Meskipun pemakaian pelitup muka efektif untuk menghindari jangkitan COVID-19, namun ia didakwa boleh mengakibatkan masalah kulit khususnya di sekitar bibir. Bibir juga kelihatan kering apabila kita tidak menggunakan produk penjagaan bibir yang sesuai.
Bagi yang mengalami masalah bibir, boleh amalkan petua yang disyorkan oleh pakar dermatologi ini.
(1) Elakkan pakai pelitup muka selepas mekap
Pemakaian mekap seperti bedak asas, gincu dan pemerah pipi di sebalik pelitup muka boleh menyebabkan liang pori tersumbat sekaligus mencetuskan jerawat maskne
.(2) Sapu pelembap muka dan bibir
Sentiasa gunakan pelembap muka yang bersesuaian dengan jenis kulit dan juga pelembap bibir sebelum anda memakai pelitup muka.
(3) Buka pelitup muka empat jam sekali
Amalkan membuka pelitup muka setiap empat jam sekali selama 15 minit di tempat yang tidak sesak. Ini penting agar kulit dapat bernafas dengan baik.
TIP BIBIR RANUM
PRODUK PILIHAN NONA
Untuk bibir berkilau bak sentuhan kaca, oleskan Fenty Beauty Gloss Bomb edisi terhad sempena musim percutian ini. Didatangkan dalam empat warna baru, Cake Shake, Baby Brut, Taffy Tease dan Ruby Milk yang sesuai untuk semua warna kulit. Saiz mininya juga sesuai dijadikan hadiah buat wanita tersayang.
Bayangkan mekap berkelas tinggi tanpa tag harga yang tinggi. Olesan Milani Lip Plumper ini bukan saja melembapkan bibir malah menjadikan ia lebih mungil dan ranum. Tidak hairanlah begitu ramai beauty guru dan influencer terkemuka cukup menggemarinya.
This website uses cookies.