Sejak kebelakangan ini, ramai selebriti mengambil keberkatan menjamu rakan selebriti lain dengan menganjurkan majlis ilmu sebagai pengisian rohani serta mengeratkan ukhwah.
IKLAN
Kali ini, pasangan usahawan Asyraf Khalid dan Tya Arifin kali ini menjadi tuan rumah bagi sebuah majlis ilmu yang diadakan di kediaman mereka baru-baru ini.
.Majlis ilmu tersebut telah dihadiri oleh selebriti=selebriti tempatan antaranya termasuklah Neelofa yang hadir bersama suami, Haris Ismail, Abby Abadi, Linda Rafar, Datin Fouziah Gous, Izara Aisyah, Erra Fazira, Dato Ziela Jalil dan ibu mentua pasangan ini iaitu Dato Sri Siti Nurhaliza.
Majlis ilmu tersebut turut dihadiri oleh Ustaz Wadi Anuar selaku penceramah jemputan khas pasangan selebriti ini. Menurut Ustaz Wadi, ia merupakan usrah kelima yang dianjurkan oleh beberapa selebriti ini.
IKLAN
Tya Arifin turut memuat naik sedutan siaran langsung majlis ilmu tersebut di laman Instagram miliknya.
IKLAN
Untuk rekod, Tya Arifin merupakan penerima anugerah The Most Promising Entrepreneur Award, Nona Superwoman Award 2020. Dia dan suaminya menjalankan perniagaan jamu Mutyara yang menempa kejayaan dalam tempoh yang singkat.
Semoga majlis ilmu seperti ini dapat menjadi sebahagian dari aktiviti selebriti untuk mendapat ilmu agama di samping merapatkan ukhwah antara satu sama lain.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Tiada angin tiada ribut, pelakon filem Wira Hairul Azreen hari ini mengumumkan beliau nekad untuk berhenti berlakon secara rasmi! Lebih sedekad dalam industri hiburan, pengumuman itu dikongsikan beliau ketika ditemubual menerusi radio Era.FM sebentar tadi.
Keputusan drastik ini bukan sahaja mengejutkan para penghebah video malah para pendengar yang mendengar keputusan drastik daripada Hairul Azreen yang berumur 35 tahun itu.
Menurut Hairul yang juga suami kepada pelakon Hanis Zalikha tersebut, dia sudah berjaya mencapai segala matlamat dan impiannya sebagai anak seni daripada belakang tabir sehinggalah ke kaca television.
Selain it, Hairul juga mendedahkan filem MALLBATT: Misi Bakara bakal menjadi filem terakhir lakonan beliau malah Hairul Azreen membuat keputusan untuk berhenti berlakon kerana mahu memfokuskan kepada keluarga.
Menurutnya, berlakon memerlukan komitmen yang tinggi di mana filem MALLBATT: Misi Bakaran mendesak beliau untuk berlakon dalam tempoh 6 bulan manakala misi untuk membuat badan pula memerlukan komitmen yang tinggi.
Kekurangan masa bersama keluarga serta anak-anak yang semakin membesar antara punca utama yang membuatkan Hairul yang juga merupakan seorang pelakon lagak ngeri memilih untuk berhenti berlakon.
Sementara itu, Hairul Azreen memamklumkan beliau hanya sekadar mahu berhenti berlakon dan masih lagi aktif di Instagram dan TikTok. Selain fokus bersama keluarga, beliau serta isterinya, Hanis Zalikha akan turut memberi tumpuan kepada bisnes mereka.
Selamat maju jaya NONA ucapkan kepada Hairul Azreen!
***
Majalah Nona juga ada di Telegram. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Jemput sertai sekarang –> https://t.me/majalahnona
***
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Akrab, mesra dan saling melengkapkan. Begitulah romantisnya pasangan Diraja Selangor ini setiap kali lensa kamera merakam foto kandid baginda berdua.
Semenjak melangsungkan perkahwinan pada 31 Ogos 2016 lalu dengan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj, rakyat jelata berpeluang melihat Tengku Permaisuri Norashikin mengiringi baginda dalam pelbagai majlis.
Nona sendiri kerap mengikuti perkembangan bekas pembaca berita RTM itu yang sememangnya cukup jelita, bersopan santun dan manis dipandang.
Terkini, kemunculan Tengku Permaisuri Norashikin bersama Sultan Sharafuddin Idris Shah sempena lawatan diraja menaiki LRT, MRT dan Monorail mencuri perhatian netizen. Lawatan yang berlangsung bermula pagi tadi turut menyaksikan keperibadian sultan berjiwa rakyat itu yang cukup sederhana dan merendah diri.
Kebahagiaan dan kemesraan baginda berdua cukup menjadi inspirasi rakyat sepanjang menyempurnakan lawatan sehari ini. Paling manis di mata Nona, tentulah melihat gaya ranggi Tengku Permaisuri Norashikin yang sedondon suami tercinta.
Meskipun sekadar bersolek tipis, namun pesona wanita bertubuh langsing itu sungguh mengasyikkan. Sekadar tekaan, gandingan kemeja putih Ralph Lauren dengan seluar jean biru, tali pinggang kulit Hermes dan tas tangan Longchamp yang sederhana tetap saja glamor di tubuhnya. Sneakers putih pula menyempurnakan penampilan.
Ringkas, tapi ada class tersendiri. Betulkan?
Sultan Selangor dan Tengku Permaisuri Selangor berkenan mencemar duli menggunakan perkhidmatan rel antara bandar bermula dari Stesen LRT Glenmarie menuju ke Stesen KL Sentral.
Baginda berdua seterusnya menaiki MRT menuju ke Stesen Stadium Kajang dan bersantap di Restoran Sate Kajang Haji Samuri, sebelum kembali semula ke Kuala Lumpur menaiki MRT ke Stesen Merdeka.
Dari sana, perjalanan sekali lagi diteruskan menaiki LRT dan Monorel menuju ke Stesen Bukit Nanas. Pasangan Diraja Selangor ini akhirnya berhenti di Concorde Hotel Kuala Lumpur untuk acara minum petang diraja.
Turut kelihatan mengiringi pasangan Diraja ini adalah anakanda Sultan Selangor sendiri, YAM Tengku Datin Paduka Setia Zatashah dan suami, Dato’ Setia Aubry Rahim Mennesson.
Tidak ketinggalan, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Prasarana Malaysia Berhad, Datuk Seri Azmi Abdul Aziz dan Pengerusi Kumpulan Prasarana Malaysia Berhad, Tan Sri Khalid Abu Bakar. Norzalina Mohd Alias
Sumber: Asri Sapfie/Selangor Royal Official/Media Selangor
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Jenama produk kecantikan dan kesihatan, Kamya memulakan tahun 2023 dengan penuh bertenaga dan bersemangat sempena penganjuran Festival Kamya Fest (Kamya Fest).
Berlandaskan objektif berhibur dan dalam masa yang sama menggalakkan lebih ramai generasi baharu untuk maju dalam bidang keusahawanan, Kamya Fest bakal menampilkan 300 vendor jualan yang terdiri daripada usahawan industri kecil dan sederhana (IKS) tempatan.
Inisiatif ini didorong oleh Pengasas Kamya iaitu Puan Erna Elliyana dan mendapat sokongan bersama selebriti serta usahawan terkenal Shahmira Muhamad atau Shuib Sepahtu selaku Penganjur Bersama.
Kamya Fest bakal diadakan pada 10,11,12 Februari ini di Parkir B, Stadium Nasional Bukit merangkumi pelbagai kategori vendor termasuklah dari produk makanan & minuman (F&B), fesyen, automotif, sukan dan permainan serta gaya hidup sesuai untuk seisi keluarga.
Menurut penerima NONA Trusted Beauty & Health Brand Award, NONA Superwoman 2022, Puan Erna Elliyana, dia sangat teruja kerana dalam masa yang sama dapat membantu ramai usahawan tempatan.
“Penganjuran ini juga secara tidak langsung memberi platform kepada generasi muda untuk kekal bersemangat positif untuk berkecimpung dalam dunia keusahawanan.
“Ini adalah pertama kali Kamya menganjurkan festival seperti ini dan kami mensasarkan untuk meraih pengunjung seramai 50,000 dalam masa 3 hari penganjurannya, sesuai dengan khalayak yang ada.
“Malah saya turut teruja kerana pada festival ini, kami juga berpeluang memperkenalkan rangkaian produk berkualiti yang boleh membawa manfaat kepada pelbagai kelompok masyarakat,” katanya.
Majlis sidang media Kamya Fest telah berlangsung di Hotel citizenM Kuala Lumpur yang turut dihadiri Shuib dan Pengarah Projek, Encik Mohd Faizul bin Isa.
Tambah Puan Erna Elliyana berkata, pihaknya akan melancarkan produk terbaharu keluaran Kamya pada hari pertama festival berkenaan yang akan turut mendapat sokongan daripada barisan selebriti dan bintang media sosial terkenal.
Terdapat lebih 20 selebriti dan bintang media sosial popular tanah air, yang bakal menjadi daya tarikan pengunjung untuk datang ke festival berkenaan.
Antara selebriti yang mengambil bahagian ialah Nabila Huda, Dolla, Eja, Ayie Floor88, Wak Doyok, Nana Mahazan, Dolla, Mimi Ernida, Shasha Abdul Aziz, Azfar Heri, MrStailista, EedaVogue, Daniel Zamri, Bella Astillah, Ameerais Forteen, Raja Afiq, Afzan, Ayu Damit, Naim Shamsol dan ramai lagi.
Sementara itu, Shuib berkata Kamya Fest adalah festival gaya hidup pertama yang membabitkan dirinya selaku salah seorang penganjur sekaligus mencabar kewibawaannya sebagai seorang usahawan.
“Penganjuran Kamya Fest adalah sesuatu yang baru buat saya dan tentunya saya amat teruja kerana ini adalah usaha yang saya laksanakan bersama-sama pihak Kamya sendiri.
“Jangan lepaskan peluang untuk memenangi sebuah kereta bagi pengunjung yang membeli produk keluaran Kamya termasuk pelbagai hadiah menarik yang lain untuk anda bawa pulang,” kata Shuib.
Antara hadiah utama adalah sebuah kereta Proton, motosikal Honda Wave 110 Alpha, televisyen 50” inci, telefon bimbit Honor dan penyedut hampagas Xiaomi Robot .
Bukan itu saja, Kamya Fest akan dihangatkan lagi dengan pertunjukan motosikal, kereta antik Jepun, fesyen bundle dan tidak ketinggalan keunikan taman tema Farm in The City yang dibangunkan khas di tengah-tengah ruang festival itu nanti.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!