MashaAllah, comelnya Esabelle Zahra ni! Memang betul-betul ikut muka ibu ni. Rambutnya hitam dan lebat, berkulit sawo matang serta memiliki anak mata yang berwarna hitam.
Terserlah genetik Melayu pada anak perempuan sulung Mat Dan dan Nadifa Adnan ini.
Esabelle Zahra dilahirkan pada 30 Mac 2023 di KPJ Klang Selangor.
Zuriat ketiga Mat Dan ini merupakan anak perempuan sulung dalam keluarga selepas dikurniakan dua anak lelaki.
Comel-comel semuanya, maklumlah anak kacukan Malaysia-United Kingdom, kan?
Selain bergelar selebriti media sosial, Mat Dan yang fasih bertutur dalam loghat Terengganu ini juga merupakan seorang pelakon, hos serta penyampai radio di Molek FM.
Menerusi satu hantaran di akaun Instagram Mat Dan, dia buat pertama kalinya mendedahkan wajah Esabelle Zahra di media sosial.
“Let me introduce Esabelle Zahra..
“Born on 30/3/2023 at @kpjklanghospital_”
“The latest edition to the Tyler/Che Wan family.”
Kecomelan Esabelle Zahra yang baru berusia dua bulan itu telah membuatkan para pengikutnya teruja.
Malah, ramai yang berpendapat, wajah Esabelle Zahra lebih kepada kemelayuan.
Apa yang pasti, anak perempuan tunggal Mat Dan ini bakal mewarisi kecantikan isterinya, seorang wanita Terengganu sejati yang penuh kelembutan dan keayuan.
Untuk info, Mat Dan atau nama sebenarnya Mohammad Kareef Daniel Abdullah mendirikan rumahtangga dengan Nadifa Adnan pada 12 Mac 2017 di Bukit Chendering, Terengganu.
Mat Dan merupakan warganegara United Kingdom dan sudah menetap di Malaysia sejak 2009.
Pengembaraan ke Pulau Kapas, Terengganu beberapa tahun lalu telah menarik minat Mat Dan untuk tinggal di Malaysia lalu bertemu jodoh dengan isterinya.
Setelah dikenali ramai, Mat Dan kemudiannya muncul sebagai pengacara, pelakon serta penyampai radio di Molek FM Terengganu. Semoga Mat Dan dan isteri kekal bahagia sampai syurga.
Kredit Foto: Instagram Mat Dan
Majalah Nona ada juga di Telegram. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Follow kamii sekarang di https://t.me/majalahnona
This website uses cookies.