Patutlah dUCkscarves makin digilai fashionista dan para hijabi. Selain rekaan skaf yang eksklusif dan versatil, label terkenal ini juga bijak memikat perhatian penggemar fesyen terutamanya dalam kalangan wanita dengan cara yang cukup kreatif. Mana tidaknya, pada pelancaran butik kelima dUCk di 1 Utama Shopping Centre baru-baru ini… jenama hijab mewah berkenaan menyerlahkan keunikan identiti mereka dengan menghias ruang butik menggunakan konsep library atau perpustakaan.
Lazimnya, apabila masuk ke perpustakaan… pengunjung dihidangkan dengan pelbagai himpunan buku dan bahan bacaan. Namun berbeza pula situasinya di ‘library’ dUCk. Rak tujuh tingkat yang ada di sebelah kiri butik tatkala melangkah masuk, tersusun kemas dengan kotak dUCkscarves berwarna ungu. Sekaligus mencerminkan refleksi susunan buku seolah-olah seperti berada di dalam perpustakaan sebenar.
Selepas pembukaan butik dUCk di Pavilion, Suria KLCC dan Haji Lane di Singapura… pusat beli-belah 1 Utama di Petaling Jaya menjadi lokasi pilihan terbaru dUCk. Sebelum ini dUCk pernah mengetengahkan tema butik berinspirasikan ruang tamu, bilik mandi, loteng dan walk-in closet.
Selain berjaya mencetuskan elemen butik yang luar biasa daripada kebiasaan, butik dUCk ala ‘library’ di 1 Utama ini juga diserikan dengan sudut khas untuk koleksi The dUCk Print dan Limited Edition. Lebih istimewa, sempena pelancaran butik terbaru ini… dUCk turut mengeluarkan inner hijab terkini yang dihasilkan menerusi nanotechnology bertujuan membunuh bakteria, menghilangkan bau dan membuatkan pemakaian inner hijab lebih selesa.
Tidak sekadar menghimpunkan skaf dan inner, butik dUCk 1 Utama juga menawarkan seleksi rangkaian produk dUCk. Daripada beg tangan, aksesori, sehinggalah ke produk kosmetik… semuanya ada di sini. Rambang mata dibuatnya!
Menurut Vivy Yusof iaitu pengasas The dUCk Group, “Modesty is more than just a statement these days, it’s lifestyle. Sebagai individu yang mewakili modern modesty woman,
sokongan dan minat anda terhadap dUCk sangat mengharukan. Impian untuk membuka butik dUCk kelima ini akhirnya menjadi kenyataan dan saya amat gembira kerana kini anda boleh memiliki produk dUCk dengan mudah.”Ini merupakan tahun kelima jenama dUCk diasaskan dan daripada empat juta helaian skaf berjaya dijual di serata dunia, kini empayar dUCk terus berkembang dengan variasi produk terbaru termasuk kosmetik, aksesori, beg tangan, telekung, alat tulis dan sebagainya.
This website uses cookies.