Baru saja berlangsung semalam tapi ‘penangan’ majlis resepsi selebriti popular Fattah Amin dan Fazura masih hangat diperkatakan sampai hari ini. Paling membuatkan peminat tak berhenti bercakap mengenai majlis tersebut, tentunya keanggunan isteri pelakon KL Special Force itu yang persis puteri kayangan! Berbusana tradisional songket penuh dan bersanggul kemas, Fazura sekali lagi meraih perhatian ramai dengan penampilan yang begitu mempersona.
Orang kata kalau dah memang cantik, pakai apa pun tetap nampak cantik. Itulah hakikat sebenar tentang aktres Hero Seorang Cinderella ini. Walau pun mengenakan solekan natural, kecantikan Fazura tetap terserlah. Thumbs up
buat @kfbongmakeup kerana berjaya menaikkan lagi seri pengantin kesayangan ramai ini. Tak lupa juga sentuhan magis @ckayliow yang turut mendapat pujian ramai hasil dandanan kemas sanggul Fazura. Segala-galanya nampak cukup indah dan sempurna.Tak hanya tertawan dek kecantikan yang dimiliki, ribuan peminat Fattzura yang membanjiri Royale Palace semalam nyata kagum dengan sikap ramah pasangan ini yang rajin melayan peminat untuk bergambar. Malah, dalam satu ketika kelihatan kelibat Fazura sibuk beramah mesra dengan peminat di sebelah kiri pelamin. Sementara Fattah pula meluangkan masa bersama peminat di sebelah kanan. Memang nampak betul kedua-duanya sangat menghargai peminat masing-masing.
Sambil melambai ke arah hadirin dan sentiasa menguntum senyuman, Fazura dan Fattah turut membuat kejutan dengan persembahan tarian dan nyanyian popular mereka, Cinderella. Sporting habis!
Sebenarnya majlis resepsi kedua Fattah dan Fazura ini diadakan untuk dua sesi iaitu sesi pagi dikhaskan buat para penaja. Manakala pada sebelah petang pula khusus buat para peminat. Khabarnya, pereka kasut tersohor, Prof Datuk Jimmy Choo pun hadir memeriahkan majlis.
Pujian juga harus diberikan kepada Reka Teemor kerana berjaya menghasilkan singgahsana nan indah ‘The Fattamorgana’ yang sarat dengan elemen kerawang dan garapan rona putih bersih. Buatkan yang sudah berumah tangga pun terasa seperti mahu bersanding lagi. Selamat Pengantin Baru Fattah dan Fazura. Moga ikatan suci ini berkekalan hingga ke syurga.
This website uses cookies.