Kekeluargaan

Mahu Belajar Secara Berperingkat, JASMIN SURAYA CHIN Akui Enggan Tertekan Soal Agama?

Sebut sahaja nama Jasmin Suraya Chin, pasti terbayangkan sosok tubuh genit, pelakon jelita berdarah Cina, yang lantang bersuara mengenai isu bantuan atau tajaan menyambung pengajian khususnya bagi mereka yang kurang berkemampuan.

Terdahulu, beliau juga pernah tular akibat timbulnya dakwaan bahawa dia suh menukar agama di India sedangkan, Jasmine pernah mengakui bahawa dia menghadiri kelas tahfiz anjuran rakan selebriti, Neelofa.

Pernah Berhasrat Mahu Jadikan Tahfiz Quran Pegangan Hidup

Jasmin mengakui bahawa pada mulanya, dia hadir dengan niat hanya untuk mendengar sahaja.

Namun, lama kelamaan rasa suka dan gemar menghadiri kelas tahfiz itu. Malah Jasmine merasakan ia merupakan satu perjalanan terindah dalam kehidupannya.

“Ketika saya menghadiri majlis sebelum ini, saya pakai pelitup muka kerana kalau boleh tak mahu orang kenal, duduk pun belakang. Cuma saya hadir sekadar untuk mendengar,” ujarnya.

“Saya belajar secara berperingkat. Saya rasa saya suka kerana ia jadi pegangan hidup,” kata Jasmine.

Tetapi NONA mendapati, hantaran berkenaan kenyataan ini telah dipadam dari laman Instagram milik Jasmine dan tidak dijelaskan mengapa dia berbuat demikian.

Tambah Jasmin lagi, jika dia harus memilih antara kerjaya dan agama, pilihan utama bagi Jasmine pastinya agama kerana ia penting untuk menentukan hala tuju dan kehidupan seseorang.

“Perubahan di dalam industri seni berubah dalam masa yang sangat cepat. Suatu hari kita berada di atas atau sebaliknya.

“Jadi, untuk memiliki sesuatu yang saya tidak ada dalam hidup (agama), bagi saya ia rasa selamat dan stabil seperti mempunyai arah,” ujarnya.

Ketika ditanya, setelah mendekatkan diri dengan majlis-majlis keagamaan, adakah dia akan melakukan penghijrahan? Ini respons Jasmine.

“Biarlah perlahan-lahan belajar. Saya sayangkan sesebuah agama itu, saya tak mahu prosesnya berlaku dalam keadaan tertekan,” jelasnya.

Bagaimanapun, terdahulu Jasmin menyifatkan bahawa isu keagamaan ini merupakan sesuatu yang amat Personal bagi dirinya, meskipun tidak mendapat tentangan mahupun halangan daripada ibunya.

Sekadar info, artikel ini merupakan artikel olahan semula dari Media Hiburan

Majalah Nona ada juga di Telegram. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Follow kami sekarang di SINI!

Sumber: Harian Metro, Media Hiburan, Mstar & Facebook Jasmine Suraya Chin

Share
Published by
Haifa Nasir