Losyen Pelembap No. 1 Di Jepun, Rumusan Hada Labo Tepati Cara Kecantikan Jepun

Asas kulit cantik adalah skincare yang betul dengan regim yang konsisten. Cukup memilih yang terbaik seperti rangkaian penjagaan kulit Hada Labo, ia ringkas dan tidak menyusahkan untuk dipakai setiap hari. Sesuai untuk wanita berkerjaya, matlamat menggunakan Cara Kecantikan Jepun atau The Japanese Way of Beauty pasti menepati masa anda.

Terus popular dan dipercayai sebagai losyen No. 1 di Jepun selama 16 tahun berturut-turut, losyen wajah Hada Labo atau Hydrating Lotion kekal di hati wanita yang mencintai amalan Cara Kecantikan Jepun.

 

Masyarakat wanita di Jepun cukup menitik beratkan aspek kemurnian dalam penjagaan wajah. Terdapat 4 amalan yang difokuskan iaitu:

 

1. Penghidratan Mendalam

Lembapan kulit amat penting bagi masyarakat Jepun. Kulit yang lembap dan sihat membantu mencegah masalah kulit yang lain seperti kekusaman, berminyak atau kedutan halus. Itu sebabnya Hada Labo Hydrating Lotion terus menjadi losyen pilihan No. 1 di sana.

Ia mampu membekalkan lembapan hingga 8 jam sambil membantu mengimbangi paras air dan minyak semula jadi dalam kulit, mengembalikan keserian dan mengurangkan tanda kedutan halus.

 

2. Pemakaian Mudah

Amalan minimalism Jepun menekankan gaya hidup yang ringkas dan bersih. Inilah yang diamalkan oleh Hada Labo dalam mengekalkan kulit sihat semula jadi. Caranya:

  1. Bersihkan kulit.
  2. Oleskan losyen.
  3. Lembapkan kulit.

Pemakaian losyen wajah sebagai langkah pertama, sangat penting selepas regimen membersih muka kerana kemampuan ‘mengunci’ lembapan, menjadikan kulit kita bersedia untuk menyerap khasiat krim pelembap dengan berkesan.

 

3. Rumusan terpenting

Amalan Jepun juga fokus pada kehidupan yang penting saja. Sisihkan yang tidak perlu dan kurangkan pembaziran. Produk Hada Labo hanya menggunakan rumusan terpenting tanpa bahan membahayakan kulit seperti pewarna atau pewangi tiruan, alkohol, minyak mineral, paraben, MIT).

Hada Labo Hydrating Lotion kini didatangkan dalam pembungkusan eco-friendly dan terbuat daripada PE berasaskan tumbuhan yang mesra kitar-semula. Ini bertepatan dengan falsafah jenama iaitu ‘no more, no less.’

 

4. Berkualiti tinggi

 

Masyarakat Jepun sangat memberi perhatian dan komitmen pada kemajuan setiap peringkat. Hada Labo Hydrating Lotion

umpamanya mengandungi kandungan HA berkualiti tinggi dalam ratio emas, sekaligus berupaya melembap kulit di setiap lapisan dan menguatkan pertahanan kulit untuk kesan yang diidamkan.

Ia juga mengandungi 5 jenis HA (Asid Hyaluronik) termasuk Fermentasi HA Pertama Di Dunia.

 

Jadi tunggu apa lagi, dapatkan Hada Labo Hydrating Lotion anda sekarang. Untuk maklumat lanjut, layari info Hada Labo seperti yang tertera.

Website: Hada Labo Malaysia
Facebook: MY Hada Labo

 

#HadaLaboMalaysia
#HadaLabo
#HydratingLotion
#SkinHydration
#JapaneseWayOfBeauty

Share
Published by
Norzalina