Diam tak diam, sudah hampir sebulan rakyat Malaysia diarahkan untuk mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang kini memasuki Fasa 3. Bermacam ragam wanita dapat disaksikan sepanjang di rumah, kebanyakannya pengisian bersama keluarga seperti memasak dan beramal ibadah.
Nu Ideaktiv menerusi platform digital gaya hidup wanita, Majalah Nona, mengambil inisiatif tersendiri dalam usaha memperkasakan jiwa dari teladan. Sebuah program video inspirasi iaitu ME TIME NONA
bakal ke udara setiap Jumaat, Sabtu dan Ahad bagi membakar semangat anda melalui tempoh sukar ini.ME TIME NONA berformatkan perkongsian video oleh ramai wanita inspirasi terbahagi kepada tiga segmen di bawah.
(1) Tanya Ustazah Bersama Nona, setiap Jumaat jam 10.00 pagi
Ikuti perkongsian hangat dari pandangan Islam bersama motivator dan ilmuwan agama wanita.
(2) Air Tangan VIP Nona, setiap Sabtu jam 10.00 pagi
Cooking show eksklusif bersama wanita kenamaan dan pelajari pelbagai petua masakan di dapur.
(3) Superwoman Talk, setiap Ahad, jam 10.00 pagi
Sukar buat jualan dan pemasaran dalam tempoh PKP? Bersama personaliti Nona Superwoman berbicara solusi dan berkongsi motivasi keusahawanan.
Kesemua segmen yang bakal bersiaran mulai 17 April 2020 ini akan distrimkan di Facebook dan Instagram rasmi Majalah Nona. Ia dibarisi oleh nama-nama hebat yang selalu menjadi aspirasi kehidupan serta kerjaya wanita.
Menarik dalam ME TIME NONA minggu ini…
Tanya Ustazah Bersama Nona
Ustazah Sharifah Khasif – Hikmah Tabayyun @ Teliti Dulu Bimbang Jatuh Fitnah!
Air Tangan VIP Nona
Datin Isma Rohaiza, Pengasas Tia Amelia, Masak With Passion dan Tudung Byismatia
– Resipi Tomyam Putih Mengancam
Superwoman Talk
Nurul Zulkifli, Pengasas Bersama Mimpikita – Cabaran COVID-19 Dalam Industri Fesyen
Pengisian kompak, ilmu yang bermanfaat dan disampaikan secara santai untuk santapan minda yang hebat. Jangan lupa save the date dan luangkan masa beberapa minit untuk ME TIME NONA. Selamat menonton!
This website uses cookies.