Wow, terbeliak mata tengok deretan jongkong-jongkong emas yang tersusun di rak sebuah gudang istimewa ini!
Ibarat jumpa harta karun, gudang simpanan emas yang dipercayai milik Bank of England ini dikatakan mempunyai jumlah simpanan jongkong emas bernilai lebih 200 bilion pounds sterling atau bersamaan sekitar RM1,066,511,600,000.00!
Bukan hanya himpunan jongkong emas itu saja yang menarik perhatian, malah struktur gudang juga diperbuat dengan cukup rapi dan dijaga dengan kawalan ketat.
Berdasarkan gambar yang dikongsi dari Infinitos Fakta Terokai Pengetahuan itu, gudang simpanan emas berkenaan dibina di bawah tanah dengan ketebalan dinding gudang sehingga beberapa meter di bawah jalan raya yang sibuk di kota London.
Ia turut dilaporkan berada di lokasi Old Lady of Threadneedle, iaitu terletaknya ibu pejabat Bank of England’s City of London.
Keluasannya juga membuatkan ramai yang terpegun apabila ia dikatakan lebih besar dari keluasan bangunan tertinggi di London, Tower 42.
Wanita Yang ‘Bekerja’ Seolah-Olah Untuk 24 JAM SEHARI Berisiko Alami Gangguan Mental
Saban hari kita dipaparkan dengan tragedi-tragedi yang menakutkan seperti penderaan mahupun pembunuhan kejam. Paling menyedihkan apabila melibatkan ahli keluarga terdekat atau orang-orang dikenali. Adakah isu-isu seperti ini ada hubung kait dengan gangguan mental sehingga hilangnya kewarasan diri?
Pakar Perunding Psikologi dari Hospital Gleneagles Kuala Lumpur, Dr Nor Hamidah Mohd Salleh merungkai persoalan ini. Beliau juga merupakan Pengasas dan Pengarah Urusan NH Edu-Health Centre Kuala Lumpur.
“Kesihatan mental berkaitan dengan kesejahteraan jiwa, rasa bahagia dan gembira. Kesihatan mental yang baik memiliki keyakinan diri yang tinggi, kendiri yang bagus atau sederhana. Seseorang itu akan merasa selesa dengan dirinya ketika bersama orang lain.
Baik lelaki mahupun wanita masing-masing berisiko untuk mendapat gangguan mental jika tidak dikawal. Wanita yang bergelar ketua juga harus betul-betul kuat dari segi mental dan fizikal bagi berhadapan dengan cabaran. Jika tidak kuat seorang wanita itu akan mudah merasa tertekan.”
PUNCA GANGGUAN MENTAL
- Gemar menyendiri dan memendam perasaan atau masalah.
- Genetik atau sejarah keluarga yang memudahkan seseorang itu merasa tertekan apabila berhadapan dengan permasalahan.
- Kecederaan akibat kemalangan atau perubatan contohnya sakit belakang dalam tempoh terlalu lama boleh menyebabkan tekanan yang serius.
- Persekitaran atau tekanan di tempat kerja seperti bebanan tugas, ekspektasi terlalu tinggi oleh ketua atau kerja melebihi had masa sepatutnya.
- Wanita (termasuk surirumah sepenuh masa) yang ‘bekerja’ seolah-olah untuk 24 jam sehari. Melayan karenah anak-anak, keluarga dan kerja rumah. Ada kala mereka lupa dengan hobi sendiri.
- Gangguan mental 15 kali ganda berisiko tinggi jika seseorang itu terlibat dengan najis dadah yang mendorongnya melakukan sesuatu di luar kewarasan.
TANDA-TANDA AWAL GANGGUAN
- Suka menyendiri, cepat marah, sukar tidur, kerap sakit kepala dan hilang minat terhadap sesuatu seperti kerja dan hobi.
- Bersikap agresif, mudah berasa sedih dan menangis, menjerit secara tiba-tiba dan mudah melenting. Ia dikenali sebagai bipolar yang menyebabkan mereka bertindak agresif tanpa sedar yang boleh menjejaskan prestasi kerja termasuk hubungan dengan keluarga, pasangan, rakan dan pelajaran.
- Pesakit mental kronik selalu berhalusinasi, tingkah laku juga abnormal. Sering menganggap semua perkara sebagai serius dan sesuatu yang tidak logik sebagai logik.
- Pesakit merasa seperti ada orang ingin membunuhnya, delusi dan kecelaruan fikiran.
- Gangguan mental di kalangan kanak-kanak jarang berlaku namun tidak mustahil. Lazimnya berlaku di peringkat awal baligh hingga dewasa.
RAWATAN
“Pemberian ubat, kaunseling dan terapi secara one to one. Terapi ini dalam bentuk kumpulan di mana setiap pesakit saling belajar daripada pengalaman masing-masing. Banyak pendekatan diambil dalam usaha menyembuhkan pesakit bergantung kepada jenis penyakit dan latar belakang pesakit. Ubatan yang diambil bukan dadah dan diberikan untuk jangka masa pendek.
Tekanan dan trauma tidak termasuk dalam sebarang skim perlindungan insurans. Peranan syarikat amat penting dalam menyediakan inisiatif kepada pekerja contohnya kursus berkaitan kesihatan mental dan cara mengelakkan tekanan. Negara Barat banyak mengadakan program dan memberi sokongan kesihatan untuk para pekerja.
Peranan masyarakat khususnya kejiranan amat penting untuk saling membantu dan mendengar permasalahan. Begitu juga peranan ahli keluarga terdekat. Kenali emosi ahli keluarga anda seterusnya cari jalan penyelesaian. Pujuk secara baik dan nyatakan kepadanya kita akan mendapatkan bantuan profesional atau kaunselor.”
Gedung IKEA Terbesar Di Asia Tenggara, 10 Sebab IKEA TEBRAU Wajib Dikunjungi Hujung Minggu Ini!
Nak tahu apa yang istimewa sepanjang opening week ini?
Sepanjang hari pembukaan dan hujung minggu, para pelanggan boleh menikmati pelbagai tawaran terhad dan aktiviti di gedung untuk seisi keluarga seperti cat muka, badut pembuat belon dan pemberian belon percuma, penampilan maskot dan banyak lagi.
Malah, pada hari pembukaan, pengunjung boleh mendapatkan tawaran harga istimewa untuk beberapa produk antaranya termasuklah bingkai katil BRUSALI bersaiz queen dan meja tepi katil BRUSALI pada harga yang cukup menarik.
Manakala sepanjang minggu pembukaan pula iaitu dari 16 hingga 26 November, dapatkan LERBERG shelf unit pada potongan harga sehingga 50 peratus. Begitu juga jam thermometer KLOCKIS.
Dengan lebih 8,000 kemasan kediaman rekaan Sweden yang bermutu dan mampu dimiliki, pilihan makanan yang enak turut tersedia di rangkaian restoran, bistro dan kedai khas makanan Sweden, serta Smaland, iaitu kawasan permainan untuk kanak-kanak yang diawasi. Bersandarkan fasiliti dan promosi hebat ini, IKEA Tebrau pastinya akan menjadi pilihan seisi keluarga untuk dikunjungi.
Mempunyai pasukan pekerja seramai lebih 300 orang, IKEA bersedia menerima kunjungan lebih 1.8 juta orang pelanggan yang tinggal dalam jarak sejauh 60 minit dari gedung IKEA.
IKEA Tebrau terletak berhampiran dengan outlet terkemuka lain kini menjadi sebahagian daripada destinasi peruncitan yang rancak dan meningkatkan lagi imej Tebrau sebagai lokasi yang hebat untuk menjamu selera, membeli-belah dan bersantai. Selain itu, IKEA Tebrau turut menyediakan perkhidmatan tambahan untuk kemudahan para pelanggan. Ini termasuk pengambilan dan penghantaran ke rumah, pemasangan perabot, IKEA Gift Card, pelan pembayaran ansuran 0%, syarat pemulangan dalam masa 100 hari, WIFI percuma dan kemudahan Aplikasi IKEA Store App dan banyak lagi.
Untuk memberi keselesaan kepada pengunjung, IKEA Tebrau menyediakan 1,771 petak letak kereta. Bagi memudahkan perjalanan ke gedung, pelanggan boleh menggunakan perkhidmatan pengangkutan percuma dari Larkin Sentral dan Muzium Keretapi Tanah Melayu Berhad Johor Bahru.
Bagi anda penggemar hidangan Sweden terutamanya hidangan signature dish Ikea seperti Sweedish Meatball, stor IKEA terbesar di Asia Tenggara ini wajib dikunjungi hujung minggu ini. Dengar khabar, pada hari perasmian sahaja restoran dan bistro IKEA sudah padat dengan pengunjung. Jadi, jangan lupa mengunjungi IKEA Tebrau hujung minggu ini!ROSMAH IDAYU ABU SAMAH
Berkualiti, Khasiat & Baik Untuk Kesihatan, 4 Kuasa Magis GINSENG MERAH KOREA Yang Patut Anda Tahu!
Ginseng telah lama dikenali dengan kesan penyembuhannya dan sebati dengan masyarakat Cina di mana ia telah digunakan sebagai tonik dan ubat sejak 5,000 tahun yang lalu. Dengan matlamat untuk mewujudkan kesedaran mengenai ginseng merah Korea dan bagaimana ia boleh membantu dalam segi kesihatan dan kesejahteraan rakyat Malaysia, Korea Ginseng Corporation (KGC) telah menerajui Seminar CheongKwanJang 2017 yang pertama di Malaysia dengan sokongan rakan tempatan KMT Trading Sdn Bhd serta Korea Trade & Investment Promotion Agency (KOTRA) Kuala Lumpur untuk berkongsi tentang penyelidikan terhadap ginseng merah Korea secara mendalam yang telah dijalankan.
Secara tradisinya, ginseng digunakan untuk membantu dalam pelbagai masalah dan sebagai eliksir untuk mempertingkatkan kesihatan dan kesejahteraan seseorang. Korea Ginseng Corporation amat berbesar hati untuk mempamerkan legasi selama 118 tahun sejak dalam menghasilkan ginseng mentah yang bersih dan berkualiti melalui penanaman dan kaedah pemprosesan ginseng kesihatan yang sistematik – dari persekitaran penanaman yang sesuai, pengeluaran yang mementingkan kualiti, sehingga mengoptimumkan keberkesanan ginseng merah Korea melalui penyelidikan dan pembangunan.
Bergantung kepada peringkat pemprosesannya, ginseng yang mentah akan menjadi ginseng merah apabila ia distim dan dikeringkan berulang kali sehingga ginseng tersebut bertukar kepada warna perang atau kemerahan. Ia boleh disimpan dengan mudah untuk tempoh yang lama tanpa menjejaskan kualitinya. Ginseng merah sering dikenali dengan manfaatnya iaitu :
- meningkatkan sistem imunisasi
- membantu memulihkan tubuh dari keletihan
- memperbaiki peredaran darah
- meningkatkan aktiviti otak dan bertindak dengan ciri-ciri anti oksida.
Secara umumnya, ginseng merah Korea merupakan akar istimewa yang penuh dengan vitamin dan mineral yang unik, antioksida dan pelbagai nutrien penting yang membantu meningkatkan kesihatan dan kesejahteraan. Ramai masyarakat Cina menggelar ginseng Korea sebagai ‘eliksir kehidupan’ kerana manfaat-manfaatnya yang hebat.
Ginseng mengandungi pelbagai komponen farmakologikal, termasuklah satu siri saponin triterpenoid tetracyclic (ginsenosida), poliasetilena, bahan-bahan polifenol dan polisakarida berasid. Ekstrak-ektsrak ini menghasilkan bahan-bahan antimikrob yang bertindak sebagai mekanisme pertahanan dari jangkitan bakteria dan virus di mana ia membantu meningkatkan sistem imunisasi. Kesan proaktif ginsenosida membantu meningkatkan daya tumpuan dan fungsi otak secara keseluruhan dengan merangsang sel-sel otak. Ia boleh memperbaiki peredaran darah dengan menghalang pembentukan trombus, dan boleh mencegah penyakit-penyakit kardiovaskular.
CheongKwanJang telah diiktiraf setara dengan ginseng Korea berkualiti tinggi yang diminati oleh warga Korea selama ribuan tahun apabila kerajaan Korea mula mengenakan standard kawalan kualiti yang sangat tinggi. Jenama ini melambangkan kepercayaan pelanggan terhadap kualiti hebatnya di mana ia mewakili semangat ketukangan dan usaha yang berterusan mencapai kemewahan yang bertahap dunia. ROSMAH IDAYU ABU SAMAH