Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Raja Permaisuri Perak, Tuanku Zara Salim sememangnya memiliki pakej lengkap seorang Permaisuri. Bukan hanya dikurniakan raut wajah cantik, peribadi yang lembut dan merendah diri bahkan baginda juga seorang permaisuri berpendidikan tinggi.
Tanggal 22 Mac 2021 merupakan ulang tahun keputeraan Tuanku Zara menyambut yang ke-48. Baginda ialah anak bongsu daripada empat adik-beradik yang diputerakan di Ipoh, Perak. Tahun lalu, sempena ulang tahun keputeraan ke-47 baginda telah berkenan membuka akaun Instagram rasmi milik baginda iaitu Tuanku Zara Salim.
Tuanku Zara bertemu jodoh dengan DYMM Paduka Seri Sultan Perak Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Azlan Shah pada 17 Mei 2007 ketika baginda berusia 34 tahun.
Ads
Perkahwinan baginda berdua dikurniakan seorang putera dan seorang puteri. Putera baginda Yang Teramat Mulia Raja Dato’ Seri Azlan Muzaffar Shah Ibni Sultan Nazrin Muizzuddin Shah diputerakan pada 14 Mac 2008. Manakala puteri baginda yang diberi nama Yang Teramat Mulia Raja Dato’ Seri Nazira Safya pula diputerakan pada 2 Ogos 2011.
Menelusuri latar belakang pendidikan Raja Permaisuri Perak ini, memetik laporan portal Orang Perak, Tuanku Zara mendapat pendidikan di SMK Convent Ipoh dan pernah mewakili sekolah dalam sukan skuasy dan tenis serta mewakili negeri Perak dalam sukan renang. Selain aktif dalam bidang sukan, baginda juga cemerlang dalam akademik.
Ketika berusia 22 tahun, Tuanku Zara menerima Ijazah Kejuruteraan Kimia kelas pertama di University of Nottingham, United Kingdom pada Julai 1995. Selepas menamatkan pengajian, baginda berkhidmat di syarikat petroleum negara Petronas selama enam tahun.
Ads
Pengalaman baginda yang amat luas dalam bidang kejuruteraan menjadikan baginda salah seorang wanita Malaysia yang diberi kepercayaan menyandang jawatan penting dalam projek berskala besar.
Mendekati latar belakang Tuanku Zara, ayahanda baginda iaitu Datuk Seri William Stanley Walker Davidson atau Salim Davidson ialah seorang peguam terkenal di Malaysia. Manakala ibunda baginda pula ialah Datuk Seri Sharifah Azaliah Tan Sri Syed Omar Shahabuddin yang merupakan kerabat diraja Kedah di sebelah bonda baginda.
Ads
Tuanku Zara merupakan cicit kepada Sultan Kedah, Almarhum Sultan Abdul Hamid Halim Shah dan anakanda cucunda saudara kepada Yang Teramat Mulia Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Alhaj, Perdana Menteri Malaysia Pertama.
Sesungguhnya Tuanku Zara memiliki keperibadian dalaman dan luaran yang menawan. Malah, kemunculan baginda dalam istiadat mahupun majlis-majlis rasmi sering mencuri perhatian kerana penampilan Raja Permaisuri Perak ini yang anggun dan elegan.
Kredit foto: Instagram Perak Diraja, Royal Terengganu Songket, Malay Royalties
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Sejuk perut seorang ibu bila anak yang dikandung sembilan bulan membesar dengan akhlak yang baik dan cemerlang menuntut ilmu dunia akhirat. Seakan menyepi daripada industri seni tanah air, Fiza Abdul Halim atau nama sebenarnya Siti Zaidatul Fiza Abdul Halim kini mampu menarik nafas lega dan berbangga melihat kejayaan dua puteri comelnya, Feera Aryanna Ahmed Farriq; 10 dan Feeya Adyrra Ahmed Farriq yang kini berusia 9 tahun.
Bukan hanya dikurniakan raut wajah comel dan mewarisi kecantikan ibu tersayang, kedua-dua beradik ini merupakan anak yang cukup terang hati mendalami ilmu Al-Quran. Walaupun usia masih muda tapi mereka tekun mengejar saham akhirat. Mana-mana ibu pun mesti tersentuh bila dapat anak seperti Ferra dan Feeya, bukan?
“Syukur alhamdulillah. Dari kecil sampai sekarang dua beradik ni tak henti-henti dan tak jemu mengaji Al-Quran. Masih ingat lagi saya masa mula-mula hantar, kena tunggu. ‘Mommy jangan balik tau’… ‘okay mommy tunggu’. Begitulah silih berganti Kak Yuli dan Kak Yati hantar dan tunggu sampai sekarang.
Nah, sekarang hasilnya. Kedua-dua anak dara saya ni dah pun hafal Surah Yasin dan hampir 80 peratus surah yang lain. Dalam usia 9 dan 10 tahun, diaorang dah pun baca Al-Quran berkat usaha mereka sendiri. Terima kasih Ya Allah. Kau hadiahkan aku harta dan anak-anak yang solehah.”
Selain bijak dalam pendidikan agama, Ferra dan Feeya juga berlumba-lumba mencipta kecemerlangan di sekolah. Adik, Feeya misalnya memenangi ‘Reading Campign Winners’ untuk keseluruhan pelajar Tahun 2 tahun lepas. Manakala kakaknya pula komited hadir ke kelas sehingga dianugerahkan ‘Best Attendance Award’.
Ferra dan Feeya adalah anak perempuan Fiza hasil perkahwinan pertamanya dengan Ahmed Farriq Zainul Abidin. Kini, Fiza bergelar isteri kepada juruterbang syarikat penerbangan Malindo iaitu Aizat Al-Jefri Abdul Kudus.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Pelakon dan penyanyi Janna Nick berkongsi tips dan rutin yang dilakukannya agar dia dapat menjalani kehidupan dengan lebih baik dan tenang.
Menerusi perkongsian di laman Instagram miliknya, Janna atau Nurul Jannah Muner, 28, berkata dia akan memulakan paginya dengan melakukan aktiviti kecergasan.
“Start your day with a morning exercise.
“Kalau ada rasa tak best, moody tak tentu pasal, stress and down, exercise lah sebab it will help you release endorphins and stimulate various brain chemicals. (Natural painkillers and modd elevators),” tulis Janna di ruangan kapsyen.
“Kalau tanya macam mana saya kekal gembira dan dapat kawal emosi walaupun ada mental illness, jawapannya adalah.. live an active life and eat healthy,” tulis Janna lagi.
Majalah Nona ada juga di Telegram. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini. Follow kami sekarang di SINI!
Sekadar info, artikel ini merupakan artikel olahan semula dari Media Hiburan.
Siapa yang tak mengenali sifu masakan, pempengaruh dan usahawan berjaya, Khairul Aming yang dilihat semakin berjaya menempa nama dalam bidang perniagaan, berkat kerja kerasnya menghasilkan video-video masakan, dan seterusnya menjual sambal ‘signature’ nya, Sambal NYET yang berjaya meraih jualan jutaan ringgit hanya dalam beberapa hari suatu ketika dahulu.
Dan bersempena dengan ulang tahun kelahirannya yang ke 30 yang diraikan semalam, Khairul Aming sempat memuatnaik video berdurasi 5 minit yang menunjukkan perjalanan awalnya dari usia 20 tahun sehingglah ke 30 tahun, di mana dia berkongsi setiap pahit manis yang berlaku dalam hidupnya.
Menerusi video tersebut, Khairul Aming berkongsikan perjalanan hidupnya bermula dari zaman pengajiannya di Vanderbilt University di Amerika Syarikat (US) setelah mendapat tawaran biasiswa melanjutkan pelajaran dalam bidang kejuruteraan. Pada usia 21 tahun, beliau mengorak langkah membeli sebuah kamera DSLR (Digital Single Lens Reflex) pertama dengan wang yang dikumpulnya sendiri dan memperbaiki mutu videografi.
Selepas tamat pengajian dan bergraduasi, Khairul Aming bekerja sebagai jurutera dan pada usia 25 tahun, Khairul Aming cuba mencari ‘duit tepi’ dengan menjual sambal, namun gagal malah bisnes-bisnesnya lain seperti bisnes heathly meal, baju dan templet resume, semuanya gagal sehingga wang simpanannya habis.
Tidak berputus asa, beliau akhirnya bangkit dan tampil menghasilkan video masakan menggunakan nama ‘Khairulaming’. Kali ini beliau tidak lagi berselindung di sebalik nama Rasapop dan muncul di dalam setiap video yang dikongsikan. Strateginya itu membuahkan hasil apabila pengikut di laman Instagram bertambah daripada 1,000 sehingga mencecah tiga juta.
“Selepas mengharungi 10 tahun yang penuh cabaran, kerja keras, kegagalan, kejayaan, kenangan manis dan kenangan pahit, saya sangat bersyukur dengan pengalaman serta rezeki yang ada hari ini. Sebab saya bukan kongsi seorang tapi semua orang di sekeliling aku.“Sekarang Sambal Nyet sudah ada dua kilang. Selain itu saya hendak jumpa anda semua yang support saya selama ni, mahu banyakkan meet up.”, ujar Khairul lagi.
Perkongsian Khairul Aming di TikTok meraih 886 ribu tontonan dan lebih 150,000 tanda suka kurang 24 jam ia dimuat naik.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Buat pertama kalinya Datin Paduka Seri Afzaa Fadini Dato’ Abdul Aziz hadir ke majlis ulang tahun Hari Keputeraan Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj.