Bulan Oktober merupakan Bulan Kesedaran Kanser Payudara yang disambut pada setiap tahun. Pelbagai program dianjurkan untuk membantu meningkatkan perhatian dan sokongan masyarakat terutamanya wanita tentang kesedaran, pengesanan awal dan rawatan serta penjagaan paliatif penyakit kanser payudara.
DYMM Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Norashikin berkenan berangkat melancarkan Program Unit Bergerak Membawa Maklumat ke Seluruh Negara (MURNI) di bawah kendalian Persatuan Kebajikan Kanser Payudara (BCWA) di ibu negara baru-baru ini.
Pada majlis hi-tea tersebut DYMM Tengku Permaisuri Norashikin turut menyaksikan penyerahan cek sumbangan kepada BCWA oleh beberapa persatuan dan korporat.
Majlis Pinktober High Tea turut diserikan dengan pertunjukan fesyen oleh Dato Radzuan Radziwill yang menampilkan 24 rekaan eksklusif serta pameran lukisan dari Aureo Gallery yang mempamerkan beberapa koleksi dari Yap Chun-Yu. Penyanyi versatil Salamiah Hassan dan Atilia Haron turut menghiburkan tetamu dengan beberapa persembahan yang memukau.
This website uses cookies.