‘LOCK’ Kulit Agar Tampak MUDA, Ini Senarai WAJIB BELI Untuk Aktiviti HUJUNG MINGGU Nanti!

Siapa kata nak cantik itu mudah? Setiap apa yang ingin kita laksanakan, pastikan kata kuncinya adalah RAJIN! Kulit adalah perkara paling utama yang terlihat pada wajah seseorang. Jangalah kerana sifat malas tu, kita biarkan kulit ‘menderita’. Tak semestinya usia tua, kulit pun turut sama tua!

Membersihkan wajah dari kotoran, sel-sel kulit mati, solekan dan apa sahaja yang mungkin menyumbat liang-liang atau menyebabkan wajah kusam secara umum. Bergantung pada jenis pembersih yang anda gunakan, ia juga dapat membantu merawat keadaan kulit tertentu, seperti jerawat.

Kata pengasas produk kecantikan PIXI, PETRA STRAND:

“Tidak kira semudah mana pun, saya akan tetap dengan rutin harian saya iaitu memaksimakan kesihatan kulit. A great deep cleanser, a broad spectrum SPF for daytime, a mist like Hydrating Milky Mist

for weightless hydration and a duo of Pixi Tonics for day, night and even multitoning works beautifully to maintain the skin.

Saya juga menggunakan Glow Tonic pada waktu malam untuk eksfoliasi serta Rose Tonic pada waktu pagi untuk kekalkan kelembapan. Hanya tambahkan sedikit pemerah pipi dengan warna-warna segar dan you are ready to go!”

Anda mungkin boleh masukkan senarai barangan ini untuk rutin penjagaan lebih hebat dan hanya dapatkan di hujung JARI:

BRIOGEO BE GENTLE, BE KIND AVOCADO+KIWI MOISTURE SUPERFOOD MASK
Smoothies paling best untuk kesihatan rambut anda! Formulasi daripada bayam, chai seeds dan coca seed butter untuk membantu mengembalikan, menstabilkan dan mengunci kelembapan yang diperlukan kulit kepala.

HUDA BEAUTY GLOW COCO HYDRATING MIST
Semburan milky infuse daripada minyak kelapa dan air kelapa ini dapat memberi hidrasi dengan mudah pada kulit. Anda dapat rasakan kesegarannya dan dengan sekelip mata tampak lebih berseri.


SATURDAY SKIN PORE CLARIFYING TONER
Penyegar yang membantu mengurangkan kehadiran cela dengan membiarkan kulit lebih halus. Malah, ia juga mampu membuatkan warna kulit lebih sekata.

SUPERGOOP SUPERSCREEN DAILY MOISTURIZER SPF 40
Buat pertama kalinya pelembap harian anda mempunyai SPF 40 dan mengandungi hidrasi intensif untuk melindungi kulit dari sinar UV, blue light dan kekeringan.

TATCHA THE RICE WASH CLEANSER
Pembersih krim pH-semula jadi dengan campuran beras dan hyaluronic acid. Pembersih wajah yang terbaik mempunyai kelebihan untuk mengunci kelembapan dan menghalang kulit dari bakteria jahat yang merosakkan.

DRUNK ELEPHANT E-RASE MILKI MICELLAR WATER
Pembersih wajah micellar diformulasi untuk membersihkan solekan dengan mendalam serta menghilangkan kotoran, pencemaran dan bakteria pada wajah dan persekitaran mata tanpa memberi iritasi.

SMASHBOX PHOTO FINISH VITAMIN GLOW FACE PRIMER
Jangan biarkan kulit ‘terbiar’. Vitamin B,C dan E yang terkandung di dalam face primer

ini memberi seri semula jadi dan menjadi skin prep untuk solekan.

ALPHA-H HYALURONIC 8 SERUM
Serum ini memberi berita baik kepada para wanita yang ingin menyingkirkan garisan halus dan kedutan pada wajah. dengan kelembapan yang ditawarkan dalam produk ini, anda tidak perlu lagi bimbang untuk keluar rumah tanpa solekan!

SAND & SKY AUSTRALIAN EMU APPLE DREAMY GLOW DROPS SERUM

Bangkitkan kulit kusam dengan serum yang memberikan anda seri semula jadi. Jangan biarkan wajah lesu lebih menonjol. Hanya sapuan ringan pada wajah dalam kombinasi bahan lima Hyaluronic Acid yang sangat berkuasa!

 

Share
Published by
Anis Nor Tajul Arus