Dari Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI), kini Yang Berhormat Khairy Jamaluddin diberi kepercayaan menggalas tugas sebagai Menteri Kesihatan. Dengan situasi semasa Covid-19 ketika ini, pastinya tanggungjawab Khairy mengurus tadbir sistem kesihatan negara tampak cukup mencabar. Namun, rakyat percaya kepimpinan Ahli Parlimen Rembau tersebut mampu memberi sinar baharu buat semua.
Menerajui MOSTI dengan baik khususnya dalam mengurus bidang sains, teknologi dan inovasi, Khairy yang juga Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan atau PICK dikenali dengan kredibilitnya sebagai pemimpin sejak beliau menyandang jawatan Menteri Belia dan Sukan lagi. Disifatkan seorang pemimpin yang memiliki keperibadian menarik dan mesra rakyat, Khairy sekali lagi diberi mandat memimpin kementerian.
Berusia 45 tahun dan mempunyai latar belakang pendidikan berjaya, Khairy bukan hanya graduan Ijazah Sarjana Muda Falsafah, Politik dan Ekonomi dari University of Oxford bahkan beliau juga mempunyai kelulusan Sarjana Undang-Undang dan Teori Politik dari University College of London.
Mungkin ramai tidak mengetahui, suami kepada Nori Abdullah ini pernah menjadi hos program ‘Dateline Malaysia’ di NTV7 pada tahun 1998. Selain itu, beliau juga penulis The Economist dan berkhidmat sebagai Penolong Khas kepada Timbalan Perdana Menteri ketika itu, Tun Abdullah Ahmad Badawi.
Ads
Bersama mentua yang juga bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad BadawiKeluarga kesayangan Khairy
Jawatan itu disandang Khairy selama empat tahun sebelum dilantik menjadi Timbalan Setiausaha Sulit kepada Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi dari tahun 2003 hingga 2004. Pada tahun 2004 hingga 2006 pula, Khairy dilantik sebagai Pengarah Penasihat Korporat ECM Libra Berhad dan menyandang Pengerusi Liga Super Malaysia Sdn Bhd pada tahun berikutnya.
Tahun 2007 menyaksikan detik permulaan kerjaya Khairy secara aktif dalam bidang sukan.
Ads
Selain menjadi Pengerusi Liga Super Malaysia, beliau turut dipilih sebagai Timbalan Presiden II, Persatuan Bola Sepak Malaysia selama tiga tahun. Setahun kemudian, beliau turut menjadi Ahli Parlimen Rembau, Negeri Sembilan sebelum menjadi Pengerusi Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB) selama setahun mulai 2012.
Ads
Kemuncak kerjaya Khairy Jamaluddin ialah pada tahun 2013 apabila beliau dilantik sebagai Menteri Belia & Sukan selama lima tahun bermula 2013 hingga 2018. Pembabitan Khairy dalam arena politik menyerlah apabila beliau menyertai parti UMNO pada tahun 1998.
Bermula tahun 2001 hingga 2004, beliau menjadi Exco Pemuda dan tidak lama selepas itu dilantik Timbalan Ketua Pemuda dari tahun 2004 hingga 2009 dan Ketua Pemuda Bahagian Rembau dari tahun 2004 hingga 2013. Khairy seterusnya berjaya mendapat kepercayaan pucuk pimpinan parti apabila menjadi Ketua Pemuda selama sembilan tahun dari tahun 2009 hingga 2018.
Sumber: BERNAMA
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bersandarkan status dan pangkat bapanya sebagai ahli politik terkenal, Najwa Mahiaddin boleh mengambil ‘jalan singkat’ untuk dikenali dan berjaya dengan mudah. Namun anak seni berusia 33 tahun ini memilih untuk bermula dari bawah dan jauh daripada ‘spotlight’ populariti bapa tersayang. Apatah lagi, kini bapanya merupakan Perdana Menteri ke-8, Tan Sri Muhyiddin Yasssin.
Sepanjang bergelar pemuzik, Najwa yang kini dikenali sebagai Njwa Mahiaddin dilihat tidak gemar mencampuri urusan politik bapanya. Malah, ketika Tan Sri Muhyiddin masih memegang jawatan Timbalan Perdana Menteri (TPM) pun… dia seboleh-bolehnya mengelak status sebagai anak TPM diketahui umum. Mungkin kerana bimbang hal tersebut lebih menarik perhatian masyarakat berbanding bakatnya dalam karier muzik.
Nama Njwa mula meniti di bibir peminat sejak dendangan lagu duetnya bersama Malique iaitu Senyum berkumandang di corong stesen radio tanah air sekitar tahun 2010. Dari situ, Njwa semakin aktif mengubah lagu dan menyertai pertandingan nyanyian. Antara lagu popular Njwa termasuk Got To Go, Sweet October dan Sama Saja.
Tidak pernah selektif dalam membuat persembahan, Njwa dikhabarkan tetap menerima mana-mana pelawaan nyanyian tidak kira berskala kecil mahupun besar. Semuanya kerana rasa cintanya terhadap muzik. Lebih membanggakan, wanita berusia 33 tahun ini pernah menggondol anugerah Lagu Inggeris Tempatan Terbaik di Anugerah Industri Muzik ke-18.
Njwa di samping suami
Mengintai latar belakang penyanyi bersuara unik ini, Njwa merupakan anak ketiga daripada empat beradik bagi pasangan Tan Sri Muhyiddin Yassin dan isteri, Puan Sri Noorainee Abdul Rahman. Njwa juga pernah mendedahkan dia tidak datang dari keluarga yang berlatar belakangkan muzik tetapi minat terhadap dunia seni hadir ketika dia mengikuti kelas piano dan muzik sejak kecil. Dia turut menjalin hubungan baik bersama penyanyi bertaraf antarabangsa, Yuna ketika kedua-duanya pernah berpadu suara dalam sebuah konsert.
Meniti tanggal 26 Mac ini genap lima tahun Njwa bergelar isteri kepada Idris Koh yang merupakan salah seorang ahli muzik yang sering mengiringi Njwa dalam setiap persembahannya.
Kredit foto: Instagram Njwa Mahiaddin
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bukan mudah hendak berjaya tanpa kerja keras dan berkorban masa. Dek kerana terlalu penat dengan jadual kerja yang sibuk dan perlu menjalani penggambaran filem tanpa rehat secukupnya, kesihatan Maya Karin agak terjejas baru-baru ini.
Dia yang kini dalam proses penggambaran filem Telaga Suriram arahan Osman Ali berdepan detik cemas apabila diserang panik ketika melakonkan babak di dalam air.
Kongsi Maya di platform media sosial miliknya, pelakon berbakat besar tersebut tidak menolak kemungkinan keadaan diri yang letih menyebabkan berlakunya insiden itu.
“And anxiety hit me hard again last night while shooting underwater scenes. I had to break for a while at 3 am and take in some extra oxygen. Nasib baik ada medic on set.
Itu yang pelik, bukannya saya tak boleh berenang, ataupun tak biasa dengan air. Rasa-rasanya antara punca semalam adalah over exhaustion from a hectic work trip kat Singapore and going straight to set for our underwater night shoot.
My body and mind were exhausted and my brain went into freeze zone. Otak macam jem gila bila nak selam, tahan nafas dan berlakon tengah-tengah malam. I couldn’t breathe!”
Risau dengar pendedahan Maya mengenai keadaan dirinya. Mujur ada pasukan medik di set penggambaran dan rakan artis yang prihatin sewaktu kejadian berlaku.
“Thank you Osman Ali, Farid Kamil, Nabila Huda, the safety divers and the whole team for being there for me. Anyway, part 2 tonight for last day of shoot for Telaga Suriram and then boleh rehat 3 hari.”
Mengenali Maya, dia sememangnya seorang anak seni yang cukup komited dengan setiap tugasan yang diberikan. Selain aktif dengan kerjaya lakonan, Maya juga ligat menceburi bidang perniagaan.
Lakonan mantap Maya dalam beberapa filem blockbuster seperti Puntianak Harum Sundal Malam, Ombak Rindu dan Munafik mendapat perhatian meluas di dalam dan luar negara. Bahkan, jelitawan ini juga pernah menerima anugerah Pelakon Wanita Terbaik di Ramsgate International Film & TV Festival kira-kira dua tahun lalu.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah hari ini berangkat ke Tanah Suci untuk menunaikan ibadah haji.
Turut mengiringi, Pemangku Raja Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.
Majlis keberangkatan Seri Paduka berdua yang diadakan di Istana Negara dihadiri Yang di-Pertua Negeri Melaka, Tun Mohd Ali Rustam, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.
Foto: Bernama
Pada majlis itu, Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Prof Madya Dr Luqman Abdullah memimpin bacaan doa, disusuli laungan azan oleh Pembantu Hal Ehwal Islam Istana Negara, Mohd Mustafidurrohman Mohd Syahroni.
Sebelum berangkat, Al-Sultan Abdullah dan Tunku Azizah bersalaman bersama kakitangan Istana Negara. Yang di-Pertuan Agong juga sempat berpesan kepada Perdana Menteri untuk menjaga negara.
Seri Paduka berdua dijadual berada di Tanah Suci dari 21 Jun hingga 2 Julai.
Turut hadir Panglima Angkatan Tentera Jen Tan Sri Affendi Buang, Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani dan Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali.
Kerajaan Arab Saudi mengumumkan hari Wukuf, yang merupakan kemuncak haji, adalah pada Selasa, 27 Jun, manakala Hari Raya Aidiladha disambut pada Rabu, 28 Jun.
Umat Islam di Malaysia pula akan menyambut Aidiladha pada 29 Jun. – Bernama
Sumber: Sinar Harian
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Nama Mimi Fly yang merupakan penyanyi kumpulan One Nation Emcees ini bukan lagi asing dalam industri seni tanah air. Malah, lagu dendangannya iaitu Angkat Kaki dan single raya ‘Serumpun’ baru-baru ini menjadi bualan ramai. Sekaligus melonjakkan populariti ...