Pertama kali ingin menerapkan dekorasi bermotif pada ruang kediaman mungkin akan menimbulkan rasa ragu serta kurang yakin. Ini kerana jika tidak mengetahui teknik-tekniknya yang betul ruang yang ingin diperindahkan itu pasti akan bertambah kurang menarik. Sebaliknya jika anda mengetahui cara yang betul untuk menghias ruang kediaman dengan dekorasi bermotif pasti anda akan lebih teruja untuk melakukannya.
Setiap gaya interior ruang mempunyai fungsi yang tersendiri. Contohnya, dalam aspek penggunaan karpet yang solid di samping lantai yang polos dapat menjadikan ruang terasa lebih neutral dan klasik. Sementara pola dan motif pada ruang dapat menjadikan hunian semakin terasa nyaman, lebih peribadi serta lebih ‘hidup’.
Cara paling mudah untuk menerapkan dekorasi bermotif ini ialah boleh dimulakan dengan sesuatu elemen yang kecil. Penambahan elemen dekorasi bermotif dengan tona warna yang senada sangat disarankan. Ia adalah lebih baik berbading warna yang terlalu jauh spektrumnya kerana ia hanya akan membuatkan ruang kelihatan terlalu berlebihan.
Berikut beberapa elemen dekorasi mudah yang boleh anda terapkan untuk dekorasi bermotif ini.
BANTAL
Elemen paling mudah untuk anda terapkan ialan dengan memilih koleksi bantal bermotif. Percayalah bahawa percubaan ini sangat mudah untuk anda lakukan kerana ia tidak memerlukan perbelanjaan yang terlalu banyak.
Letakkan beberapa jenis bantal bermotif ke perabot anda yang polos serta neutral contohnya ialah pada sofa dan katil untuk menarik warna ceria pada ruang. Sekiranya anda sudah memahami bagaimana untuk memilih motif serta warna yang sesuai, ruang kediaman anda pasti akan kelihatan lebih segar dan baharu tanpa memerlukan usaha yang besar.
KARPET
Setelah memilih bantal bermotif yang sesuai, karpet juga antara material terbaik yang dapat mengindahkan ruang kediaman tanpa kelihatan berlebihan. Motif klasik yang simetri dengan tona warna yang jelas merupakan cara mudah untuk anda mula memberikan sentuhan tekstur dan personaliti pada kediaman.
Anda masih tidak pasti di mana mahu meletakkan karpet? Mudah sahaja, letakkan sebuah karpet kecil di ruang masuk atau sudut-sudut paling selesa di rumah. Untuk ruang besar seperti bilik tidur dan ruang tamu, letakkan karpet berukuran sepadan.
KERTAS DINDING
Material yang kecil mampu memberikan sentuhan khas serta personal pada sesebuah kediaman. Contohnya ialah pemasangan kertas dinding yang motifnya dipilih dengan baik. Meskipun pengaplikasian kertas dinding memerlukan komitmen yang teliti kerana sifatnya yang mahal dan kekal, kertas dinding dapat mengubah ruang kecil yang kurang menarik menjadi sebuah ruang yang indah sekaligus memberikan keselesaan buat para penghuninya.
TIRAI JENDELA
Memperkenalkan motif pada bentuk yang vertikal pada kediaman tanpa menggunakan kertas dinding adalah dengan memilih kain bermotif untuk tirai jendela. Sebuah tirai dengan motif tebal berwarna akan memeriahkan lagi setiap ruang neutral sehingga kelihatan kontra dan menarik.
BILIK TIDUR
Pola dan motif pada ruang tidur adalah cara mudah untuk memperlihatkan kepribadian anda dalam suasana yang tenang. Pilihan ada pada selimut bermotif dengan kain cadar polos atau headboard yang bermotif.
KERAMIK
Keramik backsplash, lantai ubin dan dinding bilik mandi merupakan medium terbaik untuk menampilkan motif kepribadian anda. Membeli keramik berserta pemasangannya melibatkan kos yang banyak. Oleh itu, pastikan anda mempertimbangkan secara bijak pilihan anda itu. Tona warna dan motif klasik dapat menjadi awalan yang cukup mudah berbanding motif geometri dengan warna tebal.
LANGIT-LANGIT
Penambahan motif pada bahagian siling atau langit-langit merupakan cara yang mudah tetapi bukan sesuatu yang biasa pada sebuah dekorasi mahupun rekaan interior. Siling atau langit-langit yang eye catching sangat unik serta kelihatan lebih chic. Kebiasaannya anak-anak akan lebih gembira jika ruang kamarnya didekorasi dengan langit-langit bermotif di samping rekaan yang berani.