MasyaAllah, cantik dan manisnya ketiga-tiga anak perempuan Fiza Halim! Walau masih kecil dan dua daripadanya sedang meningkat remaja tapi sudah terserlah kejelitaan mereka. Seperti ibu tersayang, mereka juga mempunyai aura tersendiri yang mampu membuatkan orang ramai terpikat dan menoleh dua kali. Beruntung tiga anak ini kerana mewarisi kecantikan ibu yang pernah menganggotai kumpulan penyanyi wanita popular era 90an, Elite.
Sejak bergelar ibu, kelibat Fiza Halim atau nama sebenarnya Siti Zaidatul Fiza Abdul Halim agak jarang kelihatan di majlis-majlis hiburan. Pun begitu, Fiza tetap aktif mengemaskini dan berkongsi aktiviti harian bersama keluarga di media sosial miliknya.
Ads
Sebagai seorang public figure, pastinya perkongsian Fiza menarik perhatian peminat dan warga net. Rata-rata mereka yang melihat perkembangan terbaharu Fiza memuji penampilan selebriti berkenaan dan antara yang paling mencuri tumpuan tentunya dua anak gadis Fiza yang kian meningkat dewasa.
Feera Aryanna Ahmed Farriq kini meniti usia 13 tahun sementara adiknya, Feeya Adyrra Ahmed Farriq pula berusia 12 tahun. Mengintai wajah terbaru Feera dan Feeya, masing-masing memiliki tarikan tersendiri. Feera misalnya dikurniakan kulit putih kemerahan manakala Feeya pula mempunyai rupa paras manis menawan.
Tidak kurang juga cahaya mata Fiza hasil perkahwinannya bersama bekas suami Aizat Al Jefri iaitu Siti Aleena Adra atau lebih dikenali sebagai Baby Aleena.
Seperti kakak-kakaknya, Baby Aleena yang dilahirkan pada 24 September 2018 juga tidak terkecuali mendapat perhatian kerana kecomelan yang dimiliki. Berkongsi perkembangan
Aleena, Fiza pernah mendedahkan kepada Nona.. anak ketiganya ini makin bijak dengan telatah comelnya.
Ditanya bagaimana penerimaan kedua-dua kakaknya sejak kehadiran Aleena, aktres ini memberitahu mereka dalam keadaan baik. “Syukur alhamdulillah, mereka dibesarkan dalam keluarga yang baik. Jadi semua tak ada masalah langsung. Ferra Aryanna dan Feeya Adyrra sayang sangat-sangat dengan Baby Aleena. Kalau tak video call sehari tak sah. Wajib VC!
Saya bersyukur Baby Aleena dikelilingi oleh ramai kakak-kakak dan adik-anak yang sayangkan dia. Dia memang rapat dengan kakak dia termasuklah dengan anak baru (bekas suami pertama). Mereka sayang dengan Baby Aleena. Kalau VC tu, semua nak cakap dengan Baby Aleena, siap mereka reka cipta lagu BABY ALEENA untuk dia lagi. Panggil saya pun mummy.
Jadi saya tak rasa kekok langsung malahan saya lebih happy sebab macam saya punya ramai anak. Lepas ni kalau keluar, pasti ramai yang confuse berapa orang anak saya,” ujarnya sambil ketawa.
Tambahnya lagi, “Jujur saya katakan, saya memang suka budak-budak dan sayang anak-anak syurga ni. Saya happy bila semua panggil saya mummy dan kami seumpama satu family. Saya pun kerap berulang-alik dan rapat dengan semua. Jadi saya rasa sayalah wanita yang paling bertuah dan beruntung sebab mempunyai hubungan sebegini. Syukur sangat-sangat.”
Ads
Ferra dan Feeya merupakan anak gadis Fiza hasil perkahwinan pertamanya dengan Ahmed Farriq Zainul Abidin. Fiza kemudian berkahwin dengan Adam AF namun akhirnya bercerai. Malah, perkahwinan Fiza dengan seorang juruterbang dikenali sebagai Aizat Al Jefri pada Disember 2016 juga tidak berpanjangan. Mereka dikatakan bercerai pada 22 Julai tahun lalu. Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan Baby Aleena.
Reda menerima ketentuan takdir, Fiza baru-baru ini berkongsi luahan hati apabila sukar bertemu anak memandangkan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Kongsinya, “Hampir 3 bulan kami tak dapat berjumpa disebabkan PKP. Semua yang berlaku sudah pun tertulis. Ada yang menghina, mencaci, mengeji saya. Bermacam-macam tohmahan yang saya dapat. Tapi saya hanya berdiam diri dan tak nak berkata apa-apa. Biarlah.
Ads
Bagi saya, ini adalah ujian dan bahagian saya. Saya reda dan pasrah dengan semua ketentuan yang sudah pun tertulis pada lukisan hidup saya. Hidup perlu diteruskan. Saya hanya manusia biasa dan seorang hamba yang lemah dan sering melakukan kesilapan.
Tiada seorang wanita pun di dunia ini inginkan perpisahan. Tapi qada dan qada’ dari Allah tak siapa tahu. Takkan mungkin seorang ibu sanggup berjauhan dari anaknya. Sedih saya siapa tahu?
Hari ini Allah makbulkan doa saya untuk bertemu dengan nyawa saya ini (Baby Aleena). Terima kasih Allah di atas kegembiraan ini dan nikmat yang Kau hadirkan. Kesabaran yang cukup bermakna. Jika kita jatuh kerana manusia, bangunlah kerana Allah.”
Moga Fiza terus tabah mengharungi liku-liku kehidupan di samping anak-anak tersayang.
Kredit foto: Instagram Fiza Halim
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Di sebalik kemeriahan majlis akad nikah Yang Amat Mulia Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Afzan Aminah Hafidzatullah dan FD Idzham, salah seorang jelitawan yang turut menjadi perhatian ialah Yang Hormat Mulia (YHM) Cik Puan Panglima Puteri Suraiya Afzan.
Penampilan Puteri Suraiya Afzan kelihatan cukup anggun di samping suami tercinta, Tengku Amir Nasser. Beliau mengenakan persalinan kurung indah rona pastel lengkap berhijab polos warna sedondon.
Duduk bersebelahan suami kesayangan ketika upacara ijab kabul berlangsung, wajah klasik dan jelita Puteri Suraiya Afzan meraih tumpuan. Terserlah gaya classy dan elegan ibu kepada tiga orang cahaya mata ini.
Difahamkan untuk majlis pernikahan Tengku Puteri Afzan Aminah Hafidzatullah, Puteri Suraiya Afzan mendapatkan khidmat solekan daripada jurusolek popular, Najeeb Azami. Begitu juga ibundanya, Yang Amat Mulia (YAM) Tengku Puteri Seri Lela Manja.
Tengku Amir berkahwin dengan jelitawan ini yang merupakan anakanda kepada YAM Tengku Puteri Seri Lela Manja Tengku Dato’ Hajah Nong Fatimah Sultan Haji Ahmad Shah.
Pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 19 Disember 2013. Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Tengku Adam Ibrahim Shah, Tengku Sulaiman Abdullah Shah dan Tengku Nuh Mohamed Shah.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Pejam celik pejam celik, berbaki beberapa hari saja lagi untuk meraikan hari kemenangan 1 Syawal. Sebelum tibanya Aidilfitri, apa salahnya jika kita pun mempersiapkan diri untuk tampil lebih menawan dengan wajah glowing berseri-seri walaupun tanpa mekap tebal.
Selain berbaju baru, serlahkan penampilan Hari Raya dengan kulit yang sihat dan glowing. Boleh amalkan tip ini dari sekarang agar hasilnya terlihat menjelang musim perayaan nanti.
1. Sentiasa pakai krim pelembap
Krim pelembap atau moisturizer adalah salah satu produk penjagaan kulit yang paling penting. Lebih-lebih lagi dalam bulan puasa, ketika kita dehidrasi sehingga menampakkan kesan kulit yang kering dan kusam.
Pastikan anda memakai krim pelembap kerana ia bagaikan ‘suntikan’ air pada kulit. Gunakan yang sesuai jenis kulit selepas mencuci muka.
2. Minum banyak air dan makan buah-buahan
Sambil menikmati hidangan kegemaran, jangan lupa untuk menikmati buah-buahan, sayuran dan minum banyak air untuk mengekalkan hidrasi tubuh. Minumlah air secukupnya ketika bersahur dan berbuka supaya kelembapan kulit terjaga selama berpuasa.
Selain itu, amalkan buah dan sayur yang mengandung vitamin A, B2, C, D, dan E yang membantu kulit terlihat cerah dan sihat. Buah-buahan seperti mangga, limau, tembikai, pisang dan kurma bagus untuk menyerikan kulit dari dalam.
3. Gunakan sabun wajah yang lembut
Lupakan sabun yang bersifat pengelupasan. Pilihlah sabun daripada bahan-bahan yang lembut dan tidak menyebabkan kerengsaan. Ketika kulit sihat, wajah akan terlihat cerah dan bebas kusam.
Pastikan anda mencuci muka dengan sabun wajah sebanyak dua kali sehari, iaitu pagi dan malam hari. Ia boleh membantu membersihkan kulit dari radikal bebas dengan aman.
4. Pakai sunscreen walaupun di dalam rumah
Radiasi sinar UV tetap mampu menembusi jendela, itulah sebabnya anda sangat disarankan untuk memakai sunscreen meskipun berada di dalam rumah atau memandu pulang ke kampung halaman.
Kulit yang terlindung dengan baik daripada radiasi sinar UV akan tampak lebih sihat, glowing, dan terhindar daripada penuaan pra-matang.
5. Pilih mekap dengan kemasan glowing
Agar kulit tampak cerah dan glowing, pilihlah produk mekap dengan hasil akhir glowing. Pakai foundation dengan hasil akhir yang dewy. Jika anda hanya memiliki foundation dengan kemasan matte, campurkan foundation dengan face oil.
Anda juga boleh memilih pemerah pipi yang mengandungi highlighter di dalamnya, untuk membuat pipi kelihatan lebih bersinar. Jangan lupa akhiri dengan setting spray supaya mekap tahan lama.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Happy birthday Bunga Citra Lestari! Tanggal 22 Mac lepas merupakan ulang tahun kelahiran penyanyi kelahiran Indonesia ini yang ke-40. Tampil muda remaja dan terpancar wajah penuh bahagia, ulang tahun kelahiran Bunga diraikan meriah di samping ahli keluarga dan kenalan rapat.
Daripada foto-foto yang dikongsikan di laman Instagram miliknya, kelihatan Bunga dikelilingi beberapa jambak bunga-bungaan segar dan hadiah berjenama mewah pemberian insan-insan tersayang.
Tidak cukup itu, pelantun lagu Cinta Sejati ini turut menerima beberapa biji kek hari lahir! Lebih bermakna, hari istimewa tersebut diraikan bersama anak tersayang, Noah.
Tampil dengan dress bercorak abstrak biru putih, gaya dan wajah Bunga nyata tidak makan dek usia. Tetap anggun dan awet muda persis anak dara.
Berkongsi rasa terharu dan gembira dengan kasih sayang yang tidak berbelah bagi daripada orang sekeliling, Bunga menerusi media sosial mengungkapkan terima kasih.
“Thank you for all of you who came and celebrated my 40th birthday. I feel so blessed and thankful for your wishes and joy for me.
Thank you for the love. And life might be full of ups and downs, but cheers to 40 wisdoms with 20 spirit!”
Kehidupan Bunga Citra Lestari menjadi perhatian peminat lebih-lebih lagi sejak suaminya, Allahyarham Ashraf Sinclair meninggal dunia pada 18 Februari 2020.
Cekal mendepani hidup, Bunga yang mendirikan rumah tangga dengan pelakon kelahiran Malaysia tersebut pada 9 November 2008 turut dikurniakan seorang anak lelaki iaitu Noah Sinclair yang bakal menginjak usia 13 tahun.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Diam tak diam, perkahwinan Duli Yang Teramat Mulia (DYTM) Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Mateen dan Yang Amat Mulia Pengiran Anak Isteri Anisha Rosnah Adam bakal menginjak usia setahun ...