Makin meningkat usia, makin cantik Ziana Zain! Menginjak usia 55 tahun pada 2 Mei ini, memang tak dinafikan raut wajah Ziana Zain mirip selebriti cantik antarabangsa, Jennifer Lopez atau JLo.
Apatah lagi ketika Ziana bercuti ke Amsterdam pada awal Mac lalu. Walau bergaya santai, kakak Anuar Zain ini menerima pujian peminat yang berkali-kali menyamakan wajah cantiknya persis ‘kembar’ JLo.
Mengamati foto percutian Ziana atau mesra disapa Kak Gee yang dikongsikan di media sosial miliknya, memang terserlah kejelitaan pelantun lagu Madah Berhelah tersebut.
Baca https://www.nona.my/makan-snek-sayur-buah-segar-jika-lapar-serta-elak-kafein-petua-jlo-fit-usia-53/
Meskipun sudah berusia 50an, keanggunan dan wajah awet muda Kak Gee kekal mempersona. Lebih mengujakan, foto terbaharu yang dimuat naik Ziana juga menampakkan susuk tubuhnya yang kian ramping.
Menyarung busana indah rekaan Datuk Bernard Chandran, Ziana meluahkan rasa teruja dalam kembali membuat persembahan di Persada Budaya, Wisma Geylang di Singapura baru-baru ini.
Dalam pada itu, penyanyi kelahiran Melaka ini turut bakal mengadakan Konsert Raya Sepanjang Zaman yang akan berlangsung pada 6 Mei ini di Dewan Filharmonik Petronas.
Antara barisan artis lain yang menjayakan konsert tersebut termasuk Bob Yusof, Datuk Hail Amir dan Sanisah Huri.
Sudah pun bergelar penyanyi sejak tiga dekad lalu, Ziana atau nama sebenarnya Siti Roziana pernah mendirikan rumah tangga bersama Armin Zaharin pada tanggal 9 Mei 1998.
Bagaimana pun mereka bercerai pada tahun 2018. Hasil perkahwinan itu, Ziana dikurniakan empat cahaya mata iaitu Muhammad Aiman dan Muhammad Ammar serta pasangan kembar, Muhammad Ariel dan Siti Nur Kaseh.
This website uses cookies.