
Linda Onn telah mengadakan majlis cukur jambul untuk puteri sulungnya, Ungku Zara. Majlis diadakan serba ringkas dengan hanya menjemput kumpulan marhaban dan pihak keluarga terdekat. Tiada pelamin dan dekorasi majlis seperti kelaziman majlis cukur jambul. Linda Onn memilih untuk mengadakan majlis serba ringkas dan sederhana.
Penyampai radio terkenal ini telah selamat melahirkan bayi sulungnya pada 24 Februari 2018. Berikut dikongsikan sekitar majlis cukur jambul Ungku Zara.




Sumber: Instagram Linda Onn
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Cemburu Tengok Kulit Licin Sekata Nana Mahazan. Patutlah Dia Makin Hari Makin Cantik! INI RAHSIANYA

Orang perempuan terutama wanita yang sudah bergelar isteri dan ibu memang kena pandai jaga badan. Pendek kata, dari hujung rambut ke hujung kaki harus sentiasa nampak perfect. Suami makin sayang dan diri pun bertambah-tambah yakin.
Kalau hendak bandingkan Nana Mahazan masa pertama kali sertai Akademi Fantasia dengan sekarang, memang banyak bezanya. Boleh dikatakan sejak dia berkahwin dengan Raqeem Brian makin kelihatan berseri-seri.
Paling membuatkan Nona cemburu apabila melihat kehalusan kulit Nana. Sehalus kulit sihat dua orang anaknya, Aaqib dan Althea.
Nana yang juga hos TV mengakui dia cukup menitikberatkan penjagaan kesihatan kulit diri dan keluarganya dengan menggunakan produk mandian terbaik.
Malah setelah seharian bekerja, Nana tak sabar untuk bereksfoliasi dengan formulasi Dettol Deep Cleanse yang kaya dengan 100% aprikot semula jadi skrub manik mikro untuk pengelupasan sel kulit mati dan memiliki bauan manis.

Katanya, kulit badan terasa bersih serta-merta dan mindanya segar. “Saya bekerja di lokasi yang berbeza-beza dan ini meningkatkan lagi pendedahan kulit saya kepada kuman.
Saya sentiasa suka akan eksfoliasi untuk menghapuskan kotoran dan daki namun saya risau tentang skrub yang terlalu kasar untuk kegunaan setiap hari.
Bayangkan kegembiraan saya apabila mengetahui Dettol Deep Cleanse mampu melakukannya tanpa mengeringkan kulit saya! Kini saya dapat melakukan skrub badan tanpa sebarang kerisauan.”

Pakar Dermatologi dan Pakar Estetik, Dr. Abrizah Ousman pula menjelaskan para ibu perlu menggalakkan keluarga membersihkan diri secara mendalam agar dapat mengurangkan risiko masalah kulit memandangkan pencemaran dan kehadiran bakteria di sekeliling.
Penanggalan sel kulit mati menerusi eksfoliasi turut meningkatkan keserian dan kesihatan kulit.
“Kita hidup dalam persekitaran yang terdedah kepada kotoran, debu, daki, peluh, pencemaran serta kuman yang boleh menyebabkan masalah kulit.
Oleh itu, inovasi terkini Dettol yang mengandungi eksfoliasi dapat membantu menanggalkan sel-sel kulit mati untuk pembersihan mendalam y ang mampu meningkatkan kesihatan kulit,” kata Kim Minyoung, Pengurus Kategori Pemasaran RB Malaysia dan Singapura. Suziana Abu Daud
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Aroma GINGERBREAD LATTE Bakal Lengkapkan Sambutan Tahun Baru dan Krismas Kali Ini. Tak Percaya Jom Cuba!

Pasti ramai yang tidak sabar untuk meraikan musim perayaan Hari Krismas dan Tahun Baru dalam masa beberapa minggu lagi. Walaupun tahun ini telah membawa pelbagai cabaran, semangat perayaan yang semakin tiba dengan keluarga tersayang pasti menggembirakan. Berbekalkan hidangan Costa Coffee edisi terhad tahun ini yang pastinya menceriakan, Costa mengajak rakyat Malaysia untuk menyebarkan semangat perayaan dan ‘Savour the Season’. Jadikan musim perayaan hujung tahun ini penuh dengan detik-detik lebih bermakna, tidak kira besar atau kecil.
Costa mula beroperasi dan menambat hati rakyat Malaysia sejak 2016 dan berjaya menyentuh hati rakyat Malaysia sebagai jenama kopi yang membawa kenangan manis dari London. Sehubungan itu, Costa amat berbangga untuk melancarkan program Costa Rewards yang memberi peluang peminat Costa untuk mendapatkan barangan koleksi eksklusif Costa sempena dengan musim perayaan akhir tahun ini. Koleksi terhad ini boleh diperolehi dengan hanya membeli lima cawan kopi Costa dalam jangkamasa sehingga 31 Januari 2021 dari mana-mana rangkaian Costa Coffee di seluruh negara.

Antara barangan eksklusif koleksi ini termasuklah Beg Tote Krismas Costa yang tersedia dalam dua warna menarik, “burgundy red” atau “teal blue” untuk pilihan semua. Ikuti berita dari Costa untuk mengetahui koleksi yang akan dikeluarkan secara berkala, menjelang tibanya Hari Krismas.
Berikutan tema ’Savour the Season’, Costa telah menyediakan pelbagai minuman edisi terhad untuk dinikmati semua sempena musim perayaan ini. Bermula dari 20 November, orang ramai boleh mendapatkan minuman Caramel Hazelnut Latte dan Caramel Hazelnut Hot Chocolate, tersedia panas atau sejuk, dihidangkan dalam cawan Costa edisi Krismas 2020 terbaru di semua mesin layan diri Costa Express di seluruh negara. Costa turut mengajak orang ramai untuk menikmati sesuatu yang baru, dan membawakan minuman Gingerbread Latte, juga tersedia panas atau sejuk bermula 1 Disember di semua cawangan Costa Coffee Stores sekitar Lembah Klang.

“Adalah kebiasaan rakyat Malaysia untuk meluangkan masa bersama keluarga dan rakan terdekat menjelang musim perayaan. Sungguhpun keadaan adalah berbeza sekarang dengan Perintah Kawalan Pergerakan, Costa tetap mahu memberikan rakyat Malaysia sebab untuk meraikan musim perayaan dan menghargai saat-saat ini bersama. Tema ‘Savour the Season’ tahun ini mencerminkan saat-saat tersebut yang boleh dikongsi dengan secawan kopi Costa – sama ada dari mesin layan diri Costa Express atau dari cawangan Costa Coffee Stores bersama dengan keluarga dan rakan-rakan. Tahun ini merupakan kali pertama kami melancarkan program Costa Rewards secara digital untuk meraikan setiap kejayaan Costa dan memberikan ganjaran kepada rakyat Malaysia yang telah menyokong kami selama ini.” kata Lim Ju Lee, Pengurus Pemasaran, Costa Express Malaysia.

Program Costa Rewards ini merupakan inisiatif oleh Costa dan merangkumi semua pembelian dari mana-mana mesin layan diri Costa Express dan cawangan Costa Coffee Stores di seluruh negara. Program ini akan diperbaharui secara berkala sepanjang tahun 2021 dan seterusnya.
Dapatkan barangan koleksi eksklusif Costa dari mesin layan diri Costa Express di Shell, Petron, Ximplicity dan K Grocer di seluruh negara, dan juga dari cawangan Costa Coffee Stores di 7 lokasi utama di sekitar Lembah Klang mulai hari ini. Kopi Costa juga boleh dipesan melalui perkhidmatan penghantaran makanan dari Costa Express dan juga cawangan Costa Coffee Stores. Tiada yang lebih baik selain daripada menikmati musim perayaan ini bersama minuman edisi terhad dari Costa Coffee, mulai dari 20 November 2020, sementara stok masih ada.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Anak, Menantu & Cucu ‘Pengganti’ Arwah Suami, Momen Wan Khair Amir Manja Dengan Datuk Mastura Cuit Perasaan!

Tersentuh tengok telatah comel dan momen istimewa Datuk Mastura Yazid di samping cucu kesayangan, Wan Khair Amir. Bila anak-anak sudah meningkat dewasa dan berkeluarga, pastinya cucu menjadi ‘buah hati’ kebanyakan nenek mahupun datuk. Tidak terkecuali bagi bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri ini.
Putera sulung Mira Filzah dan suami, Wan Emir Astar ini tentunya menjadi cucu kesayangan Datuk Mastura Tan Sri Mohd Yazid. Apatah lagi, Wan Khair Amir adalah cucu sulung!
Menerusi perkongsian di media sosial Datuk Mastura ada saja ‘terselit’ foto dirinya di samping Wan Khair Amir. Malah dalam salah satu posting, ibu tunggal empat anak ini meluahkan rasa kasih terhadap cucu tersayang.
“My love for you is infinite, my dear Khair Amir.”



Wan Khair Amir dilahirkan pada 10 Mei 2022. Mira Filzah berkahwin dengan Wan Emir Astar pada 3 September 2020.
Artikel berkaitan https://www.nona.my/mak-abah-family-very-proud-of-you-ibu-kagum-kejayaan-mira-filzah-jadi-anak-seni-usahawan-berjaya/
Artikel berkaitan https://www.nona.my/bergelar-ketua-eksekutif-ucam-ibu-mira-filzah-tampil-awet-muda-usia-56-tahun/
Sejak pemergian suami tercinta, Datuk Wan Mohammad Khairil Anuar Wan Ahmad ke rahmatullah pada 5 Mei 2016, keempat-empat anak lelaki Datuk Mastura menggalas tanggungjawab arwah suaminya.
Biarpun tiada lagi suami untuk menjadi tempat mengadu dan bergantung, Datuk Mastura positif menempuh hari-hari mendatang.



Malah, ke mana saja dia pergi pasti kelibat empat anak tersayang sentiasa berada di sisi. Menjaga ibu mereka dengan penuh kasih sayang dan perhatian, anak sulung Datuk Mastura yang juga suami Mira Filzah ini komited menggalas tanggungjawab sebaiknya.
Suami Datuk Mastura yang merupakan bekas Ahli Parlimen Kuala Kangsar dan Pengerusi Lembaga Minyak Sawit (MPOB) meninggal dunia dalam nahas helikopter di Sebuyau, Sarawak pada 5 Mei 2016.


Helikopter jenis Eurocopter AS350 itu berlepas dari Betong dalam penerbangan ke Kuching yang kali terakhir berhubung dengan menara kawalan setelah tiga minit berlepas.
Datuk Mastura dan Allahyarham Datuk Wan Mohammad Khairil Anuar dikurniakan empat anak lelaki iaitu Wan Emir Astar, Wan Imar Izzat, Wan Iskandar dan Wan Muhammad Amar.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!


