Liza Abdullah Dari Kaca Mata Anak Gadisnya, ‘Mak Leha’ Kekal Cantik Usia 58

Setelah 4 dekad menjadi anak seni, nyata figura versatil ini kekal relevan sehingga kini. Liza Abdullah mempunyai bakat semula jadi dan lakonannya sering kali meninggalkan kesan buat penggemar drama tempatan.

Namun, karakter Mak Leha yang dibawakan oleh wanita yang lahir pada 6 Jun 1964 ini ternyata meninggalkan impak besar sehingga peminat kini lebih mengenalinya dengan nama watak tersebut.

Foto: Instagram @lizza_abdullah

Rezeki tak pernah salah alamat. Sama ada cepat atau lambat jika sudah tertulis rezeki ia tetap akan hadir.

Liza Abdullah telah dinobatkan sebagai pemenang Watak Antagonis Popular pada Anugerah Bintang Popular Ke-34 dan Pelakon Antagonis Terbaik (Anugerah Drama Sangat 2021) menerusi drama 7 Hari Mencintaimu walaupun setelah 4 dekad menjadi anak seni.

Foto: Instagram @lizza_abdullah

Pemilik nama sebenar Norliza Abdullah ini mula dikenali sebagai penyanyi pada tahun 1984 sebelum namanya menjulang sebagai pelakon sejak membintangi filem Ali Setan pada 1985.

NONA pernah mendapatkan pandangan daripada anak kesayangan wanita yang kekal jelita sehingga sekarang ini. Cerita Nurnaffiz Syahiddah Zolkefli tentang ibu kesayangannya.

Nurnaffiz Syahiddah Zolkefli. Foto: Koleksi Majalah Nona

“Ibu seorang wanita yang kuat bekerja. Dia tidak pernah merungut mengenai kerja dia walaupun saya tahu dia penat. Dia seorang yang sangat berdisiplin. Apabila dia masuk ke set, dia akan tolak semua masalah dia ke tepi dan boleh ceriakan semua orang.

Saya dan ibu juga sangat rapat. Walaupun saya tahu ibu selalu sibuk dengan jadualnya, tapi dia tetap mencari masa untuk saya dan adik-beradik yang lain,” bicara Naffiz.

Foto: Instagram @lizza_abdullah

Akui Naffiz, ibunya sentiasa menjadi pendorong utama dalam setiap perkara yang dilakukannya. Ibunya tidak pernah menghalang untuk dia menceburi bidang yang diminatinya.

“Selama ini ibu tidak pernah mengongkong dan bersangka buruk terhadap anak-anaknya. Dia akan percayakan anak dia sendiri berbanding orang lain.

Foto: Instagram @lizza_abdullah

Jika dia dengar sesuatu yang tidak betul sekalipun mengenai anak-anak dia, dia akan tanya terlebih dahulu sebelum dia marah. Jika betul sekalipun kesalahan itu datang dari anak-anaknya, dia ada cara tersendiri untuk menyelesaikannya.

Sebagai anak yang membesar di zaman moden ini, saya selesa dengan cara didikan ibu. keterbukaan ibu membuatkan saya sangat seronok dengan cara didikan dia.

Bagi saya, cara ibu mendidik saya membuatkan saya lebih jujur dan saya berasa lebih berjaga-jaga untuk khianati kepercayaan yang ibu berikan kepada saya.

Foto: Instagram @lizza_abdullah

“Bukan itu saja, saya juga cukup kagum dan terinspirasi dengan sikap ibu yang terlalu jujur dan ikhlas dalam kariernya.

Susah untuk saya describe tahap kejujuran ibu namun orang yang berada disekeliling dia tahu dia seorang yang bagaimana.

Antara prinsip yang ibu pegang dari dulu sampai sekarang ialah “biar orang buat kita tapi jangan kita buat orang”, kata Naffiz.

Baca juga; Berbuka Puasa Di Istana Selangor, Penampilan Che Puan Syamim Farid Tarik Perhatian!

Share
Published by
Hamizatul Maizan