Sebelum menceburi bidang hiasan dalaman Hazlinda Mohd Hashim atau lebih mesra disapa Linda Uzir, menggenggam segulung Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Perniagaan, (Pemasaran), Universiti Teknologi Mara (UiTM), Shah Alam, ini pernah bekerja dengan beberapa syarikat dalam bidang pemasaran dan pengurusan serta pembangunan perniagaan bersama syarikat peruncitan fesyen, media, teknologi maklumat serta minyak dan cari gali.
“Kemudian pada tahun 2010 saya mula mengendalikan perniagaan keluarga dengan membuka Interior Decoration Boutique yang pertama seumpamanya. Butik yang diberi nama House of Hazienda ini beroperasi di Ara Damansara. Di House of Hazienda saya menguruskan bahagian operasi syarikat dan juga bahagian pemasaran. Kami terlibat secara langsung untuk projek mereka hiasan dalaman di kawasan residen Ara Damansara dan juga mereka dan mereka bentuk perabot mengikut keperluan pelanggan.
Lima tahun selepas itu saya melebarkan sayap perniagaan dengan membuka a small set up cafe called Decor Tea Room. Cafe yang berkonsepkan Parisian Chic Style
ini diwujudkan untuk pelanggan menikmati hidangan ringan dan minum petang sambil menikmati hiasan dekorasi yang indah ataupun mencari inspirasi dekorasi idaman mereka.Tahun ini pula saya memberanikan diri mengembangkan empayar perniagaan dengan membuka sebuah lagi syarikat hiasan dalaman bersama rakan kongsi, sahabat baik dan juga hos televisyen, Suraya Yeop Junior. Minat kami berdua dalam bidang hiasan dalaman telah melonjak rasa melahirkan idea yang sangat istimewa melalui LUxS Interiors.
Kombinasi saya dan Suraya sangat padu kerana kelebihan saya adalah mereka perabot hiasan dalaman dan pemilihan corak dan fabrik. Manakala Suraya pula sangat berbakat dan begitu bijak menyusun dan menghias perabot menjadikan sesuatu ruang itu begitu istimewa dan selesa didiami. Biasanya pelanggan kami sangat berpuas hati setelah melihat hasil yang telah tercipta.
Dalam masa yang sama saya mengorak langkah membuka sebuah studio yang digelar The Conversation Studio bersama tiga orang wanita inspirasi iaitu Ratu Perhubungan Awam, Selina Yeop Junior, Penyanyi Pop and R&B, Ning Baizura Dalton dan Suraya Yeop Junior. Cetusan idea studio ini adalah apabila Selina berhasrat untuk menjual koleksi baju. Saya dan Suraya pula bertanggung jawab untuk mereka dan menghias dalaman studio tersebut.
Studio yang terletak di Medan Damansara ini dihias indah berkonsepkan beautiful Parisian style of french interior designing menjelmakan suasana elegan dan classy di setiap ruang dan sudut. The Conversation Studio lebih kepada home boutique
kerana kami mahu menonjolkan konsep live by design, lifestyle studio of fashion and decoration demi mencipta gaya hidup setiap pelanggan. Kami sangat berharap agar setiap pelanggan mengambil inspirasi dengan setiap perincian dekorasi yang ditonjolkan di sini.Reka bentuk dalaman adalah berkait rapat dengan penempatan dan reka bentuk perabot serta elemen-elemen ruang lain seperti tingkap, dinding, pintu, tekstur, kemasan dan cahaya. Kuasa seorang penghias dalaman untuk memanipulasi segenap ruang. Tugas seorang penghias dalaman ini nampak mudah tetapi sebenarnya turut mempunyai cabaran yang tersendiri.
“I don’t work in a big team so banyak tanggung jawab yang harus dipikul. Daripada tugas mereka bentuk hingga ke pengurusan perniagaan saya lakukan sendiri. Kebanyakan projek kami akan menggunakan khidmat pembekal dan memanggil kontraktor luar dan sebagainya. Jadi memang sangat banyak cabaran apabila berhubung dengan individu yang datang daripada latar belakang pendidikan yang berbeza serta gaya hidup yang berlainan,” ungkap Linda yang mempunyai darah campuran Melayu Indo ini.
Walaupun masih muda tetapi wanita yang berasal dari Petaling Jaya ini nyata berjaya mencipta nama dalam dunia hiasan dalaman. Merungkaikan rahsia kejayaan bekas pelajar Sekolah Menengah (Perempuan) Sri Aman ini, pintasnya, “always be confident with your style and never be afraid to explore beyond your comfort zone.
Saya masih belajar untuk menjadi seseorang yang benar-benar berjaya and the secret is to never give up and always dream big. I love to challenge myself and push myself to do something more than my own comfort zone. I like to be inspired from a lot of successful people especial women. But the secret is always stay humble and be happy!
Kalau menghias kediaman pelanggan, cuba untuk memahami gaya hidup pelanggan tersebut sebaiknya supaya idea yang dihasilkan dapat memberi impak dalam kehidupan harian pelanggan. Ini kerana hiasan dalaman yang menarik mencerminkan karakter seseorang tersebut. It brings out the best in you!” ungkapnya sambil tersenyum.
Saya berharap to be a well known and successful entrepreneur, interior designer and have my own line of home decor products. Also to venture into other business especially in fashion, beauty and health. Always dream big, tak salah pun!” ungkapnya.
This website uses cookies.