Sejak kebelakangan ini, ramai selebriti mengambil keberkatan menjamu rakan selebriti lain dengan menganjurkan majlis ilmu sebagai pengisian rohani serta mengeratkan ukhwah.
Kali ini, pasangan usahawan Asyraf Khalid dan Tya Arifin kali ini menjadi tuan rumah bagi sebuah majlis ilmu yang diadakan di kediaman mereka baru-baru ini.
.Majlis ilmu tersebut telah dihadiri oleh selebriti=selebriti tempatan antaranya termasuklah Neelofa yang hadir bersama suami, Haris Ismail, Abby Abadi, Linda Rafar, Datin Fouziah Gous, Izara Aisyah, Erra Fazira, Dato Ziela Jalil dan ibu mentua pasangan ini iaitu Dato Sri Siti Nurhaliza.
Majlis ilmu tersebut turut dihadiri oleh Ustaz Wadi Anuar selaku penceramah jemputan khas pasangan selebriti ini. Menurut Ustaz Wadi, ia merupakan usrah kelima yang dianjurkan oleh beberapa selebriti ini.
Tya Arifin turut memuat naik sedutan siaran langsung majlis ilmu tersebut di laman Instagram miliknya.
Untuk rekod, Tya Arifin merupakan penerima anugerah The Most Promising Entrepreneur Award, Nona Superwoman Award 2020. Dia dan suaminya menjalankan perniagaan jamu Mutyara yang menempa kejayaan dalam tempoh yang singkat.
Semoga majlis ilmu seperti ini dapat menjadi sebahagian dari aktiviti selebriti untuk mendapat ilmu agama di samping merapatkan ukhwah antara satu sama lain.
This website uses cookies.