15 Julai lalu genap 29 tahun usia Erin Malek. Dia menceburi dunia seni sebagai pelakon seawal belasan tahun namun mengambil keputusan untuk memperlahan karier seni sejak mendirikan rumah tangga dan mempunyai anak. Walau menghampiri usia 30 tahun namun pesona Erin tetap memikat.
Makin menginjak usia, makin terserlah kejelitaan wanita ini. Namanya mula mendapat perhatian selepas membintangi filem Tentang Bulan sewaktu masih remaja. Malah Erin juga pernah bergelar juara program realiti Fear Factor.
Berkongsi foto terkini ketika menyambut ulang tahun kelahiran ke-29 bersama kenalan rapat, Erin tampil anggun dalam persalinan kemeja merah dan berseluar putih.
“29. Alhamdulillah blessed to see another year. Thank you for the lovely wishes and doas,
” tulisnya.Tak dinafikan sejak berkahwin dan bergelar ibu dua anak makin cantik berseri-seri! Bukan hanya langsing bahkan kulit wajah mulus Erin juga dikagumi ramai.
Ingat lagi temu bual Nona bersama jelitawan ini hujung tahun lalu apabila dia mendedahkan tentang amalan kecantikan selama ini.
“As you grow older dan saya pun dah dekat umur 30 tahun memang dah rasa badan dah lain sedikit. Terutamanya bila melibatkan soal nak turun berat badan yang agak susah. Jadi apa yang saya buat ialah memang dalam kalangan orang rapat tahu yang saya suka work out.
Selain work out, kena jaga makan dengan pengambilan diet sihat. Kadang-kadang ada juga cheat day. Tapi untuk jaga kesihatan dan penampilan kita, perlu makanan sihat, bersenam dan mengeluarkan peluh.”
Dia yang berehat dari dunia seni sejak mendirikan rumah tangga dengan pelumba kereta dan anak kepada usahawan empayar MOFAZ, Farriz Fauzy, bagaimanapun mengaku rindu untuk kembali berlakon.
Jelas Erin, sehingga kini dia masih menerima ‘lamaran’ berlakon dan terpaksa menolak memandangkan belum ada masa yang sesuai.
Buat sementara waktu dia aktif membuat content dan kempen produk di media sosial di samping masih mencari masa tepat untuk berlakon.
“Acting in TV belum lagi, inshaAllah soon. Alhamdulillah, rezeki tu masih lagi ada cuma nak cari masa yang sesuai agak susah untuk saya sekarang ni. Bagaimana pun jika ada masa yang betul-betul tepat untuk saya kembali berlakon, I’ll be back!”
Berkongsi pandangan mengenai pemakaian hijab pula, Erin mendedahkan dia gembira melihat lebih ramai wanita mengenakan tudung dan dalam masa sama mendoakan agar mereka kekal istiqamah dalam penghijrahan tersebut.
“Kita sebagai individu hanya mampu merancang dan selebihnya mendoakan mereka agar berkekalan. Dari segi gaya, bagi saya tak perlu keterlaluan. Cukup dengan sedap mata memandang tak perlu overdressed.
Especially bila kita dah berhijab ni, untuk kita nak nampak cantik dan selesa memang sangat susah. Apa yang saya boleh nasihatkan, pakailah pakaian yang selesa yang melambangkan imej hijab.”
Erin Malek sah bergelar isteri Farriz Fauzy pada tahun 2014 dan dikurnikan dua orang anak iaitu Mohamed Faliq Mohamed Farriz dan Nur Aisha Mohamed Farriz.
Artikel berkaitan https://www.nona.my/manis-berhijab-nampak-remaja-penampilan-sopan-fatin-afeefa-bertudung-litup-raih-pujian/
This website uses cookies.