Kemunculan penyani wanita ini di pentas Gegar Vaganza 4 yang lalu, memang sangat mengagumkan. Malah pembabitannya semula di pentas seni suara sememangnya dinanti para peminat.

Liza Hanim, 37 tahun yang dianugerahkan mempunyai suara lantang dan bakat semula jadi ini ternyata cukup memukau setiap kali membuat persembahan di pentas.

Ads

Bukan sahaja dia semakin jelita tetapi tubuhnya juga semakin langsing walaupun sudah mempunyai empat cahayamata. Apa agaknya rahsia lansing penyanyi berlesung pipit ini.

Semakin Jelita, Liza Hanim Kenang Perit Jerih Singkir 20kg Lemak!

Liza Hanim Makin Jelita! Tak Sangka, Dulu Pernah ‘Struggle’ Singkir 20 Kg Lemak Secara Semulajadi Liza Hanim Makin Jelita! Tak Sangka, Dulu Pernah ‘Struggle’ Singkir 20 Kg Lemak Secara Semulajadi

Suatu ketika dulu penyanyi ini mengalami pertambahan berat badan mendadak selepas melahirkan anak keduanya menyebabkan bentuk fizikal asal sudah lari sepenuhnya. Namun kejayaanya kehilangan 20 kilogram membuatkan ramai yang ingin mengetahui rahsianya.

Menyedari ramai yang mengalami masalah ini, nyata Liza tidak lokek berkongsi dengan peminatnya rahsia dia menguruskan badan sehingga mendapat bentuk badan ideal.

Apatah lagi langsing tanpa pengambilan suplemen ataupun pil. Dalam satu temubual, Liza memberitahu dia sedar dirinya semakin berisi (selepas lahirkan anak) apabila ketika itu dia dan suaminya Mohamed Shahrin Shamsuddin pergi ke pantai Port Dickson.

Ketika berjalan di atas pantai, Liza atau nama sebenarnya Haliza Hanim Abdul Halim, mengalami kesukaran untuk berjalan dan waktu itu barulah dia menyedari badan sudah terlalu berat dan sangat merimaskan.

Dari situlah barulah Liza mengambil kira pengambilan makanan. Selalunya dia akan kira setiap kalori bagi setiap makanan agar tidak terlebih makan.

Kongsi Tip Turunkan Berat Badan Secara Semulajadi Tanpa Suplemen

Liza Hanim Makin Jelita! Tak Sangka, Dulu Pernah ‘Struggle’ Singkir 20 Kg Lemak Secara Semulajadi Liza Hanim Makin Jelita! Tak Sangka, Dulu Pernah ‘Struggle’ Singkir 20 Kg Lemak Secara Semulajadi Liza Hanim Makin Jelita! Tak Sangka, Dulu Pernah ‘Struggle’ Singkir 20 Kg Lemak Secara Semulajadi

Ads

Selain itu Liza Hanim juga kerap bersenam dengan melakukan larian setiap hari di atas treadmill. Dia mengambil masa selama 9 bulan untuk mendapatkan kembali bentuk badan. Menurutnya bukan mudah untuk menguruskan badan tetapi seronok melihat hasilnya kini.

Setelah kurus, dia berasa lebih yakin dan tujuan untuk kelihatan langsing bukan semata-mata mahu menunjuk pada orang tetapi ia juga menjamin kesihatan diri juga.

Menyentuh perkembangan terbaru setelah mendapat tempat kedua dalam GV4 tidak menolak untuk kembali ke dunia lakonan jika adanya permintaan.

Walau bagaimanapun dia kena lihat dulu tawaran memandangkan tugasnya sebagai isteri serta ibu dan kalau boleh lokasi tiak keluar dari Lembah Klang. Selain itu, Liza juga dalam persiapan untuk mengeluarkan lagu baru Februari ini.

Ads

 

Majalah Nona ada juga di Telegram. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Follow kami sekarang di SINI!

Sekadar info, artikel ini merupakan artikel olahan semula dari Hijabista!

Sumber: Utusan Malaysia & Instagram Liza Hanim

 

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI