Di sebalik keperibadian Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong ke-16, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah yang cukup dekat di hati rakyat… pasangan diraja ini juga dilihat sangat serasi dan romantik. Memetik kenyataan Tunku Azizah ketika wawancara khas bersama petugas media baru-baru ini, baginda mendedahkan cara santapan unik Yang di-Pertuan Agong tatkala menikmati raja buah, durian.

Ads

Sambil berseloroh, baginda bertitah, “He’s the Musang King, I’m the Musang Queen. Saya memang ‘hantu’ durian. Bezanya saya makan durian lepas makan nasi tapi Tuanku tak reti. Tuanku kalau tengah santap nasi, kari, opor, asam pedas… Tuanku makan fresh durian dengan nasi. Kalau saya nak makan durian dengan meal, saya ambil tempoyak.

Lucu, TUNKU AZIZAH Dedah Cara Unik YDP Agong Nikmati Durian!

Lucu, TUNKU AZIZAH Dedah Cara Unik YDP Agong Nikmati Durian!

Tuanku akan makan durian bersama hidangan sekali. Tak durian, mempelam atau pun tembikai. First time saya kahwin, saya tengok tembikai celup asam pedas. Gulai asam pedas merah tu Tuanku tuang dekat buah tembikai dan makan. Bila saya pun ikut cuba, rupa-rupanya memang sedap.”

Terkenal dengan sikap merendah diri dan gemar mendekati rakyat, video bersahaja Tunku Azizah membeli durian Musang King di Pulau Pinang tidak lama dulu pernah menjadi viral di Internet gara-gara sikap peniaga tersebut yang tidak mengetahui status Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong.

Menceritakan kembali detik itu, titah baginda, “Waktu itu musim durian, ada seorang peniaga lelaki ni jual durian. Saya cakap saya hendak pergi makan dulu dekat sana… balik nanti saya berhenti sini. Dia pun tanya, “Kak, orang mana? Saya cakap orang Pahang.”

Ads

Balik lalu dekat dia, dia ingat saya orang Kelantan sebab dengar saya cakap Kelantan. Saya beritahu tak, saya orang Pahang. Saya tak sedar ada yang merakam perbualan kami. So, it went viral. The next day, saya pergi balik… dia tak ada. Esoknya saya pergi semula dan dia demam, terperanjat dan ketakutan sebab ada kawan dia dari KL beritahu tentang video berkenaan.”

Lucu, TUNKU AZIZAH Dedah Cara Unik YDP Agong Nikmati Durian!

Ads

Itulah sikap terpuji Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah yang sangat disenangi rakyat jelata. Baginda tidak kekok berada di samping rakyat dan terkenal dengan minatnya dalam dunia masakan. Bahkan, memiliki buku masakan baginda sendiri.

 

 

Sumber: Berita Harian

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI