Sepanjang memenuhi jemputan pertunjukan fesyen raya dalam maraton hari-hari terakhir sebelum bermulanya bulan Ramadan ini, majlis ARIANI LAYAR RAYA 2023 antara yang paling berbekas di ingatan. Masakan tidak, penampilan eksklusif Datin Lisa Surihani, Uyaina Arshad dan Bella Dally punya aura tersendiri saat melangkah di pentas runway yang dihias indah.

ARIANI kembali dengan membawakan koleksi ARIANI LAYAR RAYA 2023 bersama rekaan hijab dan busana yang lebih segar dengan paduan warna-warna menarik untuk digayakan musim lebaran ini.

Ads

Pertunjukan koleksi ARIANI dipersembahkan dengan cara yang unik iaitu dengan menampilkan artis terkemuka sebagai penyanyi pengiring ketika fashion runway dipersembahkan.

Lisa Surihani, Uyaina Arshad & Bella Dally Gandingan Paling Memukau Di Runway ARIANI LAYAR RAYA 2023
Syamel dan Ernie Zakri

 

Lisa Surihani, Uyaina Arshad & Bella Dally Gandingan Paling Memukau Di Runway ARIANI LAYAR RAYA 2023
Amir Masdi

 

Meletakkan keselesaan dan eksklusif sebagai elemen utama dalam penghasilan tudung, ARIANI mengilhamkan rekaan hijab dan busana terkini dengan pelbagai pilihan dan gaya yang cukup menawan.

Sebanyak lebih 101 rekaan hijab terbaru diperkenalkan dengan kombinasi warna, material dan cetakan yang lebih unik, moden dan elegan dalam setiap helaian hijab.

Lisa Surihani, Uyaina Arshad & Bella Dally Gandingan Paling Memukau Di Runway ARIANI LAYAR RAYA 2023

 

Lisa Surihani, Uyaina Arshad & Bella Dally Gandingan Paling Memukau Di Runway ARIANI LAYAR RAYA 2023

 

Lisa Surihani, Uyaina Arshad & Bella Dally Gandingan Paling Memukau Di Runway ARIANI LAYAR RAYA 2023

 

Ads

Lisa Surihani, Uyaina Arshad & Bella Dally Gandingan Paling Memukau Di Runway ARIANI LAYAR RAYA 2023

 

Majlis pada petang itu dimulakan dengan persembahan pembukaan daripada petikan gitar profesional daripada Man Kidal bersama penyanyi Amir Masdi mendendangkan lagu Sejati, sebagai simbolik kepada peminat setia ARIANI yang terus menyokong selama jenama ini berada di pasaran.

Pertunjukan fesyen Layar Raya ini juga turut menampilkan barisan duta terkemuka untuk tahun ini seperti Datin Lisa Surihani yang juga merupakan duta Ariani yang baharu, pengacara Uyaina Arshad dan pelakon Bella Dally.

Ads

Lisa Surihani, Uyaina Arshad & Bella Dally Gandingan Paling Memukau Di Runway ARIANI LAYAR RAYA 2023

 

Lisa Surihani, Uyaina Arshad & Bella Dally Gandingan Paling Memukau Di Runway ARIANI LAYAR RAYA 2023

 

Lisa Surihani, Uyaina Arshad & Bella Dally Gandingan Paling Memukau Di Runway ARIANI LAYAR RAYA 2023

 

Majlis yang berlangsung di The Grand Ballroom, Kuala Lumpur Convention Centre, Kuala Lumpur itu dihadiri lebih 800 tetamu dan turut diserikan dengan kehadiran tetamu kehormat, Datin Seri Fatimah Binti Taha, isteri kepada Menteri Perdagangan Dalam Negeri Dan Kos Sara Hidup.

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI