Macam anak kacukan! Memang terserlah wajah cantik Salsabil Qur’ani. Patutlah namanya tengah jadi bualan hangat. Lebih-lebih lagi sejak video TikTok Salsabil di samping bapa tersayang ketika sambutan hari lahir aktor berkenaan baru-baru ini bertebaran di media sosial.
Ads
Sejak itu, ramai yang mula meminati dan mengenali anak pasangan selebriti popular, Mustapha Kamal dan Susan Manen tersebut.
Menjenguk media sosial milik Salsabil Qur’ani, gadis ini baru berusia 18 tahun. Daripada raut wajahnya jelas dia mewarisi kecantikan ibunda tersayang, Susan Manen yang merupakan bekas Ratu Cantik Malaysia 1993!
Mana tidaknya, aktres popular Pengantin 1 Malam itu mempunyai darah kacukan Inggeris dan Portugis. Jadi tak hairanlah anak-anak pun kacak dan cantik.
Sepasang mata bundar, hidung mancung, rambut ikal mayang dan senyuman manis yang dimiliki Salsabil membuatkan sesiapa saja tertawan.
Sebagai anak pelakon popular dan darah seni yang mengalir dalam diri, Salsabil turut tidak melepaskan peluang mengikut jejak langkah kedua-dua ibu bapanya sebagai pelakon.
Sekitar hujung tahun lalu, dia membintangi drama Cinta Yang Tertangguh di samping bapanya, Sweet Qismina dan Zoey Rahman.
Ads
Selain Salsabil, pasangan romantis Mustapha Kamal dan Susan Manen turut dikurniakan tiga cahaya mata lagi iaitu Sabella Qawiema, Aulia Qayyiem dan Naqli Qaddiem.
Kredit foto: Instagram Salsabil Qurani, Mustapha Kamal
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Kompak kusyen krim BB dan krim CC kini menjadi pilihan utama wanita. Kedua-duanya memberi liputan yang menyeluruh serta mudah dibawa ke mana-mana sahaja.
Namun, ramai yang keliru untuk memilih antara bedak asas, krim BB dan krim CC, malah kini sudah ada krim DD! Keraguan muncul apabila tidak tahu mana satu yang terbaik untuk kulit.
Apabila melihat di bawah label pula, penerangan lebih banyak ditulis dalam bahasa Korea, jadi bagaimana untuk memilih? Baca huraian lengkap tentang persoalan ini.
(a) Bedak asas
Bedak asas merupakan asas kepada solekan. Ia didatangkan dalam bentuk cecair dan padat. Bedak asas memiliki tekstur yang lebih padat dan berfungsi menutupi kekurangan wajah seperti pigmentasi, jerawat dan wajah berbelang dengan baik.
Pemilihan tekstur dan warna bedak asas sangat penting kerana jika tersalah pilih kecantikan semula jadi wajah akan bertukar. Bedak asas juga mempunyai peranan untuk mengekalkan solekan sepanjang hari. Selain itu, ia berupaya melembapkan kulit.
Oleh sebab liputan bedak asas ini tinggi, selayaknya bedak asas digunakan untuk keperluan seperti acara malam atau formal.
(b) Krim BB
Blemish Balm atau krim BB ini sangat sesuai digunakan sehari-hari kerana mempunyai tekstur yang lebih ringan tetapi berfungsi umpama bedak asas. Wajah kelihatan semula jadi dan mampu menutup kekurangan kulit.
Ia berupaya berfungsi seperti primer, tabir suria, krim BB dan bedak asas. Bersifat ringan dan didatangkan dengan pek isian semula, kompak kusyen krim BB ini memberi solusi solekan berkadar segera, segar, praktikal dan cepat, malah bikin kulit tampak cantik sempurna, cerah bercahaya serta lembap sepanjang masa.
Krim BB memiliki tekstur lebih ringan daripada bedak asas namun lebih kental jika dibandingkan dengan pelembap berwarna. Formulanya mampu merawat kulit sambil memberi perlindungan daripada matahari tetapi bahan utamanya adalah antioksidan yang membantu melindungi kulit terhadap radikal bebas dan kerosakan kulit akibat pencemaran.
Krim BB juga memiliki ciri anti-peluh yang sangat baik.
(c) Krim CC
Color Correcting atau Complexion Corrector, lebih dikenali sebagai krim CC mempunyai formula yang lebih ringan dibandingkan dengan krim BB dan bedak asas. Kebanyakan krim CC memiliki tekstur krim lembut yang sangat ringan dan halus. Krim CC ini mempunyai fungsi untuk menyamarkan tona kulit wajah, melindungi kemerahan kulit dan menutup pigmentasi.
Kekurangan kulit disamarkan melalui kandungan yang terdapat dalam krim CC iaitu lycopene. Ia berfungsi untuk membantu mengurangi kemerahan kulit dan menghadirkan nutrisi vitamin C agar kulit wajah lebih sihat dan berseri.
Krim CC lebih sesuai digunakan oleh wanita matang kerana ia berupaya menutup permasalahan kulit wajah seperti tona kulit tidak sekata, garis-garis halus, kedut dan iritasi. Sifat krim CC yang kalis air dengan struktur rangkaian kukuh iaitu dibentuk oleh molekul yang tinggi membolehkan solekan bertahan sehingga 12 jam tanpa memerlukan sentuhan walaupun dalam cuaca yang panas.
Lapisan krim CC berfungsi untuk menyamarkan tekstur kulit dan dapat menampilkan kulit yang lebih sekata malah memberikan manfaat anti-penuaan serta menjaga kelembapan kulit. Layangkan bedak tabur di atas lapisan CC krim pada wajah untuk efek yang lebih sempurna dan mampu bertahan sepanjang hari.
Keistimewaan krim CC ini tidak menimbulkan kesan terlalu tebal, amat sekata pada kulit dan mudah menyerap ke liang sebum. Pada masa yang sama ia meresap pantulan daripada cahaya matahari untuk tona kulit semula jadi tanpa kesan minyak.
Kalau korang beauty lover or makeup lover jom datang ramai-ramai sertai cabaran pencarian Fabulous MUA NonaxFCC nanti.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Cantik ibu dan anak ini. Ternyata pelakon yang mula mencipta nama menerusi drama Titian Cinta, Farah Nabilah mewarisi kejelitaan ibu tersayang iaitu Datin Haslina Ismail. Sejak mendirikan rumah tangga, agak jarang nampak kelibat aktres ini di majlis-majlis hiburan.
Apatah lagi, Farah selamat bersalin anak kedua pada Julai lepas. Pastinya dia sibuk menggalas tugas sebagai isteri dan fokus membesarkan cahaya mata.
Meskipun tidak lagi aktif dalam industri seni namun pelakon berusia 31 tahun ini gemar berkongsi aktiviti dan momen di samping keluarga di media sosial.
Selain menguruskan keluarga, Farah turut berkongsi pelbagai video masakan buat tatapan followers setia. Kata Farah, memasak merupakan terapi bagi dirinya.
Pada 26 Julai lalu, Farah Nabilah berkongsi nama putera kedua yang iaitu Yusuf Gibran Mohamed Amirul. Bagaimana pun, dia dan suami, Mohamed Amirul belum bersedia berkongsi wajah anak kedua kepada umum.
Graduan Ijazah Sarjana Muda Psikologi ini ialah anak sulung daripada enam beradik kepada pasangan Datuk Saipuddin Ahmad dan Datin Haslina Ismail.
Melihat wajah ibunya, jelas terserlah pelakon wanita berkenaan mewarisi kejelitaan Datin Haslina.
Lebih istimewa, Datin Haslina yang juga ibu enam anak tersebut sudah pun berusia 56 tahun pada 1 Januari lepas namun kelihatan awet muda!
Walau pun menghampiri usia 60 tahun tapi isteri Datuk Saipuddin berkenaan cukup menjaga penampilan diri, bergaya dan kecil molek orangnya.
Malah, Datin Haslina juga sering meluangkan masa bersama Farah Nabilah biarpun puteri sulungnya itu sudah pun berkahwin dan menjadi ibu.
Ternyata, hubungan di antara mereka berdua sangat akrab.
Farah berkahwin dengan juruterbang iaitu Mohamed Amirul Yunus pada 20 Disember 2019. Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan dua cahaya mata lelaki iaitu Andre Omar berusia tiga tahun dan Yusuf Gibran.
Pernah tak anda perasan, berat badan tak naik pun tapi dagu berlapis. Bila lemak di bahagian leher tu dah berlebihan memang masalah double chin ni akan berlaku. Kadang-kadang nak selfie pun malu. Masalah dagu berlapis ini juga sangat ditakuti oleh kaum wanita terutamanya. Jangan risau, kini masalah tu boleh diatasi dengan mudah.
Ini ada beberapa contoh senaman mudah yang boleh anda praktikkan di mana-mana saja. Sedang duduk sambil layan movie kegemaran di laptop dan ketika jalan sesak dalam kereta pun boleh. Tiada masalah.
1. The Kiss
Sambil berdir, dongakkan kepala ke atas. Kemudian muncungkan bibir seolah-olah ingin mencium selama 5 saat. Relaks dan kembalikan kepala kepada keadaan asal. Ulang langkah ini 15 kali.
2. STICK IT OUT
Pandang ke depan dan buka mulut luas-luas. Kemudian jelirkan lidah perlahan-lahan dalam kiraan 5. Masukkan semula lidah dalam kiraan 5. Ulang langkah ini 10 kali.
3. JAW JUT
Dongakkan kepala ke atas.Tolak rahang dari bawah ke depan sehingga terasa stretching di bawah dagu. Buat dalam kiraan 10 dan relaks semula rahang. Ulang langkah ini 10 kali.
4. NECK ROLL
Berdiri dan tundukkan kepala sehingga dagu mencecah ke dada. Pusing kepala ke kanan perlahan-lahan dalam kiraan 5. Kemudian kembalikan kepala ke posisi asal. Pusing kepala ke kiri pula dalam kiraan 5. Ulang semula dalam masa 30 saat.
5. TONGUE ON TEETH
Berdiri dan buka mulut seluas-luasnya. Selitkan hujung lidah di belakang barisan gigi bawah. Kemudian, hirup udara melalui mulut dan keluarkan udara sambil membuat bunyi ‘ahhh’. Lakukan selama satu minit, relaks dan ulang lagi sekali.
6. CHIN SLAP
Sambil pandang depan, tampar bawah dagu dengan belakang tangan perlahan-lahan. Lakukan selama 30 saat.
7. IN AND OUT
Bentukkan tangan anda seperti V dan letak ibu jari pada hujung rahang. Pastikan jari lain berada di sebelah pipi. Kemudian, tolakkan muka ke hadapan dengan perlahan-lahan. Biarkan selama 30 saat dan tolak semula ke belakang. Relaks dan ulang tiga kali.
8. LAYING LIFTS
Baring dan angkat kepala perlahan-lahan hingga dagu mencecah dada. Biarkan selama 10 saat. Kemudian kembalikan kepala pada sisi asal. Ulang dua kali.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Diam tak diam, perkahwinan Duli Yang Teramat Mulia (DYTM) Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Mateen dan Yang Amat Mulia Pengiran Anak Isteri Anisha Rosnah Adam bakal menginjak usia setahun ...