Penyanyi Najwa Latif nekad berhenti bekerja sebagai pensyarah buat sementara waktu untuk fokus kepada pengajian peringkat doktor falsafah (PhD).
Najwa atau nama sebenarnya Imratul Najwa Abdul Latif berkata, dia berdepan kesulitan untuk melakukan kedua-duanya dan nekad ambil masa berehat buat masa sekarang.
“Ya, saya berhenti kerja sebab nak fokus PhD sebab PhD saya tak bergerak, kerja pun terus-menerus. Memang rasa berat hati sangat sebab saya tak pernah tak kerja,” jelas Najwa yang baru-baru ini mendirikan rumahtangga pada 11 November tahn lepas.
Najwa yang berkongsi di IG storynya mengesahkan dirinya pernah dua kali menjadi penyarah, lima tahun di Unitar dan lima tahun di Unisel. Ditanya tentang perkembangan Phd nya, Najwa mengakui ‘masih jauh lagi’.
“Inilah kali pertama saya betul-betul rehat daripada bekerja. Penulisan PhD saya masih berjalan. Sudah hampir setahun dan saya kena korbankan kerja buat sementara waktu,” katanya menerusi sumber Harian Metro.
Malah, penyanyi Kosong turut berhajat untuk terus mencari peluang dalam kerjaya pensyarah selain aktif dengan kerjaya muziknya.
“Insya-Allah tahun depan saya akan kembali bekerja (pensyarah) semula. Nanti saya usaha cari kerja semula. Saya cuma perlu beberapa bulan untuk fokus (PhD) sekejap,” katanya.
Terdahulu, Najwa yang memiliki Sarjana Pengajian Bahasa Inggeris Sebagai Bahasa Kedua (TESL) di Universiti Malaya (UM) dan bertugas sebagai pensyarah Universiti Selangor (Unisel).
Ketika ini, dia masih dalam proses menjalani pengajian PhD dalam jurusan Pengajaran Bahasa Inggeris Sebagai Bahasa Kedua (TESL) di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).
***
Majalah Nona juga ada di Telegram. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Jemput sertai sekarang –> https://t.me/majalahnona
***
This website uses cookies.