28 Mac nanti, genap 51 tahun usia Datin Maria Farida. Meskipun pada awalnya beliau agak segan untuk berkongsi usia sebenar, namun kerana enggan menyembunyikan hakikat tersebut daripada pengetahuan para peminat… aktres jelita ini akhirnya akur. Mengakui mula merasai perubahan diri yang dialaminya saat ini, Datin Maria bagaimanapun melahirkan rasa syukur kerana masih diberi rezeki kesihatan yang baik.
Kagum dengan susuk tubuh langsing dan rupa paras yang tak makan dek usia, persoalan tentang amalan petua sihat dan cantik lantas diajukan kepada beliau. Tenang menjawab pertanyaan berkenaan, isteri Datuk Rahman ini sambil tersenyum membuka bicara.
“Jujurnya, saya jenis wanita yang suka makan. Termasuklah coklat. Tak ada petua tertentu pun yang saya amalkan. Pendek kata, semua makanan saya ambil dan tak ada sebarang pantang-larang. Nak kata saya rajin workout
pun tak juga sebab kebanyakan masa, saya sibuk uruskan bisnes dan sampai rumah dah rasa penat. Tak sempat nak workout,” telus usahawan kosmetik ini yang mempunyai berat berat 54kg.Pelik juga macam mana Datin Maria Farida boleh kekal ramping dan menawan walau bakal cecah umur 50 tahun. Iyalah, kebanyakan wanita akan pergi ke gym untuk maintain langsing tapi lain pula caranya bagi pelakon Anak Mami Nasi Kandaq ini.
“Rutin harian saya, kalau ada dekat rumah memang saya tak bermekap atau dress up. Di rumah, saya adalah isteri dan juga ibu kepada anak-anak yang pergi ke kolej serta masih bersekolah. Setiap pagi saya akan sediakan sarapan untuk mereka dan sediakan untuk lunch pula. Siap semuanya, saya pergi beli barang keperluan dapur dan uruskan hal rumah yang lain sampailah ke malam. Macam rutin ibu-ibu lain juga,” ujar pemilik label MF Cosmetique ini lagi.
Mungkin, rutin harian inilah yang menjadi rahsia Datin Maria Farida kekal sihat dan langsing. Iyalah, tugas ibu dan isteri dekat rumah sememangnya meletihkan. Menyifatkan dirinya seorang yang ringkas, “Kalau keluar rumah beli groceries pun saya tak pakai mekap. Unless ada shooting, make up artist dah siap cantikkan kita from head to toe.
Memang tak ada petua tertentu untuk jaga kulit dan sebagainya. Bagi saya, apa yang saya dapat hari ini ialah gen dari nenek moyang. Lagi pula kulit saya jenis yang sensitif. Saya hanya boleh guna skin care yang light saja dan bukan anti aging. Saya bersihkan muka pun dengan wet tissue saja sebab kulit saya alah dengan toner, serum dan anti aging. Kalau salah pakai boleh buat muka gatal-gatal dan naik merah.”
Sibuk dengan mengembangkan perniagaan kosmetik miliknya, Datin Maria Farida berkata, “MF Cosmetique ini all in one. Ada eye shadow, blusher, lipstick, eyeliner, eye brow, highlighter… hanya dalam satu palet. Dunia perniagaan ini memang mencabar. Ada masa kita di atas dan kadang kala di bawah.
Jadi cabaran yang terpaksa saya lalui sekarang adalah untuk mendapatkan lebih ramai agen dan stokis memandangkan produk saya ini masih baru di pasaran. Bukan mudah hendak bahagikan masa di antara kerjaya usahawan dan aktres. Tapi alhamdulillah, ramai yang menyokong dan membantu.”
Foto: Instagram Datin Maria Farida
This website uses cookies.