LOEWE Perkenal Saiz Berskala XL & Nano Untuk Koleksi Flamenco Clutch Bag

Dipersembahkan dalam koleksi Fall Winter 2021, produk terbaru Jonathan Anderson dalam rangkaian Flamenco’s family tree menampilkan 2 skala saiz iaitu XL Flamenco clutch yang cukup besar untuk digunakan sebagai overnight bag; manakala nano Flamenco clutch sesuai untuk dipegang walau hanya di tapak tangan. “Blowing it up really showcases the nappa leather in its rawest and purest form,”

ungkap Jonathan Anderson.

Lebarnya hampir setengah meter, XL Flamenco memanfaatkan sepenuhnya kelembutan nappa leather dan dilipat kemas. XL Flamenco dilapisi dengan kanvas kapas herringbone dan mempunyai pemegang atas yang besar yang boleh digunakan sebagai tote dan juga boleh dibawa sebagai over dimensioned clutch.

Penambahan zipped pocket memberi sentuhan yang praktikal. Koleksi terbaharu ini hadir dalam warna baru. Flamenco yang berzaiz besar boleh didapati dalam warna hitam, burnt red, warm dessert, dan vintage khaki.

Tampil dalam palet warna yang menarik seperti blossom candy, mustard, rosemary, putih lembut dan vermillion, nano clutch

mempunyai banyak perincian reka bentuk yang sama dengan XL Flamenco tetapi pada skala yang jauh lebih kecil iaitu hanya 15 sentimeter lebar.

Ia juga menawarkan rantai logam emas yang membolehkan beg tersebut disangkut di bahu. Nano clutch dan XL Falmenco menampilkan jaunty leather knots yang menutup bahagian atas beg yang mana ia diperkenalkan oleh Jonathan Anderson pada tahun 2014.

Nappa LOEWE dicirikan oleh butiran halus dan sifatnya yang lembut, beg Flamenco telah tampil dalam pelbagai variasi, transformasi serta interpretasi dari semasa ke semasa dalam puluhan fabrik, jacquard

dan soft leather yang berbeza termasuk seramik dan metal-spiked stoppers yang dihasilkan pada tahun 2020 oleh seorang artist Jepun, Takuro Kuwata sekaligus menjadikan beg ini sebagai ikon yang tidak ditelan zaman.

IKLAN
Share