidur…” NEELOFA Buat Telegram Ramadan Kongsi Ilmu Agama

Antara perkongsian yang rancak dilakukan usahawan Naelofar ini termasuk cara memahami dan mengingati bacaan serta maksud dalam solat, doa-doa harian serta pelbagai pengetahuan lain seperti ayat Al-Quran juga video ceramah agama.

Jelas pelakon dan pengacara popular ini lagi, tujuan saluran Telegram tersebut diwujudkan kerana suasana sambutan bulan Ramadan yang berbeza dan sangat istimewa pada tahun ini berbanding tahun-tahun sebelumnya.

Ujar Neelofa, “Tahun ini, kita menyambut Ramadan dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan kebanyakan daripada kita tidak dibenarkan untuk keluar daripada kediaman masing-masing. Justeru, kita manfaatkan masa yang ada dengan perkara berfaedah.

“Lepas Subuh Kalau Boleh Jangan Tidur…” NEELOFA Buat Telegram Ramadan Kongsi Ilmu Agama “Lepas Subuh Kalau Boleh Jangan Tidur…” NEELOFA Buat Telegram Ramadan Kongsi Ilmu Agama “Lepas Subuh Kalau Boleh Jangan Tidur…” NEELOFA Buat Telegram Ramadan Kongsi Ilmu Agama “Lepas Subuh Kalau Boleh Jangan Tidur…” NEELOFA Buat Telegram Ramadan Kongsi Ilmu Agama

Jika dahulu kita tidak sempat, sekarang alhamdulillah dan ini antara keindahan Ramadan pada kali ini. Ramai yang bertanya kepada saya selama ini, apakah doa yang saya amalkan sehari-hari dan surah apakah yang menjadi kegemaran. Saya cuba berkongsi di Instagram Stories tetapi disebabkan limitasi durasi, perkongsian menjadi terbatas. Kalau terlalu banyak yang dikongsi, takut orang jemu dan tak baca (skip).

Ads

Jadi dengan saluran Telegram tersebut, saya lebih bebas untuk berkongsi apa sahaja yang bermanfaat, asalkan tidak menyimpang. Saya harap perkongsian ini dapat dimanfaatkan pada keadaan sukar seperti sekarang.”

Sehingga kini, Telegram yang disifatkan Neelofa sebagai ruang untuk berkongsi ilmu berjaya menghimpunkan lebih 71 ribu orang.

Ads

“Lepas Subuh Kalau Boleh Jangan Tidur…” NEELOFA Buat Telegram Ramadan Kongsi Ilmu Agama “Lepas Subuh Kalau Boleh Jangan Tidur…” NEELOFA Buat Telegram Ramadan Kongsi Ilmu Agama

Sementara itu, berdasarkan hasil maklum balas bersama pengikut saluran berkenaan mendapati rata-rata mereka menyambut baik inisiatif Neelofa. Salah seorang daripada mereka berkata, “Saya rasakan saluran ini sangat bagus kerana ramai dapat mengikuti apa yang Neelofa lakukan setiap hari dan dapat menambah ilmu yang kadang-kadang kita sendiri terlepas pandang.”

Tidak kurang juga yang mengambil peluang ini untuk lebih mengenali selebriti kesayangan ramai tersebut. “Saya rasa sangat bertuah kerana menjadi yang pertama menerima kemas kini daripada beliau. Saya rasa inisiatif ini sangat bagus kerana tiada artis lain yang mengelolakan saluran Telegram seperti ini.”

Saluran Telegram boleh diakses secara percuma dengan mencari kata kunci Neelofa di ruangan carian.

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI