Macam Kawan Sebaya, Tinie Supermodel Maintain Muda Walaupun Anak-Anak Dah 20-an!

Bila sesekali supermodel negara, Tinie, berkongsi foto keluarga di Instagram, tergamam sungguh tengok ibu jelita ini di sisi anak-anaknya. Muda betul, macam kawan-kawan sebaya!

“Saya cucuk sana, saya cucuk sini,” jawab wanita berusia 42 tahun itu, sambil ketawa.

Habibah Rasyidah
Habib Rasydan

Ceritanya sepanjang tempoh PKP berkuatkuasa, dia ‘terpisah negeri’ dengan anak-anak, Habib Rasydan, 23, dan Habibah Rasyidah, 22. “For now I’m stuck at my home town (Seremban) and my daughter in KL so she can’t come back.

Saya berulang-alik ke rumah my sister, sama-sama menjaga ibu yang sedang sakit kuat,” cerita Tinie perlahan. Bagi melepaskan rindu, dia dan anak-anak akan ber-video call setiap hari, lebih-lebih lagi dalam bulan Ramadan ini, bertanya rutin harian dan juadah berbuka puasa.

INDUSTRI FESYEN

Figura tinggi lampai dengan wajah edgy dan rambut boyish ini sememangnya blueprint supermodel terbaik dalam sejarah fesyen Malaysia. Selama dua dekad menguasai pentas runway, Tinie atau Hartini Mat Jasin, 42 tahun, sering menjadi wajah utama untuk memperagakan helaian rumah fesyen terkemuka.

Walau bagaimanapun sejak dunia dilanda pandemik COVID-19, landskap fesyen mula berubah. Untuk setahun daripada sekarang, acara besar seperti fashion show

perlu ditangguhkan. Pandangan Tinie sebagai orang penting industri ini menjadi topik rancak perbualan kami selepas berbuka puasa.

Nona: Bagaimana pandemik COVID-19 memberi kesan kepada industri modelling?

Tinie: Sejujurnya, Tinie rasa ia banyak memberi kesan dari segi model hilang punca pendapatan khususnya yang melakukan full time modelling. Secara mendadak, dengan tiadanya acara fesyen, photoshoot yang terpaksa dibatalkan dan job yang seharusnya dapat menjanakan pendapatan untuk jangka masa tertentu hilang begitu sahaja.

Nona: Jika acara fesyen ditangguhkan hingga tahun depan, bagaimana caranya pereka fesyen dapat memperkenalkan koleksi pada masyarakat?

Tinie: Tinie ambil contoh tahun ini dimana sebelum bulan Ramadan, ramai designers yang bertungkus lumus untuk mengadakan fashion show bagi mempamerkan rekaan busana Raya kepada buyer dan masyarakat.

Mereka tahu Raya merupakan waktu puncak yang paling banyak menjana keuntungan kerana seorang pemakai seperti Tinie selalunya akan mempunyai 2-3 pasang baju Raya untuk perayaan. Tetapi apabila semua acara fesyen terpaksa dibatalkan, Tinie nampak melalui media sosial, para designers kita mengambil pendekatan dengan mempamerkan busana rekaan mereka melalui platform digital.

Sesungguhnya perasaan itu tak sama seperti fashion show, namun penjualan harus dijalankan. Pada masa kini, everyone has a smartphone dan Tinie percaya kita semua spend more time on Facebook, Instagram, Tik Tok dan sebagainya untuk keep up-to-date.

Nona: Perasaan Tinie dan kebanyakan model apabila banyak fashion show dan campaign shoot dibatalkan kerana COVID-19?

Tinie: Terpaku kejap saat kerajaan kita umumkan PKP dimana tiada social gathering ataupun majlis boleh dijalankan. Sedih pun ada kerana pada masa itu, Tinie sedang fitting untuk persediaan acara fesyen Raya dengan designer.

Tinie jugak keep in touch dengan model-model yang rapat. Rata-ratanya sedih kerana hilang punca pendapatan untuk bulan itu. Some of us are really sad and frustrated as we were thinking how are we going to survive with no income coming in especially the full time models.

Namun Tinie yakin tindakan yang diambil oleh kerajaan untuk PKP ini adalah amat penting untuk menangani pandemik COVID-19. Tinie percaya rezeki itu ada dimana-mana. Mungkin waktu ini kita hilang punca pendapatan, but who knows once this COVID-19 is cured, there will be greater opportunities.

Nona: Aktiviti Tinie sepanjang PKP?

Tinie: Sepanjang PKP, Tinie banyak buat aktiviti baru yang tidak pernah atau Tinie jarang lakukan semasa sibuk bekerja. Tapi Tinie happy dapat luangkan masa bersama keluarga khususnya anak-anak dan ibu bapa. Selain itu, Tinie juga memasak, baking, mengemas rumah dan selebihnya video call dengan teman-teman.

Nona: Dengan siapa anda pernah berbual secara serius tentang fesyen?

Tinie: Tentu sekali dengan bos Tinie iaitu Andrew Tan, founder of AndrewsModels dan KLFW. Seperti yang semua tahu, Tinie merupkan one of the main person incharge backstage especially during every fashion shows under Andrewsmodels.

Selain itu, bersama dengan rakan designer seperti Fiziwoo, Rizman Ruzaini, Matase Sutera and few more. Hanya satu persamaan dalam perbualan kami iaitu impak COVID-19 dalam bisnes.

Dengan cancellation of Raya fashion shows, adakah masyarakat akan berbelanja untuk pakaian, kasut dan sebagainya, membayar gaji pekerja, mesin, membayar sewa kedai… Ternyata mereka juga anxious kerana kita tidak pernah mengalami keadaan seperti ini untuk jangka masa lama.

Nona: Masa depan industri fesyen dan modelling selepas COVID-19?

Tinie: Kemungkinan industri will slow down a bit for the first few month for everyone to get back to their business rhythm. Mungkin juga rate models tidak akan setinggi dulu. Bagi industri fesyen pula, maybe some of the designers change their business strategy to keep on surviving.

Namun Tinie harap industri kita akan terus bekerjasama antara satu sama lain apabila wabak berakhir kelak.

 

5 SOALAN SPONTAN

(1) Jika bersara dari dunia modelling, anda mungkin seorang?

Tinie akan terus dalam industri fesyen walaupun dah bersara dari dunia modelling.

(2) Bakat lain Tinie?

Memasak. Signature dishes yang selalu anak-anak dan teman rapat Tinie minta adalah masak lemak cili api, asam pedas dan ayam sambal.

(3) Satu nama gelaran Tinie dalam industri?

Kalau yang rapat dengan Tinie dalam industri modelling dan fesyen adalah Mama!

(4) Pengajaran dari COVID-19?

Sentiasa bersedia dengan plan untuk masa depan seperti perancangan kewangan dan sentiasa menjaga kesihatan. Dan saya akan pastikan untuk selalu membawa tisu basah, cermin mata hitam dan disinfecting spray selain facemask and hand sanitizer.

(5) Tak teringin jadi pelakon filem atau teater?

Tinie ni seorang yang pemalu. Tapi kalau diberi peluang, Tinie teringin nak jadi hos rancangan masakan atau makan-makan yang dapat travel ke seluruh pelosok tempat kerana makanan asli tempatan sudah hampir dilupakan oleh generasi baru. Impian saya untuk kekalkan tradisi kita.

Share
Published by
Norzalina