Gaya Hidup

Magis Kombinasi LEMON & MADU Untuk Kesihatan, Sangat Baik Mengawal Diet!

Setiap orang menginginkan badan yang sihat bagi mengimbangi kesibukan kerja di pejabat mahupun di rumah yang memerlukan stamina tinggi agar kekal cergas. Salah satunya amalkan meminum segelas jus lemon suam yang dicampur madu setiap hari. Manfaat kesihatan yang bakal diperolehi antaranya ialah membantu:

MENCEGAH KENCING KOTOR

Gangguan jangkitan di saluran kencing seringkali dialami oleh golongan wanita. Lakukan pencegahan dengan mengamalkan jus lemon bercampur madu suam secara teratur pada setiap pagi. Sediakan segelas air suam kemudian tambahkan sesudu madu dan perahan jus dari setengah biji lemon. Kacau rata dan minum terus sebelum ia sejuk. Minum setiap pagi ketika perut masih kosong.

MENINGKATKAN DAYA TAHAN BADAN

Tabiat pemakanan yang buruk boleh mengundang masalah pada sistem kekebalan badan. Salah satu akibatnya ialah mudah dijangkiti penyakit. Lemon dan madu membantu memperkuatkan sistem badan hingga memudahkan badan melawan bakteria, virus dan kuman. Kandungan madu memiliki antimikroba semula jadi yang menjadikan badan sihat.

MENCEGAH SELESEMA

Pakar kesihatan, James M. Steckelberg menjawab pertanyaan tentang penggunaan minuman lemon suam adalah cara terbaik untuk merawat selesema.

MEMBANTU PENCERNAAN

Ramai yang mempunyai masalah kronik dengan gejala seperti sembelit, kembung perut dan sebagainya yang sering mengganggu aktiviti mereka.  Lemon kaya dengan khasiat yang membantu tugas usus dalam membersihkan kotoran di badan seterusnya melancarkan proses pembuangan.

MENINGKATKAN KESIHATAN JANTUNG

Penyakit jantung adalah pembunuh utama di seluruh dunia serta ancaman terbesar bagi kesihatan. Minuman lemon madu sebelum makan mampu mencegah penyakit jantung koroner. Kandungan vitamin C akan melindungi otot-otot jantung akibat peradangan.

MENURUNKAN BERAT BADAN

Minuman lemon madu boleh menjadi cara semula jadi untuk menurunkan berat badan. Kajian terhadap wanita berusia antara 18-29 tahun dari kampus Naturopathy & Yogic Science dalam waktu singkat mampu menurunkan berat badan dan kolesterol.

DETOKS

Hidup di kota menyebabkan kita sering terdedah dengan kadar pencemaran yang tinggi sehingga menyebabkan ketahanan badan mudah diserang penyakit. Lemon membantu meningkatkan fungsi hati sementara madu memiliki sifat antiseptik semula jadi. AMY MOHD

 

Share
Published by
Suzi