Dalam kesibukan meraikan kedatangan Syawal, nampaknya Uyaina Arshad dan suami tersayang, Raja Syahiran turut mengadakan majlis akikah untuk putera sulung mereka, Raja Urhan Raja Syahiran.
Putera kesayangan Uyaina dan Raja Syahiran ini mempunyai nama yang unik dan maksud yang cukup baik selain sebutannya hampir sama dengan ibunya.
Menurut Uyaina, Urhan membawa maksud pemimpin yang hebat. Selain dekat dengan nama ibu Uyaina iaitu Noor Alhan, nama Urhan juga diambil bersempena nama Sultan Empayar Uthmaniyyah yang kedua iaitu Sultan Orhan Gazi. Semoga Raja Urhan membesar menjadi seorang khalifah yang baik di muka bumi ini dan dapat memberi kebaikan kepada ramai orang.
Memilih persalinan kuning sebagai tema majlis, majlis akikah tersebut diadakan serentak sambutan rumah terbuka Aidilfitri pasangan ini yang menyaksikan tetamu yang hadir terdiri daripada kaum keluarga kedua belah pihak dan beberapa rakan rapat mereka.
Lari dari tema rumah terbuka yang tipikal, Uyaina dan keluarga mempunyai cara tersendiri menghiburkan para tetamu yang datang berkunjung ke rumah terbuka dan majlis akikah putera tersayang.
Mana tidaknya, tetamu pasangan ini diserikan dengan persembahan tarian dari keluarga Uyaina yang mempersembahkan tarian Musang Berjanggut & Ketipang Payung versi Uyaina dan Raja syahiran.
“Keluarga Uyaina memang suka buat persembahan terutamanya jika ada majlis keluarga. Apabila berkahwin dengan Syahiran, keluarga dia pun semangat buat persembahan untuk majlis keluarga. I am soooo happy
! Rasa we belong together sangat,” ujar Uyaina dalam posting Instagram miliknya.Uyaina dan keluarga mengambil masa satu hari untuk mempelajari teknik tarian dan ia merupakan momen indah sekeluarga yang menjadi kenangan mereka bersama.
This website uses cookies.