Berniaga ikut peredaran zaman, bukan untuk buat duit semata-mata. Carilah pengalaman dan faham susah senang dalam mencari rezeki. Berpijaklah di bumi yang nyata.
Itu kata-kata hikmah yang dilontarkan oleh usahawan ternama Dato’ Hajah Sharifah Shareen Almashoor. Beliau bukan sahaja bergelar ikon usahawan sukses di Malaysia bahkan aktif dalam aktiviti kebajikan dan kemasyarakatan.
Bukan sahaja di kalangan mereka yang makan gaji malah yang menjalankan perniagaan pun sama sahaja keadaannya. Cuma bagaimana kita hendak meletakkan diri kita di mana. Sama ada di tempat orang yang sangat sedih, menyalahkan keadaan, atau kita menjadikan keadaan ini sebagai satu peluang terbaik dalam kehidupan.
Dato’ Shareen Almashoor menasihatkan kepada wanita-wanita di luar sana terutama yang diberhentikan kerja akibat COVID-19 agar tidak terus meratapi kesukaran hidup yang dihadapi. Sebaliknya fikirkan peluang-peluang yang ada di hadapan.
“Saya sendiri merasakan pandemik COVID-19 adalah waktu yang paling best
dalam perniagaan saya kerana orang lain tidak tahu hendak buat apa. Jadi, apabila kita dapat melihat peluang daripada situasi tersebut itulah titik tolak permulaan kepada kejayaan yang terlalu hebat untuk kita.
Kepada anda yang tidak minat berniaga pula jangan bimbang. Anda boleh cari industri-industri yang sedang berkembang pesat dengan menawarkan kelebihan atau pengalaman yang anda ada. Kemahiran yang anda boleh sumbangkan untuk industri tersebut.
Kredit Foto: Instagram @datoshareenalmashoor
This website uses cookies.