Boleh dikatakan emosi semua penonton siaran langsung konsert Minggu Ke-5 Gegar Vaganza 4, malam tadi, masih lagi terganggu dengan ucapan Elyana yang tersingkir.
“Saya adalah pesakit kanser tahap 4 dan saya masih boleh lagi berdiri di sini…” ucapnya dalam nada tertahan.
Pengakuan Elyana ketika memberi ucapan terakhir itu mendedahkan keadaan dirinya yang kini sedang menghidap kanser di tahap 4.
Elyana atau Erneelya Elyana Emrizal, 30, melalui akaun Instagramnya pada dua hari lepas memuatnaik sekeping gambar menunjukkan kotak set lengkap pengurusan jenazah yang mengundang misteri tentang motif sebenar perkongsian tersebut.
Misteri akhirnya terlerai apabila Elyana sendiri membuat pengakuan mengejutkan ini, sekaligus membayangkan bagaimana dia reda dan ‘bersedia’ menerima ujian-Nya.
Penyakit kanser limfoma juga mengingatkan Nona kepada penceramah bebas, Ustaz Mohd Hanafiah Abdul Malek yang turut disahkan menghidap penyakit yang sama. Beliau telah pun menjalani pembedahan membuang sel kanser itu pada bulan Februari 2017.
Awal tahun lalu, Nona sendiri menemu bual beliau sambil berkongsi dua tip yang boleh memberi kekuatan kepada pesakit-pesakit yang sedang berjuang melawan penyakit kanser.
Cara ini yang beliau praktikkan untuk diri sendiri dan kesannya Ustaz tak merasakan kanser sebagai satu beban. Sebaliknya satu nikmat yang indah daripada Allah.
Semoga Elyana boleh menyerap semangat Ustaz Hanafiah ini agar terus bersemangat dan berjuang meneruskan kehidupan!
(1) Syukur
Sepuluh tahun lalu, saya cuma sakit, demam panas dan kerap muntah atau buang air besar berdarah. Bila disahkan kanser pada 31 Januari, saya tak rasa apa. Ini adalah hadiah terbesar daripada Allah. Bila hadiah, ini mesti ada sesuatu yang indah daripada Allah. Saya terima hadiah ini dengan hati yang bersyukur.
Bila saya bersyukur, Allah tambah nikmat. Allah tidak berbohong kerana Allah merupakan Tuhan yang bercakap benar. Nikmat yang Allah beri ini ada kemanisannya.
Suatu malam ketika saya operation buang kanser, saya koma selama 4 hari. Tapi setiap kali orang azan, saya akan tersedar dan mendirikan solat. Kemudian, saya pengsan balik. Ketika koma, saya hanya rasa yang saya berada dalam keadaan tawaf. Saya nampak Kaabah.
Sepanjang itulah saya berasa manisnya berada dalam keadaan tawaf. Inilah yang saya kata, hadiah daripada Allah. Hadiah yang sangat indah. Bila saya bersyukur, Allah tambah nikmat. Allah sembuhkan penyakit saya.
(2) Jangan Stres
Barangsiapa yang kufur, azab Allah amatlah pedih. Ia bukan saja azab di Padang Mahsyar atau dalam kubur. Azab kanser yang Allah beri ini boleh mengundang stres. Terseksa jiwa rasa bagai dalam penjara yang penuh dengan penyeksaan.
Kalau tak nak stres, bersyukurlah. Orang yang bersyukur jiwanya lapang, hatinya tenang. Jangan sekadar jadi orang yang sabar. Kerana orang sabar ada batasnya. Orang yang bersyukur pula ‘they make Allah happy’.
Dia akan gembirakan Allah dengan sifat syukurnya itu. Sebab itu Nabi pernah kata, berapa ramai umat aku boleh bersabar bila ditimpa musibah tetapi terlalu sedikit yang bersyukur bila diberi nikmat.
Posted by Hamizatul Maizan Mohamed on Wednesday, 7 June 2017
Posted by Hamizatul Maizan Mohamed on Wednesday, 7 June 2017
Posted by Hamizatul Maizan Mohamed on Wednesday, 7 June 2017
Tentang Kanser Limfoma
Separuh daripada kejadian kanser darah adalah kanser limfoma atau kanser limfa. Limfa adalah sistem berangkai yang terdiri daripada nod limfa di leher, bawah ketiak, celah peha, dada dan perut, sistem limfa bertindak mengeluarkan cecair berlebihan dari badan dan juga membina sistem imun badan.
Sel darah putih yang abnormal (sel kanser) akan membelah dan berkumpul dalam nod limfa, lama kelamaan kumpulan sel kanser ini akan menganggu sistem pertahanan tubuh.
Kanser limfoma bermula daripada sel darah putih yang dipanggil lymphocytes. Lymphocytes adalah faktor penting kepada sistem pertahanan badan.
Ia bergerak dan mengalir dalam jaringan sistem limfa yang tersendiri dari satu bahagian nod limfa ke nod yang lain. Lymphocytes mampu bergerak ke dalam sistem peredaran darah dan tisu sel badan untuk bertindak balas dengan serangan bakteria dan virus.
Kanser limfoma (lymphoma) terbentuk apabila sel Lymphocytes membiak dan membahagi dalam kadar yang tidak terkawal sehingga membesar dan membentuk tumor. Tumor ini akan membesar dan menjejaskan tisu dan organ badan yang masih sihat.
Golongan Yang Berisiko Mengidap Kanser Limfoma?
- Warga tua
- Lelaki
- Mengahadapi masalah auto-imun
- Pengidap HIV/AIDS
- Banyak memakan daging merah dan lemak
- Selalu terdedah kepada bahan kimia
Tanda-Tanda Kanser Limfoma?
- Nod limfa membengkak pada bawah ketiak, leher, atau celah paha.
- Demam
- Badan menjadi lemah dan keletihan
- Hilang berat badan
- Sentiasa berpeluh
- Sukar benafas dan sering sakit dada
- Gatal gatal pada kulit
- Ruam kulit
https://www.facebook.com/elyanasupporter/videos/371529883271892/
Persembahan Elyana turut mendapat pujian apabila dia kelihatan sangat menjiwai lagu Sepi (Yuni Shara) hingga menitiskan air mata. Semoga ibu kepada Cinta Sumayyah, 6, dan isteri kepada Khairul Anuar Husin ini kembali sembuh seperti sediakala, insyaAllah. Norzalina Mohd Alias