Berita

“Maintain Macam Usia 20an Je,” Rai Hari Lahir Anak Sulung Ke-15, Wajah Nora Danish Raih Perhatian!

Tahun ini, pelakon cantik Nora Danish menginjak usia 42 tahun. Tapi kalau lihat wajah isteri Nedim tersebut macam tak menggambarkan usia sebenar pun. Dari awal kemunculan Nora dalam industri seni dan membintangi drama Puteri sampai sekarang, ibarat tak berubah muka. Awet muda!

Terbaharu, Nora memuat naik gambar mereka sekeluarga menyambut kehadiran tahun 2024. Bukan hanya meraikan tahun baharu, Nora turut menyambut ulang tahun kelahiran anak sulung iaitu Putra Rayqal Ramli Rizal Ashram.

Diam tak diam, satu-satunya anak tunggal Nora hasil perkahwinan pertamanya dengan Toh Muda Datuk Rizal Ashram atau lebih dikenali sebagai Jejai ini meniti usia 15 tahun.

Artikel berkaitan https://www.nona.my/jejai-dapat-gelaran-datuk-bapa-3-anak-ini-segak-ditemani-ibu-bapa-terima-darjah-kebesaran/

Kredit Instagram @noradanish
Kredit Instagram @noradanish
Kredit Instagram @noradanish

Kongsi Nora, “Early birthday celebration for my eldest. He is going to be 15 on 7th January. Dia balik KTJ (Kolej Tuanku Ja’afar) on the 3rd. Sob sob! Sebab tu celebrate awal. We love you sayang. Love you love you love you my forever baby.”

Rayqal menyambung pengajian di Kolej Tuanku Ja’afar di Mantin, Negeri Sembilan sejak tahun 2021.

Kemasukan Rayqal ke sekolah persendirian berkelas tinggi berkenaan pernah menjadi bualan hangat warga maya memandangkan harga yuran persekolahan di sekolah itu dikatakan mencecah harga sebidang tanah.

Kredit Instagram @noradanish
Kredit Instagram @noradanish
Kredit Instagram @noradanish
Kredit Instagram @noradanish

Turut kelihatan meraikan hari lahir Rayqal ialah bapa tiri, Nedim, adik-beradik Rayqal, ibu dan ahli keluarga Nora Danish.

Selepas bercerai dengan Jejai, Nora mendirikan rumah tangga dengan Nedim Nazri pada tahun 2017. Hasil perkongsian hidup, pasangan romantis ini dikurniakan seorang cahaya mata lelaki iaitu Mohamed Neqayl Nedim berusia enam tahun.

Artikel https://www.nona.my/keakraban-fasha-sandha-nora-danish-curi-tumpuan-kejelitaan-kedua-duanya-buat-warga-maya-kagum/

Artikel https://www.nona.my/kunjungi-rumah-bekas-mentua-sempena-iftar-fasha-sandha-nora-danish-kongsi-momen-indah-keluarga-besar-meriah/

Kredit Instagram @noradanish
Kredit Instagram noradanish
Kredit Instagram @noradanish

Dalam temu bual bersama Nona tidak lama dulu ketika ditanya adakah susah baginya untuk sentiasa tampil cantik, ini jawapan jujur Nora.

“Susah, memang susah. Paling susah untuk saya nak jaga berat badan. Sebab lepas melahirkan anak makan sedikit saja tapi berat badan cepat naik.”

Share
Published by
Suzi