Beruntungnya Datuk Sheila Majid dikurniakan rupa paras awet muda dan tak makan dek usia. Genap berusia 58 tahun pada 3 Januari lepas, isteri Hasridz Murshim Hashim atau lebih dikenali sebagai Acis kelihatan sihat bertenaga dan cantik dalam kelas tersendiri.
Melihat susuk tubuh kecil moleknya pasti ramai tidak sangka Datuk Sheila bakal menghampiri usia 60.
Dari awal pembabitan dalam dunia hiburan, Ratu Jazz ini tidak sekadar menghiburkan peminat dengan kelunakan suara. Malah dikagumi kerana pandai jaga badan dan kekal menawan.
Tidak hairanlah pada usia lewat 50an, Datuk Sheila memiliki stamina yang baik kerana dia mengamalkan gaya hidup sihat dengan bersenam. Menerusi perkongsian di media sosial, figura ini dilihat aktif dengan rutin senaman pilates.
Bukan itu saja, Datuk Sheila juga amat menitikberatkan soal diet makanan. Memetik kenyataannya kepada media tidak lama dulu, jelitawan ini menjadikan ibunya sebagai idola terutamanya dari segi penyediaan makanan berkhasiat.
“Saya amalkan perkara yang sama untuk keluarga, Hanya sekali-sekala saja saya benarkan anak-anak menikmati makanan ringan.”
Datuk Sheila merupakan antara selebriti yang selesa tampil tanpa solekan tebal di wajah. Selain memastikan mekap tidak berada di wajah mulusnya terlalu lama.
Penyanyi yang popular dengan lagu Sinaran ini mendirikan rumah tangga dengan pengarah dan penggubah muzik, Datuk Hashridz Murshim Hassim serta dikurniakan dua cahaya mata iaitu Khadeja Zaireen Murshim dan Khalefa Laila Murshim.
Anak lelaki selamat jadi suami https://www.nona.my/sambut-menantu-sulung-wajah-awet-muda-datuk-sheila-majid-di-majlis-kahwin-anak-tarik-perhatian/
Terdahulu, Datuk Sheila pernah berkahwin dengan Roslan Aziz dan mempunyai dua cahaya matai aitu Wan Nur Khaleda dan Megat Abdul Majid.
This website uses cookies.