8 Jun lepas genap 24 tahun usia pelakon cantik, Elisya Sandha! Walau masih muda tapi adik kepada Fasha Sandha ini matang orangnya. Mengikut jejak langkah kakak sebagai anak seni, lakonan Elisya sentiasa menjadi perhatian penonton dan bakatnya sebagai pelakon juga tidak perlu dipertikai lagi.
Berkongsi momen hari lahirnya baru-baru ini, Elisya berkata, “On this date 24 years ago my mother go through pain to give birth to me, thank you mama
Also at 24 years old I macam tak percaya I dah ada anak, family sendiri and this is all Allah’s plan for me, beyond grateful Alhamdulillah.”
Artikel berkaitan https://www.nona.my/rajin-masak-macam-mentua-elisya-sandha-akui-suami-suka-masakan-buka-puasa-di-rumah-je/
Elisya mendirikan rumah tangga bersama anak lelaki Sheila Rusly, Uzair Haqimy atau dikenali sebagai Haq pada 21 Ogos 2021.
Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan seorang anak perempuan yang diberi nama Bunga Elhaq. Bayi comel ini selamat dilahirkan pada 18 Jun 2022 dan bakal menginjak usia setahun.
Kongsi Elisya kepada Nona dalam temu bual eksklusif coverstory digital Jun 2022, dia berharap dapat mempunyai tiga hingga empat orang cahaya mata.
“Kalau boleh rancang nak tiga ke empat orang anak je. Keluarga saya ramai, saya ada enam adik-beradik dan dah ada lapan anak buah. Suami pula quite small.
Jadi untuk ada tiga ke empat orang tu dah memadai. Memang saya ada banyak impian dan boleh achieve
sebab sebab muda lagi. Ada orang kata pregnant muda-muda ni sayang. Susah nak dapat apa yang saya nak.Saya rasa tu salah sebab rezeki semuanya datang dari Allah dan rezeki tu akan datang bersama usaha. Saya akan berusaha ke arah tu sambil ada anak di sisi. Saya nak jadikan anak tu sebagai semangat untuk saya capai impian yang belum tertunai.”
This website uses cookies.