Nama Dato’ Seri Vida sememangnya dikenali dalam kalangan masyarakat pelbagai lapisan umur. Bukan hanya kejayaannya sebagai usahawan menjadi perhatian ramai. Bahkan cita rasa fesyen dan penampilan pengasas Vida Beauty Sdn Bhd ini juga sering mencuri tumpuan khalayak.
Tampil berani dengan fesyen extravaganza di majlis Gempak Most Wanted Award 2022 baru-baru ini, ternyata kemunculan Dato’ Seri Vida tatkala berjalan di acara red carpet majlis berkenaan mengejutkan tetamu yang hadir.
Malah pemilik nama Hasmiza Othman ini sempat menggayakan dua look khas untuk majlis tersebut.
Berkongsi momen di majlis penganugerahan itu di media sosial miliknya, penampilan ‘luar biasa’ ahli perniagaan ini mengundang pelbagai reaksi daripada followers.
Gaya pertama yang ditampilkan ialah busana satin merah jambu dengan turban rona senada yang lengkap dengan helaian kain membaluti tubuh.Berdasarkan komen peminat, mereka melihat helaian tersebut seolah-olah seperti selimut!
Pun begitu, Dato’ Seri Vida kelihatan selesa menggayakan busana tersebut dengan penuh yakin.
Rekaan kedua ilham Behati yang digayakan wanita berusia 52 tahun ini sekali lagi menarik perhatian kerana busana tersebut kelihatan seperti telekung.
Berkilauan dan meleret panjang, busana kombinasi warna putih dan beige ini memang lain daripada yang lain.
Kongsinya, “Second outfit for Gempak Most Wanted Award 2022. Konsep menutup aurat pergi event?”
Yang pasti, ramai yang kurang senang melihat penampilan yang dianggap keterlaluan yang cuba dibawa Dato’ Seri Vida.
Malah, para followersnya membandingkan solekan dan penampilan ringkas Dato’ Seri Vida sebelum ini yang lebih kelihatan awet muda, sopan dan cantik!
Misalnya rekaan Khuntumn yang digayakan ketika menghadiri sebuah kenduri kahwin tidak lama dulu yang menyerlahkan kelembutan wajah ibu dua anak ini.
Baca https://www.nona.my/nampak-lebih-muda-berseri-seri-cantik-fesyen-simple-dato-seri-vida-dapat-pujian/
Dato’ Sri Vida memiliki Sarjana Muda Pendidikan (Kesusasteraan Melayu dan Sejarah) dari Universiti Sains Malaysia (USM) dan dikurniakan dua anak iaitu Nur Edlynn Zamileen Muhammad Amin atau lebih dikenali sebagai Cik B dan Muhammad Eric Zacquan atau mesra disapa Kacak.
This website uses cookies.