Lulusan Harvard, NOORYANA Anak Perempuan Datuk Seri Najib Berjiwa Penyayang & Bijak!

Nama Nooryana Mohammad Najib mungkin agak asing bagi segelintir masyarakat namun dalam kalangan ahli politik dan mengikut dunia politik tanah air, mereka pasti mengenali wanita ini. Lebih dikenali sebagai Yana Najib, ibu kepada seorang cahaya mata ini merupakan anak perempuan kepada Perdana Menteri Keenam Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor.

Meniti usia 33 tahun, Yana juga ialah kakak kepada Norashman Najib iaitu anak bongsu Datuk Seri Najib dan Datin Seri Rosmah.

Biarpun sibuk menguruskan keluarga kecilnya namun Yana tidak ketinggalan mengemaskini media sosial dan dilihat gemar berkongsi aktiviti bersama anak dan keluarga tersayang. Daripada perkongsian Yana, jelas membuktikan wanita ini sangat mementingkan nilai kekeluargaan dan cukup rapat dengan ahli keluarga.

Bersama anak tersayang, Adam Razak
Yana di samping ibu tersayang, Datin Seri Rosmah Mansor
Antara sumbangan yang pernah dihulurkan ketika Covid-19

Misalnya, pada 3 April tahun lalu sewaktu negara menguatkuasakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dia bersama ibu tersayang serta beberapa pembantu rumah berpeluang menghulurkan bantuan berupa makanan untuk diagihkan kepada petugas barisan hadapan yang terlibat menangani wabak Covid-19. Kagum dengan keprihatinan Yana sekeluarga!

Kongsinya, “This morning my mom and our house staff prepared food for the frontliners and the poor. Sikit-sikit pun, we do what we can to help those who are vulnerable and risking their lives during this difficult time.”

Jiwa Yana mudah rapuh dan tersentuh apabila melihat kesusahan hidup yang dialami masyarakat terutamanya melibatkan golongan kanak-kanak.

Tidak hanya peka terhadap nasib insan memerlukan, Yana turut mendalami nasib golongan kanak-kanak. Sebelum ini, Yana bersama abangnya, Riza tampil menceriakan kanak-kanak dari Rumah Amal Ashraf Al Barakh dengan membawa mereka ke sebuah restoran makanan segera sebelum meluangkan masa menonton filem Star Wars bersama-sama.

Bersama abangnya, Riza

Meskipun ketika itu kedua-dua ibu bapanya berdepan dengan kes mahkamah namun Yana tetap menjalankan tanggungjawab membantu insan memerlukan. Sumbangannya mungkin nampak kecil tetapi ingatan Yana terhadap penghuni Rumah Amal Ashraf Al Barakh ini pastinya akan dikenang kanak-kanak berkenaan sepanjang hidup mereka.

Yang pasti, ia bukanlah kali pertama Yana menghargai kanak-kanak kurang bernasib baik dari rumah amal tersebut kerana pada sambutan ulang tahun kelahirannya, 29 November 2019 pun dia turut melakukan perkara sama. Menjamu mereka makan di restoran dan kemudian menikmati momen bersama-sama di pawagam sambil menonton filem animasi popular, Ejen Ali.

Dengan statusnya sebagai anak kepada bekas pemimpin negara, Yana enggan menjadikan ia halangan untuk beramah mesra dan mendekati kehidupan anak-anak ini.

Yana didukung Datin Seri Rosmah ketika kecil

Menelusuri sisi peribadinya, Yana bukan sekadar memiliki jiwa penyayang malah seorang pelajar yang cukup berdedikasi dan cemerlang dalam akademik kerana telah berjaya memperoleh pelbagai ijazah. Sebelum bergelar isteri, dia merupakan graduan Bachelor of Science in Foreign Service dari Georgetown University pada 2011.

Dua tahun selepas berkahwin, Yana menggenggam Ijazah Sarjana Pentadbiran Perniagaan dari Wharton, University of Pennsylvania pada tahun 2017 dan tahun lalu pada tanggal 31 Mei pula dia menerima Ijazah Sarjana Pentadbiran Awam dari Harvard University!

Nooryana selamat bergelar isteri kepada Daniyar Kessikbayev yang berasal dari Kazakhstan pada 19 Mac 2015. Hasil perkongsian hidup, Yana dan suami dikurniakan seorang anak lelaki yang diberi nama Adam Razak. Cucu sulung Datuk Seri Najib dan Datin Seri Rosmah tersebut bakal berusia empat tahun pada Ogos nanti.

 

 

 

Kredit foto: Instagram Yana Najib, Ashman Najib & Najib Razak

 

Share
Published by
Suzi