MADAMMU Dedah Sudah 2 Kali ‘Reject’ Gelaran Datuk “Dah Cukup Banyak Kah Sumbangan Kita Di Malaysia Ni..?”

Siapa yang tidak mengenali usahawan terkemuka, Eriyca Baiduri atau lebih dikenali sebagai Madammu, pengasas produk NOIR yng semakin terkenal, menjadi salah seorang perintis bangkit wanita menerusi perniagaan.

Dan baru-baru ini, menerusi rakaman sesi siaran langsung yang dikongsi oleh @nikzulaikha_noir, Madammu mendedahkan bahawa dirinya telah menolak tawaran untuk diberi gelaran ‘Datuk’.

@nikzulaikha_noir Inilah sebab kenapa ramai yang menjadikan madamu Idola, kerana Madammu sentiasa ada prinsip dan matlamat 💜💜 #erycabaiduri #ladynoirofmalaysia ♬ original sound – EikaNoir

Dilihat menjawab pertanyaan peminatnya yang bertanyakan mengapa tidak mahu gelaran ‘Datin’, ini respon Madammu. “Sebenarnya, Madammu macam ini… kita dah dua kali tolak tapi kitorang ini ada tujuan, ada matlamat, ada visi. Andai kata kitorang ini ambil Datuk (pangkat), cukup banyak ke sumbangan yang kita buat dekat Malaysia ini?

So, saya ada misi, memang saya lahirkan usahawan wanita di mana membantu menjana ekonomi negara tapi baru je dalam 50,000,” katanya.

Malah, Madammu mempunyai target tersendiri sebelum menerima apa-apa pangkat. “Saya target saya dapat capai 200,000 usahawan ataupun 150,000 usahawan baru saya akan fikir untuk ambil pangkat itu,” jelasnya lagi.

Bermula dari sebuah perniagaan kecilan di perkarangan ruang tamu, kini Madammu menerajui sebuah empayar kosmetik dan kecantikan dengan hasil jualan ratusan ribu menjadi inspirasi buat kaum wanita di luar sana. NONA mendoakan agar impian Madammu tercapai.

***

Majalah Nona juga ada di Telegram tau. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Jemput sertai sekarang –> https://t.me/majalahnona

***

Share
Published by
Wan Firdaus