“Macam Raja Ema Masa Muda!” Nampak Remaja Walau Dah Masuk 40, ZARINA ZAINOORDIN Bahagia Hidup Solo!

Pelakon dan penyanyi, Zarina Zainoordin sememangnya tidak asing lagi dalam arena seni tempatan. Memulakan karier seni selaku bekas peserta program realiti TV Akademi Fantasia Musim kedua, walaupun kariernya ada pasang dan surutnya, Zarina kekal optimis dan sentiasa tenang dan ceria menjalani kehidupan.

Namun siapa menyangka, di usianya hampir menjengah 40-an, Zarina turut tidak menyangka yang dirinya masih solo dan berstatus bujang. Menurut sumber Harian Metro, dia pernah menjalin percintaan dari zaman sekolah lagi namun sampai sekarang masih belum mendirikan rumah tangga.

Zarina turut mendedahkan dalam kalangan ahli keluarganya, tinggal dia sahaja yang masih belum mendirikan rumahtangga.

“Adik bongsu dah ada tiga anak. Anak-anak buah pun ada yang dah bertunang. Namun saya bersyukur keluarga dan kawan-kawan okey. Saya elakkan orang yang suka kepoh hal orang. Tapi kalau orang tanya, saya jawab macam biasa. Kalau rasa sakit telan sahaja,” jelasnya.

BACA JUGA: Ibarat Tak Menua, Ahli Dermatologi Dedah Rahsia Awet Muda JENNIFER LOPEZ Anggun Di Usia 53 Tahun

Walau bagaimanapun, bintang  filem Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan itu memaklumkan dia sudah mempunyai teman istimewa yang dikenalinya sejak 10 tahun lalu. Pun begitu, dia dan pasangan yang berusia 52 tahun itu masih mencari waktu yang sesuai memandangkan sibuk dengan kerjaya masing-masing.

Selain soal perhubungannya, turut menarik perhatian warga maya adalah wajah Zarina yang kekal nampak awet muda walaupun sudah masuk umur 40 tahun. Rata-rata peminat Zarina turut memuji akan kecantikkan wajahnya.

Ibarat tidak di mamah usia dan semakin muda, ada juga yang samakan wajahnya dengan pelakon Raja Ema ketika muda dahulu yang cukup antik dan menawan. Sama-sama kita doakan agar Zarina cepat-cepat naik pelamin nanti, insya allah!

Kredit foto: Instagram @zarinazainoordin

***

Majalah Nona juga ada di Telegram. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Jemput sertai sekarang –> https://t.me/majalahnona

***

Share
Published by
Wan Firdaus