Bagaimana jika keseronokan bertemasya, bersemuka pakar, tonton demo, sertai workshop, beryoga malah membeli-belah, semua ini dan banyak lagi tiba-tiba berlangsung di rumah anda?
Pasti hebat, kan? Hadir dengan konsep norma baharu, sekarang kita tak perlu lagi bersesak-sesak ke ekspo pada musim COVID-19 kerana #mywellfair akan dibawa terus ke skrin PC bahkan ke genggaman tangan anda.
Buat julung kalinya, Majalah Nona serta beberapa jenama lain di bawah naungan Nu Ideaktiv bakal ‘berkampung’ di acara Wellness & Healthy Living Fair secara online, pertama seumpamanya di Malaysia.
Sebagai rakan media rasmi untuk acara online terulung #mywellfair, Majalah Nona menerusi virtual booth Nu Ideaktiv akan menemui anda secara eksklusif pada 24 – 26 Julai 2020 ini melalui sesawang www.mywellfair.com/.
Acara tiga hari tiga malam tanpa henti ini bertujuan untuk menyebarkan faedah kesihatan dan kesejahteraan diri secara menyeluruh, merangkumi aspek intelektual, kewangan, sosial, emosi serta fizikal anda.
Khusus untuk pengunjung #mywellfair, banyak aktiviti menarik yang boleh disertai di setiap booth, antaranya sesi webinar dengan pakar kesihatan dan kecergasan, ceramah nutrisi, aktiviti senaman dengan jurulatih peribadi, demo solekan, temu bual kesihatan dan banyak lagi.
Nona juga bakal mengisi slot yang disediakan dalam #mywellfair. Anda boleh semak atur cara di sini (klik link).
Tak rugi join #mywellfair tau, sambil tambah pengetahuan, anda juga dapat banyak tawaran hebat dan pengalaman baru dalam industri ni, secara virtual 3D!
Ads
Tandakan #mywellfair dalam kalendar ya…
24 – 26 Julai 2020
24 – 26 Julai 2020
24 – 26 Julai 2020
Jangan lupa temu janji anda dengan Majalah Nona. Kami tunggu anda di #mywellfair.Let’s meet online!
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Kalau tinggal di pusat bandar, dikelilingi pembangunan dan asap pencemaran, adakah kita yakin bahawa kualiti udara di rumah itu, bersih?
Khususnya kediaman berdekatan jalan raya dan kilang-kilang, atau mereka yang mempunyai ahli keluarga perokok.
Masalah asap dan debu hama yang bertebaran mesti diatasi demi menjaga pernafasan orang tersayang. Lebih-lebih lagi yang ada anak kecil.
Malah bukan itu saja, risiko penyebaran virus COVID-19 bawaan udara (airborne) juga dapat dikawal dengan penggunaan air purifier yang betul.
UDARA LEBIH MENYIHATKAN
Dalam pelbagai pilihan air purifier di pasaran, Nona tertarik dengan jenama Airfree® dari Eropah ni. Diedarkan secara eksklusif oleh FJ Benjamin, penggunaan air purifier semakin menjadi keperluan sejak jangkitan kes sporadik COVID-19 menjadi-jadi.
Sebagai alat pembersih udara mudah alih dan berkuasa tinggi, Airfree® mampu menyerap udara kotor dan mengeluarkannya semula dalam keadaan bersih.
Rekaannya yang kompak juga dicipta tanpa penapis agar mudah diselenggara. Hanya plug dan pasang, biarkan Airfree® ‘menebarkan’ udara bersih ke seluruh ruang.
Airfree® menjadi keperluan di setiap kediaman pada waktu pandemik
Sesuai digunakan dalam bilik si manja
Kesihatan anak-anak selalu menjadi keutamaan ibu bapa di rumah
Bila udara bersih, keluarga pun sihat!
TEKNOLOGI
Mengambil konsep air panas yang dijerang untuk memusnahkan mikroorganisma, alat pembersih udara Airfree® bukan calang-calang hebatnya.
Berdasarkan review pengguna air purifier di seluruh dunia, majoriti memuji tahap kebersihan udara mereka selepas menggunakan Airfree® di rumah.
Umpamanya Airfree® T40 yang bersaiz kompak. Ia sangat baik dipasang untuk pensterilan udara yang efisien di dalam kamar kecil.
Rekaan ergonomik menepati gaya hidup moden
Selain ruang tamu, air purifier juga sesuai diletakkan di kamar peribadi
Dengan teknologi Thermodynamic TSS™ yang dipatenkan, alat ini mampu menyingkirkan kulat, debu hama, bakteria, virus, debunga, kuman haiwan peliharaan, bauan organik dan alergen yang bertebaran di udara.
Ancaman virus COVID-19 bawaan udara atau sporadik juga dapat diatasi dengan teknologi saintifik di dalamnya.
Wah, lega!
Bila udara bersih, barulah tenang bekerja dari rumah!
Penghidap asma mahupun alahan udara juga boleh menarik nafas lega dengan kehadiran air purifier ini di bilik tidur.
Airfree® juga mengurangkan paras ozon berbahaya dan sesuai digunakan di ruangan rumah yang mudah tercemar kulat.
Teknologi senyap Airfree® juga cukup eksklusif, selain tidak memerlukan sebarang penapis atau penyelenggaraan yang rumit.
Nah, ternyata menggunakan alat pembersih udara yang baik sesungguhnya satu langkah yang bijak dan berbaloi sangat pada musim pandemik ni. Boleh layari website Airfree® (klik sini) untuk penghantaran terus ke rumah anda!
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Pemakaian pelitup muka kini diwajibkan setiap kali keluar rumah. Cuaca panas terik di luar pula membuatkan kulit jadi kemerah-merahan dan iritasi. Serba-salah jadinya! Tapi, tentu anda lega apabila masalah itu ada solusinya, kan?
Antara penyebab yang menjurus kepada kesihatan kulit terganggu adalah cuaca, amalan pemakanan, liang pori tersumbat dan terkini, mungkin disebabkan pengaliran udara yang terhalang akibat fabrik pemakaian pelitup muka yang tidak sesuai. Kita berpeluh lebih dari biasa dan hasilnya berpunca dengan kulit yang ‘breakout’.
Selain membuat pilihan pelitup muka berfabrik sesuai, apakata kita cuba ubah rutin penjagaan kulit. Jenama La Roche-Posay daripada L’Oreal mungkin boleh jadi ‘teman baik’ anda selepas ini agar memberikan ketenangan kepada kulit sensitif kamu. Kita mula dengan rutin Effaclar hari ini OK!
Tips La Roche-Posay untuk anda:
#1 Terdapat banyak koleksi topeng muka di pasaran. PILIH YANG TEPAT! Tentulah pelitup muka yang bermaterial lembut, sekiranya kulit anda sensitif.
#2 Gunakan pencuci gel untuk pembersihkan kulit sempurna dan pada masa yang sama mengekalkan keseimbangan pH. Anda MESTI CUBA Effaclar Purifying Foaming Gel Cleanser.
#3 Gunakan produk Serozinc yang mengandungi Zinc Sulfate untuk mengawal pengeluaran sebum dan mengurangkan ‘kemunculan’ liang pori.
#4 Pilih pelembap atau krim yang boleh membantu mengurangkan cela, kekal matte dan merawat kulit berjerawat dan bermasalah. Effaclar Duo+, Effaclar K+ atau Effaclar Mat boleh dimasukkan dalam senarai pilihan terbaik untuk anda.
Jadi biarkan masalah kulit menjadi isu utama anda. Jom kita mulakan hari ini dengan rutin penjagaan kulit baharu menggunakan rangkaian produk Effaclar untuk kulit sensitif anda!
Mulakan dengan Effaclar Purifying Foaming Gel. Produk ini membersihkan kotoran dan minyak berlebihan pada wajah sambil mengekalkan keseimbangan pH kulit. Ia terbukti mengurangkan kulit berjerawat!
Kemudian, gunakan produk Serozinc, oil blotter facial mist yang dihasilkan untuk memberi keselesaan pada kulit berjerawat, mengawal kilauan dan mengetatkan liang pori.
Akhiri rutin anda dengan salah satu daripada tiga pelembap ini; Effaclar Duo+, Effaclar K+ atau Effaclar Mat, bergantung kepada kondisi kulit anda. Setiap pelembap ini mempunyai keistimewaan tersendiri untuk ‘berperang’ dengan kulit bermasalah.
KELEBIHAN tiga pelembap ini yang anda perlu tahu:
Effaclar Duo+ (Untuk Kulit Berjerawat)
Pelembap anti-jerawat, anti-cela dan anti-pengulangan dengan Salicyclic acid serta LHA
Kesan yang boleh dilihat seawal 12 jam
Menyingkirkan cela, kesan tidak sempurna pada kulit dan memperbaiki liang pori tersumbat
Memberi keselesaan
Effaclar K+ (Untuk Kulit Berminyak)
Pelembap dengan Salicyclic acid. Ia anti-oksida dan anti-sebum selama lapan jam
Sesuai untuk kulit yang dengan bintik hitam, tekstur tidak sekata dan kilau berlebihan
Selepas penggunaan satu bulan, tekstur kulit menjadi lebih halus, liang pori tidak tersumbat dan kilauan pada wajah lebih terkawal
Terbukti anti-pengulangan terhadap kesan cela dan bintik hitam
Effaclar Mat (Untuk Kulit Normal ke Berminyak)
Pelembap kawalan sebum
Menghalang kilau pada kulit dan memastikan kulit sentiasa halus dan matte
Memberi keselesaan
Jadi, anda boleh terus tersenyum dan membuat pilihan tepat untuk kulit anda!
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Sekejap hujan lebat, sekejap panas berbahang. Menyedari perubahan cuaca yang tak menentu, penampilan wanita juga harus ekstra termasuklah memakai pakaian dalam yang ringan, nyaman dan selesa dipakai sepanjang hari seperti koleksi terbaharu Triumph Tri-Air Lite ini.
Seperti kekapas yang terapung-apung di udara, wanita juga mahu bebas – lincah bergerak dan selesa beraktiviti. Kerana itu sehelai pakaian dalam begitu istimewa, yang seharusnya menyempurnakan hari dan menambah keyakinan diri.
Seperti fitrah wanita yang diciptakan dengan keistimewaan tersendiri, Triumph Tri-Air Lite tampil dengan ciri-ciri ideal yang menepati gaya hidup wanita moden di Malaysia. Sentiasa sibuk dan ligat bekerja, mengurus rumah tangga.
Diri anda sangat berharga, harus dijaga dan dimanja. Semak 5 ciri hebat Triumph Tri-Air Lite ini, bukti ianya rekaan bra push-up terbaik – lembut dan ringan rasanya, seperti memakai bra lapisan kulit kedua!
(1) Tambah Satu Saiz Mangkuk Bra
Di antara kelebihan wired bra push-up yang ringan dan menyamankan ini adalah inovasi teknologi kusyen udara untuk keselesaan maksimum, sokongan penuh dan pemakaian lebih segar.
Dengan teknologi push-up yang dipermajui, bra ini terhasil daripada bahan Fiberfil kitar semula yang menjanjikan kesan sokongan push-up paling ringan dan semula jadi.
Anda juga dapat menikmati perasaan lebih feminin dengan payudara penuh. Ciri ini sekaligus membentuk payudara yang lebih ‘berisi’, iaitu satu saiz mangkuk lebih besar dengan lurah dada yang lebih dalam dan terbentuk indah. Barulah rasa yakin untuk bergaya!
(2) Rekaan Bra Moden & Mudah Dipakai
Memahami jiwa wanita yang feminin dan sukakan kecantikan, koleksi Triumph Tri-Air Lite direka lebih moden, seiring trend semasa dan selesa dipakai.
Terdapat dua gaya bra yang ditampilkan iaitu Deep-V dan wireless. Tiap satunya hadir dengan seluar dalam sepadan dalam rekaan cheeky, hipster dan mini. Rekaan elastic band sebagai perincian pinggang seluar dalam jenis hipster dan mini memberi fashion statement tersendiri.
(3) Sensasi menyejukkan
Menyedari cuaca panas yang membuatkan badan cepat berpeluh, koleksi ini direka dengan material yang menyamankan kulit, sekaligus membuatkan anda lebih lincah, nyaman dan yakin beraktiviti. Ia dihasilkan daripada fabrik ribbed yang mudah meregang, boleh bernafas dan senang dikeringkan.
(4) Rekaan feminin
Salah satu koleksi Premium Joy turut menampilkan ciri inovasi mangkuk bra Triumph Tri-Air Lite yang dicantumkan dengan sulaman bunga-bunga yang romantis. Ringan dalam pelbagai warna feminin, walau tak nampak tapi nikmatnya terasa ketika memakai bra push-up ringan ni.
(5) Ideal untuk wanita aktif
Kedua-dua koleksi Triumph Tri-Air Lite kini boleh didapati di seluruh butik, gedung pasar raya terpilih dan platform website Triumph.com. Wanita yang menggemari fesyen juga boleh memilih pelbagai warna-warna musim panas yang ceria dalam pilihan saiz mangkuk B-C.
Rasailah kelainan Triumph Tri-Air Lite yang menawarkan sensasi pakaian dalam push-up nyaman dan menyelesakan, ringan serta menyokong payudara dengan maksimum.
Selama lebih seabad di pasaran, Triumph yang merupakan perusahaan keluarga amat dikenali sebagai pembuat pakaian dalam paling disegani. Jom dapatkan koleksi bra terbaik ini di sesawang https://my.triumph.com/pages/tri-air-lite (klik) atau kunjungi cawangan Triumph berhampiran untuk mencuba sendiri bra Tri-Air Lite Collection!
Boleh beli sebagai hadiah untuk diri sendiri atau wanita tersayang. Sempena bulan meraikan wanita ini, dapatkan lebih banyak info lanjut di media sosial Triumph di bawah:
Butik:
Mid Valley
Sunway Pyramid
101 City Mall Putrajaya
Pavilion KL
Pavilion Bukit Jalil
1 Utama
Department stores:
Parkson Grand Pavilion KL
Parkson Grand 1 Utama
Isetan KLCC
Isetan The Gardens
AEON Mid Valley
AEON 1 Utama
SOGO Seibu, The Exchange TRX
UTARA
Parkson Grand Gurney Plaza, Penang
SELATAN
Butik:
Mid Valley Southkey, Johor
Tebrau City, Johor City Square, Johor
Department stores:
Parkson Grand Mahkota Parade, Melaka
SABAH & SARAWAK
Butik:
Imago, Kota Kinabalu
Suria Sabah
The Spring, Kuching
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Nama Mimi Fly yang merupakan penyanyi kumpulan One Nation Emcees ini bukan lagi asing dalam industri seni tanah air. Malah, lagu dendangannya iaitu Angkat Kaki dan single raya ‘Serumpun’ baru-baru ini menjadi bualan ramai. Sekaligus melonjakkan populariti ...